Monday, December 10, 2012

kami serupa

..salam..

lima hari berada di kampung, sempat juga lah bergembira bersama sepupu sepapat. heaven! :)

sejak akhir-akhir ini, saya dan para sepupu tak habis-habis bercakap tentang Big Bang. bukan hanya kerana saya berkongsi segala benda berkenaan kumpulan ini, ada yang meminatinya disebabkan rakan-rakan sekolah. apapun, VIP bertambah! :p

kalau dah berkongsi minat yang sama, sah-sah la teruja untuk bercerita dan menonton segala video bersama kan. haa lagi menarik bila mana, tak kira lelaki atau perempuan menari walaupun hanya satu step yang diingat. hehe.  :p

okey, cerita daripada pihak perempuan:

malam tu, kecoh sekejap sewaktu menonton segala video kumpulan Big Bang yang berganding dengan gadis-gadis. masing-masing tak puas hati tengok semua itu. walaupun, mereka sebenarnya membuat persembahan, tetapi tetap mengatakan para gadis itu cantik gedik. sampai ada di antara kami yang patah hati okey. hehe.

tahu tak, disebabkan bosan petang tu, kami mula menggabungkan nama sendiri dengan nama ahli kumpulan Big Bang yang diminati. siap tukar nama contact dalam handphone masing-masing tau.

*idea daripada parody Secret Garden Big Bang dan nama sebenar mereka

G-Dragon+Ain = G-Rain
Kim Joo Top+Durrah = Kim DuTop
Seungri+Syakirah = Lee SeungRa
Daesung+Reeni = Kang DaeReen

dan masih mencari sepupu yang meminati Taeyang. :p

disebabkan saya rapat dengan mereka yang masih belasan tahun, mungkin kelihatan kebudak-budakan. tetapi, dengan melakukan sesuatu yang gila-gila dengan minat yang sama, kami berasa lebih dekat. tak sabar nak ketemu lagi! :)

tak semua orang minat k-pop kan. ada yang akan kata, semua benda ini mengarut. mungkin lama-kelamaan ia akan pudar. tak kisah lah. cuma, berikan kami ruang untuk meminatinya untuk waktu ini.

miss my girls so much!

tak cukup seorang-LeeSeungRa hehe

iklan sekejap:
 kalau betul Big Bang akan berada di depan mata kalau ada benda tu, saya yakin semua VIP akan beli. :P

 ***

lagi satu,

HAPPY BIRTHDAY AIN MES!
MAY YOU BE BLESSED.
LOVE YOU!
tak sabar nak berkongsi cerita. tak sabar nak jumpa. :)

Monday, November 26, 2012

salah faham

..salam..

dapat dua berita yang sangat mendukacitakan. kenapa setiap apa yang saya cuba lakukan, segalanya hanya akan berakhir dengan sesuatu yang buruk. hati remuk.

perlu ke saya jumpa setiap orang dan menjelaskan situasi sebenar. saya akan kelihatan seperti orang bodoh yang cuba membetulkan keadaan tetapi tetap dipandang sinis kan. atau, perlu ke saya mengucapkan Demi Allah bagi membuatkan mereka percaya bahawa apa yang disampaikan adalah terpesong. kecewa.

Demi Allah,

saya tak pernah menyatakan saya tak suka dia mendekati keluarga saya. sejak sekolah kami berkongsi segala cerita, tiada istilah benci bagi saya. :'(

dan

sedangkan dia seorang yang saya kasihani dan hormati, tiada kata-kata negatif yang teruk seperti itu mahu diucapkan. salah tafsir. ikhlas membantu. :'(

kata-kata saya didengari. tetapi jika mendapatkan isi di pertengahan tanpa mengetahui awal dan akhir, bukankah hasilnya akan berlaku salah faham? lagi, adakah benar-benar jelas setiap perkataan yang dihimpunkan dari jarak yang samar-samar suara kedengaran? fahamkan dengan baik. sahkan daripada saya.

diikutkan hati, mahu rungkaikan segala apa yang tersirat satu per satu. tetapi terpaksa berdiam diri dan berlakon seperti tiada apa-apa terjadi. kononnya tak mahu perkara buruk berlaku. apapun, hanya meluahkan kepada ibu bapa, Allah dan blog-kerana tiada siapa tahu akan situasi ini- sudah cukup melegakan.

saya bukan seorang yang baik, tetapi juga bukan seorang yang jahat. ya, saya tahu tak ada orang akan percaya. saya sudah dipandang serong. lali mendapat kata-kata tajam dari belakang, tetapi tetap berharap pandangan negatif tidak berterusan.

mengharapkan yang baik daripada-Nya. aminn.

Saturday, November 3, 2012

Wow! Fantastic Baby!

..annyeonghaseyo..

nak cerita panjang lebar boleh kan. kepada yang tidak meminati K-Pop sila undur diri, sebab anda tak akan faham keterujaan yang saya hadapi sekarang. baru seminggu concert Alive Tour Big Bang 2012 berlalu. jadi, post-concert syndrome tak hilang lagi lah kan. memang tak akan hilang sampai bila-bila agaknya. maafkan saya andai segala yang dikongsi menunjukkan keterujaan melampau. maklumlah first time pergi konsert. ditambah pula dengan kehadiran artis kesayangan. daebak! daebak! :)

seronok bila ada rakan yang turut meminati kumpulan ini, boleh kongsi segala benda. kewujudan kelab Big Bang Malaysia telah membantu para VIP untuk berganding bahu menjayakan misi. bagi kami, segalanya berjalan lancar. Blue Mission untuk lagu Blue, Red Mission untuk lagu Fantastic Baby, Yellow Mission untuk keseluruhan konsert. juga projek membuat kain rentang dan meletakkan poster besar kumpulan ini pada bas. tahniah kepada admin BB1st dan MVIP! :)

***

G-Dragon mengatakan bahawa berbanding konsert-konsert mereka sebelum ini, konsert pada malam itulah yang akan paling diingati. sila ketahui itu bukan dialog hafalan kepada semua VIP di negara lain. dan, Taeyang juga berjanji untuk datang ke Malaysia lagi. hoorayy!! \(^0^)/

antara ucapan Bahasa Melayu yang mereka hafal,

G-Dragon: Malaysia maju. Malaysia cantik.
Taeyang: Aku cinta padamu.
Daesung: Selamat tidur.
Seungri: Apa khabar?
dan
Top: Terima kasyih. :p

***
tak sempat beli segala baju, lighstick time konsert. hanya memakai baju hujan berwarna kuning sebagai tanda sokongan. ahah. disebabkan hujan actually. mujurlah hujan berhenti 5 minit selepas bermulanya konsert. basah lencun okey. tetapi tetap semangat menyanyi bersama para VIP sehingga terbatuk-batuk perlukan air mineral. sakit tekak tapi tak adalah menjerit bagai nak rak. :p

terima kasih umi dan bak kerana membenarkan anakmu ini untuk turut serta memeriahkan majlis konsert. merayu dan memberi alasan mungkin ini adalah yang pertama dan terakir. bukan senang nak pergi, entah datang ke tidak Big Bang kelak. tetapi di dalam hati bermonolog supaya umi dan bak beri peluang sekali lagi jika ada. hehe. mahu pergi bersama rakan serta adik abang yang rupa-rupanya turut meminati Big Bang. :D

saya suka kesemua ahli, tetapi Daesung bias saya! sebab suara best, handsome juga kelakar. ada orang tanya, saya lemah gemalai. sepatutnya minat kumpulan gadis mahupun flower boy. saya sendiri tak pasti kenapa saya minat kumpulan yang lagunya banyak berunsurkan rap, pakaian agak pelik, suara dan rupa yang boleh tahan. entah. yang saya tahu, Big Bang until whenever! chewah, moto kami semua. :P

video dan gambar yang ditunjukkan ini sebenarnya daripada pelbagai sumber. mohon share rakan VIP. :)




kita lihat mereka dari dekat ye. :)


ohh my smiling angel, Kang Daesung. :)



view dari CAT 5. jangan salah faham, suara yang lantang itu datangnya dari rakan VIP yang baru saya kenal pada malam itu. suara saya? ada, sayup kedengaran. hehe. jarak dari pentas tak adalah jauh tetapi maaf video smartphone saya tidak berkualiti. adehh. apapun, nak dengarkan sorakan itu. video sumber lain ada yang adjust part peminat bising. best crowd ever kata band member Big Bang. :)



mungkin ada yang akan kata dengan harga tiket ni, boleh pergi beli baju dua tiga helai. okey, tak payah nak kecoh. tutup mulut, sediakan duit sebanyak itu dan pergi shopping sekarang. haihh, tak suka dengan komen macam ini. sekali-sekala je lah.


blue mission, success!


woaahhh! :)


15,000 tiket sold out. 15,000 raincoat juga sold out. :p


admin BB1st dan MVIP. :)


saranghae oppa! <3


 sungguh saya rasa tak percaya dengan semua ini. serious macam mimpi. sekejap sahaja masa dua jam setengah berlalu. tiga tahun kenal minat Big Bang dan menanti seperti mana yang dikatakan di dalam entry sebelum ini. hajat tercapai! apapun, segala-galanya berakhir dengan satu senyuman. kelak jumpa lagi semua. gembira! :)


Wednesday, October 17, 2012

I'll be alright.

it's hurt. too much.
 *
behind these eyes
there is a girl trapped within her pain
a girl feeling all the emotions
of anger and sadness
she's fighting for a way out.
*
if only they know all the truths
they will never think anything bad 
 *
tired of getting lied to
tired of being used
tired of fake people
tired of pleasing everyone.
just tired.
*
she cries
not because she is too weak
it's because she has been strong for too long.
*
sad and lonely
but having nobody to comfort her
so she wore a mask that always smiled
to hide her feelings behind a lie.
*
wait, one more thing
that girl is ME.
"Live like Spongebob and Patrick, laugh out loud all day without any reason, and annoy the mean people with your happiness." - Anonymous
"When I despair, I remember that all through history the way of truth and love have always won. There have been tyrants and murderers, and for a time, they can seem invincible, but in the end, they always fall. Think of it..always." - Mahatma Gandhi
"There are moments when I wish I could roll back the clock and take all the sadness away, but I have the feeling that if I did, the joy would be gone as well."  - Nicholas Sparks, A Walk To Remember
I'll be alright.





Wednesday, October 10, 2012

kursus kahwin

..salam..

sepertimana yang kita tahu, sebelum kahwin wajib ke atas kita untuk jalani kursus kahwin. dan nak tak nak, buat ujian saringan HIV. nak kena ada duit nak buat majlis, beli barang hantaran bla3. cukup. padahal nak bincang satu perkara tapi melalut lupa diri. anyway, ingat senang ke nak kahwin?

hujung minggu lepas adalah waktu yang paling sibuk bagi saya. dari pagi sampai petang, tak jemu-jemu menimba ilmu. chewahh rajin betul. rajin sebab pasal gerbang perkahwinan. hehe. bukan gedik okey. lagipun semua orang kena lalui kursus kahwin kan. mana lah tahu, tiba-tiba muncul seorang adam yang terbaik untuk saya. sudah sampai seru kata orang. sebenarnya parents nasihatkan, ambil awal-awal senang. kawan pun ada, bertambah seronok. jadi, sedang menunggu sijil dikeluarkan lah ni. :)

12 slot ceramah memang kelakar habis. terima kasih kepada semua yang memberi ilmu. tiba-tiba teringat akan doktor lelaki yang mengendalikan slot Keluarga Sihat. serious saya ingatkan dia hanya pegawai perubatan biasa. orang muda yang berpakaian sangat simple dan banyak unsur kecindan time ceramah. tapi, bila dengar dia berbahasa inggeris dan bercerita pasal sains. barulah sedar dia pakar ortopedik. hebat. :)

baru sahaja saya dan dua orang kawan sedang bercerita pasal hantaran. kononnya saya nak 11 hantaran. set perfume, handbag, kasut, smartphones dan lain-lain. hehe. mesti takut adam yang dengar perbualan ini. tak adalah mengada-ada sampai macam tu sekali. sekadar bercerita. hakikatnya, semua itu bergantung kepada keadaan. timbul topik ini sebab sibuk fikir pasal hadiah kahwin kawan-kawan. ramai dah nak kahwin. tahniah! moga bahagia hingga ke akhir hayat. :)

saya? kalau sudah sampai seru saya tag di facebook ye. hehe. jimat kad kahwin yang wangi. apapun, dalam menanti waktu itu. ada lagi waktu lain yang saya harapkan. diharap keadaan berubah dalam masa 5 tahun seperti yang dikatakan, agar ia tidak lagi menjadi alasan yang membuatkan saya berasa kerdil. terima kasih kepada semua yang memberi saya kebahagiaan dan kekuatan. noktah. tak pasal-pasal nak buat ayat touching. abaikan. :P

seronok pergi ramai-ramai. :)
nak menunjuk-nunjuk nota yang disalin. kononnya rajin. :p

Tuesday, October 2, 2012

berbagai-bagai

..salam..

tarik nafas dalam dalam.. hembus! fuhh fuhh. okey, dah hilang segala habuk.

dah berkurun tak update blog. banyak benda nak kongsi. kalau dengar tuan blog ni bercerita, dua hari dua malam pun tak cukup. cakap banyak. tapi, taip punya pasal, cukuplah sehari semalam. :P

sila ketahui bahawa praktikum fasa dua dan assignment yang dah berfasa-fasa telah berakhir. yezzaa! hanya untuk semester ini actually. apapun, rasa senang hati sangat. sumpah penat dengan semua itu. tak pasti hasilnya, tetapi saya harapkan yang baik. exam tak sampai sebulan lagi. adoii. boleh tak bagi saya ruang masa lama sikit? boleh, tapi bina ipg sendiri. =.='

lupakan kisah tu. lupakan juga kisah lain yang tak disenangi. nanti hilang rasa nikmat bersenang-linang. lebih baik ceriakan hari-hari dengan senyuman. chewahh. padahal lebih, selalu ketawa tak ingat dunia. maaf kurang sopan.

***

rindu. rindukan Haziq Akashah. cantik nama ni kan.sejuk hati bila mana dia yang berumur sembilan tahun ini akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. puasa enam hari di bulan Syawal pun sentiasa cukup. dan dia pernah tanya,

cikgu puasa enam tak hari ni? kalau puasa. tak boleh garang, nanti pahala kurang.

tersenyum dengar tu. suka. tiba-tiba rasa bias sebab rindu dia. okey okey, rindu semua ahli kelas 3 Mahir dan 5 Kreatif. belajar rajin-rajin. :)

satu lagi cerita. murid-murid perempuan menangis bagai nak rak time hari terakhir praktikum. bukan nak tunjuk saya cikgu penyayang. lagipun, ada cikgu kata diorang memang jenis "drama". ohh. tapi tak perlulah sampai hampir satu blok pun dengar kan girls? lain kali kita hangout ye. :)

practicum-mate. rindu nak bergosip. teehee. :)
maaf puan guru besar. buat kerja last minute memang comot. =.=
semestinya ungu kegemaran saya. erk saya pakai pink? rabun warna sekejap.
sila ketahui bahawa saya penggubal soalan ujian matematik di atas. hoho.


***

pasal assignment. nak kongsi gambar projek matematik. bina monumen dan permainan geometri. puan, hadiahkan kami A diatas kegigihan kami ni boleh? hehe.

robingo pecahan. pernah main bingo? haa, kalau tak memang ketinggalan zaman la. :P
persiapan tempat.
sekitar kawasan monumen. jom melancong seluruh dunia! :D
taj mahal, piramid, opera sydney - binaan 'melintang'
eiffel tower, klcc, tower bridge - binaan 'menegak'
 cukup. akan bersambung..

Friday, August 17, 2012

Assalamualaikum

dua hari  lagi  umat Islam akan menyambut hari raya. haa, baju raya dah ada ke belum? biskut raya yang buat ke tunjuk? pelita, bunga api, lampu lip lap lip lap dah ready? okey. yang penting, beraya bersama keluarga sangat membahagiakan kan! :)

dengan tulus ikhlas saya ingin mengucapkan, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

0-0 tau.

lagi bermakna bila mana raya pertama itu nanti merupakan hari lahir diri ini. disebabkan kita akan sibuk dan tidak akan ambil kisah pun tentang internet mahupun public handphone, doa daripada kalian sebagai hadiah cukup berharga. :)

dapat khabar gembira dan dengar berita buruk itu memang lumrah kehidupan. tetapi saya harapkan yang baik sentiasa bersama. mahu jadi lebih baik, lebih kuat dan lebih segala-galanya! insyaAllah. :)

nak buka diari baru lah. :)

sambut birthday dengan segala warga kampung, solat sunat aidilfitri, makanan yang heaven. best kan. sila jealous sekarang. hehe. :p


Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi :)

..salam..

mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
moga bulan yang penuh keberkatan ini terisi dengan segala amal yang baik. :)


*fenomena bulan puasa*

bila tiba waktu maghrib..
hari-hari biasa: eh dah maghrib ae? kejap lagi la solat. banyak masa lagi.
pada bulan puasa: wey korang. cepat lah! dah maghrib ni. lambat larr.
:D
p/s: kepada semua rakan termasuk saya yang akan mula berpraktikum minggu hadapan, selamat maju jaya! :)

Tuesday, July 17, 2012

jjang!

..salam..

selesai sudah sesi menonton satu drama korea yang berlangsung selama 20 jam. rajin sungguh. kalau baca buku, 20 minit pun tak sampai kan. hehe.
eit, nak syorkan satu drama.
 
ROOFTOP PRINCE
 

 
ceritanya, empat lelaki yang berasal dari zaman 300 tahun lepas masuk ke zaman abad ke-21 untuk menyelesaikan satu persoalan. juga berkaitan dengan kelahiran semula. peranan si gadis pula adalah untuk bercinta. eh, untuk membantu. :)
 
sangat menarik. haa, kalau naik bas pun tanggalkan kasut, tv plasma disentuh kononnya sama seperti  touch-screen smartphones, patung yang berkata-kata dikatakan musuh berselindung lalu di cincang lumat. sumpah kelakar. :D

sebelum sibuk dengan dunia sekolah selama dua bulan bermula minggu hadapan, jom tengok cerita seterusnya. hoho
 

Sunday, July 15, 2012

kembali bangun

..salam..

tiba tiba saya rasa saya perlukan teman-teman rapat saya sekarang. berada di sisi, bukan sekadar di dalam hati. tetapi di depan mata seboleh-bolehnya. hmm.


hampir jatuh setelah berminggu-minggu segala perkara yang tidak diundang datang tanpa henti. tetapi, tak mahu perasaan negatif sentiasa mengiringi.

baiklah, saya akan berusaha untuk lebih positif. Fighting!

Monday, June 25, 2012

The Red Devils

..salam..

saya yakin para peminat bola tahu apa itu The Red Devils. kalau tak tahu memang tak payah tengok bola langsung lah kan. chewahh, padahal diri sendiri baru nak berkenalan. straight to the point ye..

kini, saya mula sibuk meng-googling segala benda tentang Park Ji Sung. selepas kemunculan pemain MU ini semasa Running Man, hati terdetik. he's so adorable! memang dia tak sekacak Cristiano Ronaldo mahupun Robin van Persie, tetapi tertarik bila ada unsur kecindan, humble dan semestinya kerana kelihatan hebat. ingat senang ke nak jadi anak buah Alex Ferguson. hoho. saya tidak arif dengan skills dan peraturan permainan bola sepak ini. yang saya tahu, hanya mahukan kemenangan pasukan pilihan. dan melihat kemunculan  Rooney J.S.Park. :)


selalunya kami menonton perlawanan tenis bersama bak, kerana pemain Federer dan Nadal yang cukup diminati. lepas ini mungkin mula bersemangat stay up bersama adik kesayangan pula, untuk menonton perlawanan bola. erk, hanya jika ada pasukan MU. hehe. :p


p/s:
1. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga. berkenaan peperiksaan, saya gembira. perjuangan akan diteruskan dengan sehabis baik. untuk rakan yang lain, jangan give up! saya yakin kalian boleh. :)

2. sedekahkan al-Fatihah untuk adik kepada rakan saya yang baru meninggal dunia tengahari tadi. moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. be strong Kina! sesama doakan yang baik. :)

3. Alhamdulillah sekali lagi di atas kemenangan Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah. semoga ia pencetus semangat agar kemenangan sentiasa berpihak kepada Islam.

Friday, June 22, 2012

Babo

..salam..

sila ketahui bahawa babo bermaksud fool dalam bahasa inggeris. chewahh ber-bahasa asing pula hari ini. actually nak berkongsi music video yang sangat sweet, semanis orang yang menyanyi. :)



Yong Hwa ft. Juniel - Fool

best kan. sekali sekala mendengar lagu harmoni. first time dengar terus jatuh hati. ohh Yong Hwa, anda memang hebat. wahai Juniel, anda sungguh comel. :)

tiba tiba teringatkan We Got Married. alangkah baiknya jika Goguma Couple akhirnya bersama. sebab mereka sangat sesuai di mata saya. okey cukup menyibuk hal peribadi orang lain. kelak, saya akan kongsikan lagi video menarik. :)
 

p/s:
berkenaan BB, diharapkan saya berpeluang untuk itu. 
berkenaan exam, hanya satu yang dipinta. saya lulus kesemuanya. amin..





Monday, June 18, 2012

3 minggu bersama

..salam..

saya hanya akan memaparkan gambar-gambar percutian sepanjang bersama keluarga untuk entry kali ini. wahai sepupu sepapat sekalian, saya dah tunaikan permintaan kalian ye. :)

cucu cucu wan hussain :)




(^_^)v

sedap. :)
sambil petik sambil makan. heaven! sori tauke. hee.
makan yokk! :)
pasar malam di brinchang.
jarang kelihatan, kaktus berwarna-warni sangat cantik. :)
minnum petang di ladang teh Bharat Tea. :)
para bodyguard tok wan. good boys! :)
ain dan durah. :)
erk. sibuk berlensa, kemas barang cepat!
thanx abang safril + kak long untuk apartment ini. sangatlah berpuas hati! :)
hariz dan khalis :)
hafiq dan akmal. :)
ibu bapa tercinta! :)
kaum ibu yang penyayang. :)
hasif dan afdhal. :)
sepupuku akmal, jangan lupa tunaikan janji awak nanti. hehe. :P
saya masukkan dua gambar . okey lah kan. nanti meletup pula gadis gadis awak.  :p
gossipin' itu hobi kami. sorry. -_-
havoc satu kedai disebabkan kami. huhu. :)



girls day 1: rindu kalian! :)
girls day 2: sila abaikan selimut dan tangga yang menyibuk. adehh.
girls day 3: peace. :)

ohh sememangnya jealous akan rakan rakan yang bercuti di luar negara. beruntung betul. okey,  nak kumpul duit banyak banyak. at least.. ke venice mungkin? tiba tiba gedix nak suasana romantik. hehe. :P

***

 semester baru kini bermula. semestinya segala perkara baik yang diharapkan moga dimakbulkan. aminn~