Thursday, December 2, 2010

kahwin?

SELAMAT DATANG DISEMBER! :)
moga hari esok lebih baik dari semalam..

***

setiap kali bercakap tentang kahwin, semua orang teruja kan.. macam-macam plan dalam kepala, nak buat perkahwinan ala-ala fairytale, nak perkahwinan dalam taman, nak itu nak ini.. tak sabar rasanya! tetapi peristiwa semalam membuatkan saya rasa saya tak mahu fikir tentang itu. tapi tak bermaksud saya tak mahu kahwin. hee

actually semalam mimpi pasal kahwin. hoho. gedix kan? bukan sengaja ye. kalau dapat kahwin lelaki yang bukan hanya berduit malah tampan kan best. yang beriman lagilah bersyukur tak terkira. demand betul :P

tapi.. mimpi saya adalah sebaliknya. adeh.. ceritanya begini..

suatu petang, semua ahli keluarga sibuk membuat persiapan di rumah tok wan. salah seorang gadis di dalam keluarga kami akan berkahwin. tiba-tiba, si gadis berkeras untuk batalkan perkahwinan. semua buntu. lagi membimbangkan, majlis akad nikah akan diadakan pada malam itu. hmm

salah seorang daripada kami memberi cadangan supaya saya menjadi penyelamat keadaan. apakah?? KAHWIN EXPRESS?? sah-sah la jawapan saya 'tak nak'. tidak mengapa jika mengahwini pilihan keluarga.. tetapi dengan keadaan yang tidak bersedia dan secara tiba-tiba, itu menakutkan.

setelah dipujuk, saya mengalah. pengantin lelaki, handsome. hehe. tapi saya sudah lupa macam mana rupanya sekarang. selalu buat lawak. ya, dia menceriakan suasana, tetapi setiap masa, over kott. awak dah jadi suami cik abang oii, kena tunjuk matang walau seciput. hee. terlebih emo walaupun hanya sekadar mimpi.

yang pasti, semua gembira meraikan perkahwinan express itu. pengantin lelaki pandai mengambil hati mereka. saya? blur. entahlah.. tiba-tiba tersedar dari tidur. fuhh.. mujurlah itu mimpi. pada kebiasaannya, mimpi saya 'terbalik'. mimpi ini buruk, realitinya mungkin baik. jadi, hazreeni tidak perlu bimbang. hee.



p/s: dulu pernah main teka nama jodoh dengan kawan.. saya dapat 'Luqman Hakim' yang membawa maksud, yang bijaksana.. apa pun, moga mendapat jodoh yang baik :)




masa kanak-kanak riang, jadi pengapit

bila dah besar.. dah kuat, kena tolong pegang dulang hantaran

baju kahwin umi.. aura kahwin dah makin hampir dengan saya. hee

sesi menggedix tamat.. oops, ini keluarga tok wan saya :)












1 comment:

azymah said...

hik3,,t reeni kawen jgn lupe jmpot..nk try mkn nsi minyk ore kelate.. <3