Thursday, April 26, 2012

Parody

..salam..

mari menonton. :)


that's so cool guys! kreatif yang amat kan. kelakar pun ada. toilet sebagai pengganti kerusi Taeyang? hehe. apapun, tahniah kepada Trendy Factory yang telah memenangi pertandingan untuk cover Fantastic Baby Big Bang. untung lah dapat tengok konsert free hari itu. jealous ohh.

disebabkan kerja semakin berkurang, saya mula menyibukkan diri dengan segala buku cerita dan lagu korea. tak sedar diri nak exam Mei ini. tapi, tak salah kalau saya nak rehatkan minda yang sudah sekian lama bekerja tanpa henti ni sekejap kan? hehe. kawan, join saya yokk.  :)


macam-macam hal yang berlaku sejak akhir akhir ini. nanti lah saya kongsikan.
*speechless*

Sunday, April 15, 2012

cukup sebulan

..salam..

Alhamdulillah, praktikum fasa 1 telah pun selesai. dan ia berakhir dengan satu senyuman. moga senyuman akan sentiasa terukir untuk yang seterusnya. :)

teringat pula akan beberapa perkara yang berlaku di sekolah. nak kongsi lahh..

***

-situasi di kelas 3Mahir-

pertama:

sewaktu saya menyuruh mereka membuat kerja masing-masing, kelas jadi bising terlampau. saya mengingatkan mereka jangan bising tetapi tak berhasil. akhirnya,

cikgu kata diam! awak darjah 3 patut jadi contoh kepada adik darjah 1, 2. ni tidak. awak tak hormat cikgu langsung kan. bla3. [membebel dengan nada suara yang separuh menjerit]

kelas senyap sunyi sampailah masa rehat. tiba tiba saya terdengar Haziq 3M yang talkative berbisik kepada kawan dia semasa keluar dari pintu bilik darjah,

Syakir, nama cikgu tu cikgu Dangerous. bahaya weyy [tuding jari kepada saya]

haishh suara saya yang lemah gemalai ini boleh jadi menakutkan ke? atau muka saya kelihatan seakan akan monster time tu? hehe. macam macam hal Haziq ni.


kedua:

hari kedua masuk 3M, Mukhri mengajukan soalan kahwin kepada saya. padahal saya bersemangat nak mengajar topik masa pada hari itu. chewahh berdedikasi pula. :p

Mukhri: cikgu dah kahwin?

Afrina+Afifah: tu pun tak boleh fikir. cincin tak ada inai tak ada, mestilah belum. eh tapi cikgu mesti ada gewe' kan?

satu kelas: cikgu tipu kalau cikgu kata tak ada. [suasana jadi riuh]

saya: haishh awak ni, lagi tipu kalau cikgu kata ada. okey, kita sambung belajar topik masa. nak ajar cara baru untuk bahagi ni. cepat buka buku.

Amir: kalau macam tu, cikgu kenal cikgu Azrien. dia mengajar sini dulu. cikgu ambil lah dia, nama pun dah hampir sama.

satu kelas: cikgu ambil lah dia. kami suka dia. dia best.

terkedu sekejap, murid zaman sekarang dah pandai fikir pasal jodoh. dulu, saya hanya sibuk kahwinkan anak patung barbie saya. hehe. budak kecil kan, tak terfikir sesuatu yang serious pun. terpaksa tutup topik dengan menegaskan suara suruh buka buku. belajar!


ketiga:

Ezariana: cikgu reeni, saya pandai buat origami ikan. saya buatkan untuk cikgu satu ye. lepas tu, cikgu kena baca nota yang ada dalam perut ikan tu.

saya: eh, kenapa "janganlah bersedih"? [selepas lima minit]

Ezariana: sebab cikgu selalu nampak penat, sedih setiap kali masuk kelas ni. kesian cikgu budak budak lelaki nakal.

terharu pula bila ada yang memahami hati ini walaupun tidak diluahkan. memang sangat penat jiwa dan raga. sabar sabar. dalam banyak banyak benda, bagi saya ia adalah hadiah yang lain dari yang lain. thanx my dearie little girl! :)


keempat:

Haziq: cikgu reeni, cikgu kenal geng K-Pop? Super Junior, Beast? kalau kenal cikgu minat siapa?

saya: kenal. cikgu minat Big Bang. [boleh pula saya melayan murid petah ini]

Ayie: saya minat Taeyang Big Bang. lagu baru yang Blue tu best kan cikgu.

ohh, kami mula rancak bercerita. adehh. terpengaruh pula cikgu untuk bercakap tentang itu dengan murid. tak sangka ada geng. hoho.


fokus kepada hadiah yang mengharukan. :')

gadis cilik yang gemar berbicara tentang agama. good girl aisyah. :)

teman setia cikgu reeni. hee. :)

kelas yang penuh dengan gelak tawa. miss that moment. <3


-situasi kelas 3 Kreatif-

pertama:

kelas yang sentiasa menjadi bualan para guru kerana terlampau nakal. sampaikan ada guru yang kehilangan suara tau, sebab terjerit jerit menyuruh mereka berkelakuan baik. bimbang sewaktu mendengar itu. okey, be strong!

mula mula masuk, semuanya baik. tetapi tiba-tiba suasana jadi huru hara seakan akan berada di medan perang. Maznan yang sememangnya dikatakan bermasalah oleh guru mengambil pembaris panjang besar sebab nak pukul kawan. kawan kawan lain pula mengambil penyapu sebagai pelindung. ottoke ottoke?

oleh kerana ingin melarang Maznan berbuat sedemikian. saya mengambil penyapu salah seorang murid dan menghalang. erk, tak pasal pasal main pedang pedang dengan murid. buat malu je. mujurlah tiada guru mahupun murid di luar kelas. saya takut dipukul lah. Maznan menangis bagai nak rak sebab tak puas hati. adoii. sesi memujuk bermula. tetapi tiba tiba Arissa bagitahu,

dia selalu macam tu cikgu. buat tak tahu je. dia akan okey dengan sendiri.

ohh, ok bagi ruang. kembali mengajar. maafkan cikgu yang kurang penyayang ini. huhu. apapun, setelah mengetahui masalah keluarga yang menjadikan dia begitu, timbul rasa kasihan. cikgu doakan Maznan baik baik sahaja. :)


kedua:

pernah sekali saya lupa masuk ke kelas pukul 10.45 pagi. ingatkan 11.15. satu kelas pergi panggil suruh masuk kelas 3K. terasa diri disayangi. ye lah, tak sabar sabar suruh saya masuk. hehe. konon. timbul lagi masalah bila mana berebut rebut nak bawa barang saya. yang itu nak pegang laptop. yang ini nak pegang file. yang paling kelakar, walau hanya sehelai kertas pun nak dipegang. Maznan sekali lagi buat hal bila saya kata,

Maznan, tu bukan cikgu punya. jangan ambil ye. awak pegang yang ini.

oleh kerana tak suka dihalang, dia menangis merajuk dan terus masuk ke dalam almari kelas. Ya Allah, matilah saya kalau ada guru lain tengok. sekali lagi memujuk dengan suara yang sangatlah lemah lembut dan mengajak untuk ambil gambar bersama. barulah tersenyum sampai ke telinga. isy isy isy. hm, kalau lah awak semua ada di Ipg, untung cikgu sebab tak penat. :P


ketiga:

Ayu: cikgu, kenapa suara cikgu lembut sangat?

saya: tak suka macam tu? okey, cikgu buat garang sikit.

Ayu: eh, tak apa. saya suka macam tu. haa, baju cikgu beg cikgu kasut cikgu pun saya suka. cikgu... bla3.

apakah itu yang dinamakan bodek? abaikan. banyak yang ditanya dan dicerita. puan Guru Besar, saya nak ambil tahap dua pula boleh kan nak merasa mengajar murid yang sedikit matang. huhu.


keempat:

Asy Faizal: cikgu, cikgu last hari khamis ni kan? lepas cikgu pencen cikgu nk buat apa?

saya: isy. cikgu tak pencen. cikgu nak sambung belajar. pencen tu untuk orang umur 60 tahun.

Long Firdaus: oo. cikgu cikgu, pindah sekolah la? cikgu tingkatan berapa?

saya: cikgu tak pindah sekolah, cikgu sambung belajar. masuk universiti dah. [baru lah faham. adehh]

kepala pusing. pening juga nak menjawab soalan yang pelbagai. sungguh mereka punya sifat perasaaan ingin tahu yang tinggi. memang semua guru mempunyai hati yang cekal kan.


terima kasih sebab beri kerjasama dan banyak tolong cikgu. :)

dia lah Maznan, istimewa di mata saya kini. :)

dua ratus cukup. terima kasih Malaysia! hehe.
ada murid kata hadiah yang berwarna biru itu sepatutnya bagi dua sebab kecil. amboii.


***

cukuplah beberapa cerita yang ingin dikongsi. penat dah nak menaip. saya pasti rakan rakan seperjuangan turut punya pelbagai cerita. ia memori yang indah kan. :)


p/s:

kepada Kak Yah PK Ko, Haji Li yang sangat lah sporting dan Kak Ti tauke kantin yang baik. terima kasih! :)

kepada Mc'Na dan Nia wakil Pmu, teringat time bermain teka teki setiap kali pulang daripada kokurikulum petang. gelak ketawa bersama. rindu. :)

Sunday, April 8, 2012

080458

..salam..

Who is the one person who can always make me smile?
Even when I am mad at him?
Even if he makes fun of me?
Even when he makes me cry?

He is one of the people who has always been there for me,
one who has always loved, cared and provided for me.
He is someone I love with all my heart.
He is my friend, my HERO but most importantly, he is my FATHER!


Selamat Hari Lahir Bak. Moga Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Rahmat-Nya. :)


salam sayang dari umi, abe' apik, noni dan hariz. <3

Friday, April 6, 2012

old school days :)


..salam..

what was your generation like? mine was pretty much like this. :)


baru sahaja menonton video ini di Facebook. terus tersengih sampai ke telinga. cuba lihat. sangatlah sama dengan kisah hidup kita masa kecil kecil dulu kan. terutamanya time sekolah rendah. bangga kalau ada benda baru juga besar. sibuk kalau mengisi buku biodata diri kawan. dan kecoh kalau main segala permainan yang ditunjukkan dalam video itu. hebat bila situasi itu masih berlaku sehingga sekarang, walaupun sudah 10 tahun saya meninggalkan sekolah rendah. yang pasti,

saya rindu kan zaman persekolahan. sumpah!

p/s: tak sabar nak cerita tentang pengalaman praktikum kali ini. lots of story. :)