Sunday, December 4, 2016

Malu + Geram

Assalamualaikum,

Saya sudah menapakkan kaki di kampung halaman. Hoora Hoorey! Tak sabar nak merasa pelbagai makanan pantai timur. Tak sabar nak berkumpul bergelak ketawa dengan keluarga besar tercinta. Cerita percutian kali ini akan dikongsikan kemudian ye. Nak fokus kepada satu cerita yang berlaku empat hari lepas.

***

Semasa di dalam flight perjalanan dari KUL ke TGG, saya ditempatkan bersebelahan dengan seorang pak cik pemuda. Bukan mahu cerita dia kaya atau ada rupa. Kalau macho pun tetapi perangai hancur memang nak kena masak jadi nachos lah kan. Sempat lagi tongue twister. Okey okey, cerita bermula daripada perasaan saya yang seronok nak duduk bersebelahan tingkap di dalam flight time tu. Konon suka tengok pemandangan dari atas tetapi selalunya tak sempat nak tengok awan pun bila dah masuk flight sebab mata cepat tertutup. Kaki tidur betul. Hee.

Sesampai di barisan ke-11, saya sebagai penumpang seat 11A memberi hint kepada pemuda pada seat 11B supaya memberi laluan kepada saya untuk duduk pada seat sebelah tingkap itu. Tapi, dia boleh buat malas nak beralih keluar dan beri laluan masuk kepada saya. Tiba-tiba sesuka hati terus beralih duduk di seat 11A dan minta saya duduk di seat 11B. Haishh. Seat ditengah-tengah adalah kedudukan yang saya paling tak suka actually. Lagi selesa di bahagian tepi. Tapi tak apa, saya setuju jadi penumpang seat 11B. Mood masih stabil.

So, start tengok movie best lakonan Jackie Chan. Tak tahu macam mana saya boleh terlelap, tiba-tiba dikejutkan oleh seorang steward yang mengedarkan kacang masin dan juga orange juice. Sebagai seorang kaki tidur yang kepala lentok sana sini, ternganga mungkin ada. Penumpang yang ambil seat 11A, mesti tak sengaja tertengok. Macam mana lah rupa saya time tidur tu. Rasa macam tak okey je. Saya dapat rasakan tak okey. Ya Allah,  MALU gilerr tahu tak. Tapi saya buat bajet cool makan kacang masin sambil ketawa perlahan tengok cerita kelakar.

Malu makin bertambah bila mana saya cuba buka penutup orange juice sambil tengok cerita, tak nampak lah kan. Tak pasal-pasal tertumpah air di atas meja dan baju. Bekalan tisu di dalam bag dah habis, terpaksa tanya dia sebab seat 11C kosong dan steward pun tak kelihatan. GERAM bila saya tanya ada tisu atau tak, dia hanya senyum ketawa kecil. Hello, ya atau tidak jawapan yang saya tunggu. Boleh pula dia relax tengok orange juice meleleh sampai terkena baju saya. Tak kelakar lah air tumpah atas baju. Huhh. Kalau dah itu respon yang saya dapat, tanpa segan silu letak je terus orang juice dan kacang masin di atas meja dia tanpa bertanya. Nasib lah besebelahan dengan saya yang huru-hara ni. Kebetulan steward lalu, cepat-cepat minta tisu untuk dilap.

Tenang sekejap tetapi tiba-tiba rasa geram sekali lagi apabila akhirnya dia bertanya "Okey tak?" Eh eh eh eh, lepas dah settle semua baru nak tanya. Tak payah nak rasa gentleman sangat kalau tanya selepas masalah selesai. Saya boleh settle sendiri. Sesampainya ke destinasi yang dituju, saya cepat-cepat ambil baggage sebab tak nak tengok dia. Malu yang amat dengan peristiwa yang pelbagai di dalam flight tadi. Geram pun ada. Mesti dalam hati dia fikir "gelabah giler minah ni" kan. Adehh. Lantak lah, mohon dia lebih sensitif dengan keadaan sekeliling lain kali. Akhir kata dari saya, moga kita tak bertemu lagi wahai penumpang 11A. =.='

***

p/s: cukup dua tahun pengalaman percutian ke perth australia berlalu. teringat 2811-0212. rinduu lahh. :)

Wednesday, November 23, 2016

Deepa's Trip

Assalamualaikum..

I'm back! Alhamdulillah, pengajian sarjana semester 3 telah pun berakhir dengan jayanya. Lega sekejap tetapi  dalam masa empat hari lagi pengajian akan diteruskan ke peringkat yang seterusnya. Bukan peringkat pHD ye, semester 4 sahaja. Cukuplah sehingga peringkat sarjana pengajian saya. Banyak perkara yang telah saya korbankan dalam masa setahun setengah ini - masa bersama keluarga, wang dan tenaga yang berlebihan berbanding orang lain. Mahu merasai nikmat dunia pula. Eh, jangan lupa amal untuk nikmat akhirat. Nampak tak ada unsur ustajah di situ. Ahha. :)

Okey cukup cerita pasal study. Actually nak cerita pasal keseronokan kebahagiaan bersama keluarga sepanjang cuti Deepavali bulan lepas. Sumpah BEST okey! Meh nak share gambar kami bersama.


Serious rasa puas hati bila dapat salurkan segala hasil titik peluh sendiri untuk keluarga tersayang. Noni tak beli apa-apa untuk segala anniversary atau hari lahir family tahun ini, tapi Noni harap perbelanjaan dari A sampai Z selama 9 hari 8 malam ini cukup untuk semua. Thank you sebab sama-sama menjayakan percutian ini dengan penuh meriah. Maaf untuk sebarang kekurangan. Dah kenapa gaya macam nak bagi ucapan kan. Luahan hati je pun. Overr. =.='

Di kesempatan ini juga, saya ingin kongsikan satu berita perpisahan warga SKPI. Dua orang rakan sekerja telah dapat berpindah ke semenanjung. Salah seorang daripadanya ialah housemate saya. Bila turn saya? Next year, saya mulakan operasi perpindahan ye. Doakan rezeki saya berkhidmat di semenanjung dipercepatkan, walaupun tak tahu negeri mana yang perlu dipohon.


Terima kasih Kak Khirun untuk semua kenangan pahit manis bersama sepanjang tiga tahun ini. Maaf salah silap. Teruskan berkhidmat dengan sebaik mungkin di tempat baru. InsyaAllah ada rezeki kita bertemu lagi ye. :)


p/s: mirr suruh dengar lagu Demi Cinta - Ezad Lazim. Khas buat yen katanya. Emm so, nak suruh yen rawat hati mirr la? Hehe. Okey gurau gurau. Nice song mirr. :)



Thursday, September 1, 2016

Merdeka!

Assalamualaikum,

Terlewat sehari tetapi diri tetap mahu mengucapkan, Selamat Hari Kebangsaan semua! Saya pasti kita masih dalam mood 31 Ogos kan. Sudah 59 tahun Malaysia bebas daripada penjajah. Alhamdulillah kami hidup aman harmoni sehingga kini. Moga ianya akan berkekalan. Aminn. :)

Rasa nak throwback cerita sambutan kemerdekaan tahun lepas. Saya bersama tiga rakan yang lain telah memilih percutian 3 hari 2 malam ke Singapore sempena Hari Kebangsaan 2015. Gaya macam tak patriotik kan. Actually bosan asyik bercuti di rumah sewa, walaupun duit tak berkepuk tetapi semangat untuk travel membuak-buak dalam diri. So apa lagi, cepat-cepat tempah tiket flight, bas, train, tiket masuk Universal Studio Singapore dan tempah bilik di hotel bajet secara online. Dalam masa satu hari, settle! Woahh, kalau dah tekad, segalanya mampu.

Penat memang penat, tetapi seronok melebihi segalanya. Ada beberapa perkara yang boleh saya simpulkan tentang Singapore. Bersih, semua orang rushing -sebab naik escalator sempit pun ada dua lane. 1 lorong tegak berdiri 1 lorong jalan cepat-cepat- dan majoriti orang sana guna english untuk communicate -berbelit lidah I olls-  Apapun, backpack trip ini cukup memuaskan dan sangat bermakna. Rinduu nak travel lagi. Mohon Hazreeni simpan duit  sekarang, sebagai persediaan perkahwinan. Haha tiba-tiba. Nak kenal tempat-tempat best la.


 

 ***
Tahun ini hanya duduk di rumah menghadap assignments yang tak tahu bila nak habis. Harapnya sempat siap sebelum kuliah nanti. Haihh banyak benda yang difikirkan. Keluarga lagi kerja lagi belajar lagi. Moga dipermudahkan segalanya. Sebelum terlupa, buat anak-anak UPSR, buat exam elok-elok. Cikgu doakan semuanya baik-baik sahaja. Yakin Boleh! Doakan juga cikgu dapat menggalas tugas sebagai pengawas UPSR dengan jayanya. Malas pula rasa, mungkin ini yang pertama dan terakhir. Hee kononnya nak cari pengalaman.
 
Kena berehat buat sementara waktu dari ber-blogging, fokus kepada segala benda tertangguh dan kesibukan kerja memanjang. Cerita banyak-banyak bakal dikumpul, nanti share lagi. Sebelum mengundurkan diri, meh join layan lagu Janam-janam sambil bayangkan Shah Rukh Khan berkaca mata hitam dengan handsome sekali. Melting. Kejap suka Lee Chong Wei kejap minat Lee Jong Suk. Haha kalau bab berangan nombor satu. Last-last lelaki melayu juga yang saya nak. Teehee. Saja merapu hilangkan mengantuk buat assignments. Okey okey, sambung kerja yokk.

Hello September, lets be friends! :)

p/s: Wish untuk 12 September nanti, Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. :)

Sunday, August 7, 2016

Allah Selamatkan Kamu ~

Assalamualaikum,

Akhirnya berpeluang untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk post kali ini. Disebabkan agak malas nak membuat post hari lahir untuk setiap bulan, saya memilih untuk membuat ucapan setahun sekaligus. Jimat tenaga jimat masa kan.

Ucapan ringkas yang rasmi. :)

Selamat Hari Lahir kesayangan-kesayangan saya.
Moga segala urusan yang diusahakan dipermudahkan.
Moga iman turut bertambah dengan bertambahnya umur.
Moga senantiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Kenali kesayangan-kesayangan saya:

My familia.
Rindu Rindu Rindu!

Bak 8 April + Umi 27 Julai + Hariz 22 Disember


Abe Apik 23 Oktober + Kak Ira 21 Julai + Aakif Hafiy 17 November

My kepochi gossip girls.
Bila nak jumpa ni? Masing-masing dah gatal mulut nak bergosip. :P


Ah 2 April + Ain 8 Januari

BFF yang kesemuanya akan mengakhiri zaman bujang kelak. Tahniah!
Saya? Saya memilih status hati berbunga-bunga sekarang. Hee.


B 20 Mac

 
L 23 Julai


Mirr 28 Julai

 
Ain Mes 9 Disember

Warga Leo yang akan mencecah umur 26 tahun bulan Ogos ini.
 Wish awal tanda semangat kekitaan menerajui bisnes butik Shazzmin bersama. Haha gedik seyhh. :P


Cikgu SKUL 10 Ogos


Cikgu SKPI 19 Ogos
tuan blog pun nak menempel sama hee.

***

Atas nasihat beberapa orang yang berpengalaman, akhirnya saya tekad untuk mengikut langkah-langkah terbaik untuk kembali tenang. Bukan mahu cari gaduh tetapi cari kebahagiaan masing-masing. Jadi, block dia di dalam handphone adalah yang langkah yang paling penting bagi mengelakkan dari wujudnya anasir-anasir jahat merimaskan. Tidak boleh sama sekali berhubung. Kalau tiba waktu berkumpul? Harus pandai elakkan diri agar tidak timbul salah faham atau fitnah. Jangan fikirkan dia? Itu saya tak perlu risau sebab saya sudah lama lupa semuanya. Completely move on. Thanks to dia sebab selalu huru harakan hati saya, hilang segala perasaan dengan mudah dan cepat. Buat lah hal awak sorang-sorang, jangan nak macam-macam. Fullstop.

Alhamdulillah, hati rasa lega sangat. Sekarang hanya mahu fikir tentang diri saya, keluarga saya, kesayangan saya, study saya dan kerjaya saya. Fokus kepada kehidupan yang cukup indah ini. :)



p/s:
Lagu We Don't Talk Anymore-Charlie Puth dan Terakhir-Sufian Suhaimi menjadi pilihan dibulan ini. Tiada kaitan dengan lirik, lebih meminati melodi yang menarik itu. Layan~

Orang yang selalu buat kerja last minute kembali busy dengan assignments yang bertimbun. Pening tak tahu nak buat mana satu. Adeh. Moga dipermudahkan. Aja aja fighting! 

Monday, August 1, 2016

Rimas Lemas

Assalamualaikum,

Oh my Oh my. Hati sedang panas sekarang. Saya rimas lahh. Saya lemas okeyy. Boleh tak kalau kita hidup cara masing-masing. Awak dengan dunia awak, saya dengan dunia saya. Cuba lah faham, saya tak nak ada kena mengena dengan suami o bapa orang. Faham tak kita bukan lagi dalam situasi single-mingle nak bercouple-couple bagai. Lagikan saya tak suka kalau ada orang ganggu pasangan saya, tak akan lah saya nak mengganggu pasangan lain pula. Saya faham rasa sakit tu macam mana dan saya tak akan buat benda yang sama. Pliss lahh, saya tak tahu nak jelaskan macam mana lagi dah supaya awak faham apa yang awak harapkan tu salah. Tak rasa bersalah ke? Saya cakap elok-elok sebab tak nak gaduh tak nak ada dendam. Kita dekat kan, tak seronoklah kalau berjumpa jadi kekok diam seribu bahasa.

Sekarang banyak tanya pasal boyfriend saya. Saya ada boyfriend ke saya tak ada boyfriend ke itu hal saya. Awak yang tinggal biar saya tergantung tak bertali. Tiba-tiba bila saya dah cukup senang hati awak datang nak huru-harakan. Sedar status awak pliss. Ye, kita ada text tapi untuk pengetahuan awak, perasaan sayang rindu saya pada awak dah tak ada walau sebesar kuman pun. Sumpah saya tak pernah anggap lebih daripada itu. Apa yang dilakukan semua atas dasar tali persaudaraan. Tapi tak sangka awak serious sampai fikir ke lain, sampai nak berdendam pula tu. Nak ugut apa lagi? Saya sudah cukup penat dengan ugutan awak. Buatlah sesuka hati awak, terpulang. Tetapi ingat, jangan libatkan orang-orang penting di hati saya. Cukup antara kita. 

Awak nak stop semua ni bila saya dah ada pasangan, bila saya dah kahwin. Awak tahu saya belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat kan. Banyak perkara yang masih perlu saya selesaikan sebelum memikul tanggungjawab yang sangat besar. Sebab tu awak dengan yakinnya memberi syarat sedemikian rupa. Tak akan lah saya nak kahwin kontrak cari suami upahan semata-mata untuk hentikan gangguan awak. Tak cukup lagi ke jawapan  "harap awak doakan yang terbaik untuk saya dan dia". Cukup mudah untuk difahami kan, saya ada dia. Walaupun sebenarnya saya takut untuk terlalu yakin, tetapi masih berharap agar tiada lagi situasi itu ini yang akan membuat saya buntu dan tidak mahu peristiwa pahit berulang kembali.

Apa lagi yang awak nak. Saya jadi yang kedua? Saya jadi simpanan mainan awak? Apa yang awak tak puas hati dengan saya sebenarnya. Kononnya dulu pernah persoalkan kenapa sebelum ini saya memilih dia dan bukan awak. Okey saya akui masalah yang sama berlaku dalam perhubungan saya dengan dia dan saya dengan awak, perempuan. Tetapi yang membezakan awak dan dia, sekurang-kurangnya dia tahu menghargai dan apa yang penting, dia menghormati saya sebagai wanita. Tapi awak? Pernah awak teruja bila saya lakukan sesuatu yang konon-kononnya sweet? Tak. Pernah awak ada disaat saya susah? Tak. Hakikatnya, jawapan dari awak untuk kesemua soalan saya adalah TAK.

Tak tahu nak berkongsi dengan siapa tentang cerita ini. Tiada siapa akan faham. Saya pasti saya yang akan dipersalahkan. Mujurlah ada Allah untuk mengadu, ada diari untuk mencatat. Sedih. Serabut. Ya, boleh sahaja saya abaikan semuanya. Anggap kami tidak pernah kenal selama ini. Tetapi atas dasar persaudaraan, saya tak nak hanya kerana cerita ini, hubungan yang cukup menggembirakan apabila berkumpul bersama menjadi sesuatu yang suram kelak. Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk kebaikan bersama. Awak, kekal lah setia kepada dia yang berusaha menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Perkara lepas biarkan berlalu. Sebelum hal ini diketahui, hentikan. Sungguh-sungguh saya meminta, tolong.. tolong pergi.

p/s: niat hati mahu berkongsi post berkenaan hari lahir kesayangan-kesayangan saya di bulan julai akhirnya terbantut. haihh.

Monday, July 4, 2016

1 Syawal datang lagi! :)

Assalamualaikum,

Sesungguhnya hati sedang menari-nari sekarang. Tanda gembira berada di rumah, ditambah pula dengan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Benarlah kata orang, Rumahku Syurgaku. Gembira tak terkata kalau bersama keluarga tersayang kan. Persiapan raya kali ini, biasa-biasa sahaja. Suasana pun tak semeriah dulu. Tiada lagi kanak-kanak bermain bunga api di malam raya, tiada lagi suara kecoh berebut toilet di pagi raya sebab tak sabar nak memakai baju baru cepat-cepat dan bersalam dengan orang dewasa semata-mata untuk mendapat duit raya paling cepat paling banyak. Lagi teringat bila kami kanak-kanak perempuan biasanya akan memakai gelang kaki di hari raya konon nak bergaya sakan. Cing! cing! cing! suka betul hentak kaki kuat-kuat bagi riuh satu rumah. Rinduuu. Sekarang ramai yang sudah dewasa dan suasana pun berubah, tetapi seronok juga. Di malam raya mesti stay up beramai-ramai sambil iron baju dan bergosipbual sebab tak nak lepaskan peluang masa bersama. Kalau dulu sibuk meminta-minta, sekarang kami pula yang sibuk memberi duit raya kepada kanak-kanak. Adehh pokai. Ohh ya, suara kecoh berebut toilet di pagi raya masih lagi kedengaran. Hehe. Tetapi dengan niat yang suci murni ye, buat rombongan bersama-sama ke masjid. Sesi bergambar bersama keluarga, sesi berpusu-pusu ke dapur untuk makan beramai-ramai dan sesi menziarahi sanak saudara jiran tetangga masih lagi kami amalkan. Bahagiaaa. Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan kebahagiaan ini. Moga ia berkekalan sampai bila-bila. Aminn Aminn Ya Rabbal Alamin.

Bersempena hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada umat Islam di seluruh dunia. Kosong kosong ye. :)

1 Syawal tahun 1437H

p/s: seronok tu seronok juga. cara nak balik ke bumi kenyalang selepas raya masih belum selesai. risauu. jalan penyelesaian sedang dipergiatkan. moga urusan saya dipermudahkan.


Eh eh jap, ada satu cerita yang belum saya sempat kongsikan sebelum ini. A little bit gedik punya cerita tapi best. Hehe see? Dah start gedik. Mujurlah orang tertentu tak tahu kewujudan blog ini. Kalau tak, sumpah tak tahu nak letak mana muka sebab malu. Okey-okey saya tak melalut panjang.

Atas dorongan keluarga Wan Hussain yang sangat supportive juga positive terutamanya mama, akhirnya saya berkesempatan ke sebuah rumah di Bachok sana. Bukan pergi menggatal lahh, pergi kenduri. Serious segan. Nak masuk lorong rumah pun dah berdoa sakan biar Allah permudahkan urusan. Segan lah tu kan? Okey itu nervous. Dah kenapa nak pergi kenduri pun nervous, bukan kahwin pun. Ye, memang bukan saya yang kahwin. Serious dah lama gilerr tak bersembang dan bertemu. Risau juga nervous tu akan buat saya tertumpah nasi. Haha overthinking. Alhamdulillah Allah permudahkan sebab ada kawan-kawan rapat yang dikenali turut hadir. Ditemani juga dua sepupu kesayangan. So, segala rasa nervous segan hilang begitu sahaja. Hehe thanks to Ain, Durrah, Bukit, Donut and wife, Kak Sha dan cameraman yang baru dikenali time tu sebab sporting habiss.

Dia? Pemalu mengalahkan anak dara kata Ain dan Durrah. Hee. Tak apa tak apa kami semua faham. Terkejut mungkin. Tetapi thanks juga sebab layan kami-kami tetamu ini dengan layanan gred A. Jasamu dikenang. Disakat tanpa henti itu sudah pasti tetapi layankan je lah kan. Bagi peluang mereka bergembira. Ececehh siapa yang gembira sekarang, mereka atau saya? Saya. Haha maaf gedik. Sebelum terlupa, thank you untuk dia sebab sabar melayan kerenah dua sepupu saya yang kepochi. Maaf kalau ada salah silap ye. Tetapi seperti mana kata Ain dan Durrah, kalau tak ada mereka tiada cerita atau gambar menarik yang boleh saya jadikan pengalaman manis. Hee alright alright, Thank You untuk semua yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung. Sayang korang ketat-ketat. :)

Apa pun saya nak ucapkan, Selamat Pengantin Baru Kak Sha. Moga kekal bahagia hingga ke jannah bersama suami tercinta ye. Tahniah juga diucapkan untuk keluarga pengantin kerana mendapat ahli keluarga baru. :)

Acah-acah teaser. :P


p/s: baru-baru ini tiba-tiba ada seseorang like gambar saya pada tahun 2010 dahulu. Terkejut sekejap. Tapi faham, ter-pergi ke facebook saya ter-like itu semua tak sengaja. Jaga diri Pn. Noriah. :)



Sunday, May 29, 2016

cerita hati

Assalamualaikum,

Sambil mendengar dua lagu favorita bulan ini, Sudah Ku Tahu dan Hidup Dalam Mati, hati rasa nak bercerita pula. Konon mood cinta. Tak payah nak cinta-cinta sangat lah. Aisyy.

Siapa sangka saya di sapa seseorang untuk berkenalan. Kenapa saya kata tak sangka. Sebab saya bukanlah seseorang dalam golongan terpilih, banyak kurang sana sini. Jika ada 100 orang perempuan beratur untuk dipilih, mungkin saya orang yang ke-99 terpilih. Macam tak laku sangat kalau nak tulis dapat tempat ke-100. Saya tak adalah teruk sangat kan. Eh tapi ke-99 pun tak apa, saya sudah cukup berbangga dengan diri sendiri yang hebat ini. Okey, angkat bakul sendiri. Cukup, kembali kepada cerita.

Persoalan ini telah disampaikan oleh orang tengah, bukan dari tuan empunya diri. Sudikah saya? Jujur cakap saya tak tahu apa jawapan yang paling sesuai untuk dibalas. Saya tahu itu hanya  pertanyaan awal perkenalan, tetapi situasi sekarang sudah cukup berbeza. Sudah berumur 26 tahun, tiada lagi istilah cinta monyet main-main, jawapan pun perlu lebih serius. Tetapi, saya diamkan sahaja. Keliru sebenarnya. Keliru sama ada mahu setia menunggu atau menerima dia yang baru muncul. Sesetengah menasihatkan agar setia menanti satu hubungan yang telah diluahkan walaupun mereka juga tidak pasti adakah happy ending akhirnya. Sesetengah pula menasihatkan saya tidak boleh terlalu yakin dengan penantian yang agak kabur bagi mereka dan terima dia yang kelihatan jujur ikhlas itu. Ditambah pula ayah kami saling mengenali, kebetulan. Itu pemudah cara katanya. Last-last saya berdoa agar Allah tunjukkan jalan terbaik. Jika seseorang Adam itu telah tertulis untuk saya, maka dekatkanlah dan jika dia bukan jodoh saya, jauhkanlah bagi mengelakkan dari segala kesulitan.

Nak dijadikan cerita, tidak lama selepas itu tiba-tiba saya dapat tahu berita pertukaran dia ke semenanjung. Sedekat-dekat kami yang hanya berselangkan lima lorong taman perumahan akhirnya jauh terpisah di antara bumi kenyalang dan negeri selatan. Bukanlah saya terlalu pasti doa saya terjawab, tetapi tak mustahil berita ini adalah satu petunjuk. Akhirnya persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Mungkin itulah yang terbaik. Semoga awak bertemu dengan wanita terbaik di sana ye. Teringat pula kata-kata guru kesayangan, saya seharusnya berterima kasih kepada seseorang sekiranya dia menyatakan perasaan suka, bukan membenci. So, thank you awak. :)

Okey, ada extra dua cerita. Hee.

Cerita kedua, saya tak mahu panjang lebarkan, tetapi sebagai catatan hati, saya tetap nak kongsi. Dia kembali. Saya tak sangka, tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan. Ia benar-benar berakhir untuk kami, tiada lagi jalan untuk teruskan. Kekal lah setia kepada dia yang taat kepada awak. Tak nak menjadi punca perbalahan kalian. Bila difikir kembali, kenapa baru sekarang awak nak cari, kenapa bukan dari dulu awak cuba usahakan seperti mana yang awak cuba sekarang. Sudah terlambat, cukuplah kita kekal seperti sekarang. Jangan ada perasaan tak puas hati ye, sesama doakan yang terbaik untuk diri masing-masing. :)

Cerita terakhir, tentang dia. Mereka yang berpengalaman di dalam dunia cinta dan tahu akan cerita ini mula membebelberi nasihat kepada saya. Pada mulanya rasa agak yakin dengan keputusan yang telah saya pilih, tetapi disebabkan beberapa situasi yang berlaku semenjak dua menjak ini, hampir sama dengan kisah beberapa tahun yang lalu, saya mula rasa buntu.  Saya sebenarnya tiada hak pun untuk pertikaikan apa-apa. Cuma masih trauma akan pengalaman itu. Setahun hidup terumbang-ambing. Setiap malam menangis sehingga sakit kepala, ilmu pun tak mampu disimpan sehingga terpaksa meniru di dalam peperiksaan. Mendapat berita sedih tentang diri sendiri, kehilangan seseorang yang dekat di hati, kehilangan rakan-rakan tersayang pada masa yang sama. Sumpah itu sukar bagi saya.

Sekarang, hati seakan-akan terasa perkara yang sama akan berlaku, sesuatu yang menyedihkan. Adakah saya paranoid atau hati ini benar ada deria keenam dapat mengesan sesuatu. Kata mereka, jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Walau dalam sesaat, macam-macam boleh berubah. Saya tak nafikan itu benar. Sebolehnya saya nak buang jauh-jauh fikiran negatif, jahat lah saya kiranya bersangka tidak baik kepada mereka yang sangat baik. Haihh. Saya sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan. Kononnya sedang bersedia untuk redha dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, jauh dari sudut hati, ada juga niat untuk bertahan walau tiada hitam putihnya. Tak salah berusaha. Tambah pula, ada yang excited menyokong. Thank you buat classmate dia, yang juga kini menjadi classmate saya. Entah, benar-benar buntu untuk mengambil jalan terbaik agar hati tidak menangis lagi. Yang saya tahu, saya cuma mahukan kebahagiaan selepas semua yang berlaku. Moga Allah makbul.

Umi kata, jangan susahkan hati dan minda. Kalau dah jodoh, walau sejauh dan sesusah mana, akhirnya tetap bersama. Kalau dah tiada jodoh, walau ditatang sekalipun, tetap tak akan bersatu. Apa kesudahan jodoh saya kelak? Saya serahkan semuanya kepada Dia yang satu. Masih ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan sebelum memikul tanggungjawab yang besar. Wish me luck guys. :)


Hanya kenangan. Gambar pertama dan terakhir yang disampaikan daripada ayah-ayah. Pandai si anak curi-curi snap gambar. =_='

Wednesday, February 24, 2016

Fight Like Jalil

Assalamualaikum,

Sudah hampir tiga bulan berita pemergian Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Raja Zarith Sofea dikhabarkan. Namun berita ini masih lagi menjadi bualan ramai orang, termasuk saya sendiri. Diri masih lagi tidak dapat berganjak dari membaca semua kisah dan melihat semua gambar serta video berkenaan dia. Setiap kali sign in Instagram dan Facebook, perkara pertama yang dicari adalah berkenaan dia. Bukan meratapi tetapi merindui akan putera yang berjiwa rakyat ini. Tak tahu kenapa walaupun tidak pernah bersua muka, hati rasa kehilangan. Jangan ingat saya teringatkan dia disebabkan rupanya yang kacak, mungkin. eh tetapi sebenarnya lebih disebabkan kebaikan dan kekuatannya. Ditambah pula kami sebaya, seakan-akan hilang seorang kawan. Jujur cakap saya menangis bila dapat tahu semua tentang dia. Sayangnya saya baru mengenali dia selepas dia sudah tiada. Terlepas peluang melihat segalanya. Tetapi sedikit terubat apabila melihat segala update dari rakyat dan kaum kerabatnya.

Saya selalu terbaca ayat ini daripada pengguna laman media sosial lain,

selepas ini tiada lagi anak raja yang curi-curi keluar dari istana untuk hidup seperti rakyat biasa, tiada lagi anak raja yang sorok-sorok makan tepi pantai, tiada lagi anak raja yang mencemar duli belajar buat ABC di kaki lima, tiada lagi anak raja yang menyakat dan bergurau dengan nurse sewaktu di hospital dan tiada lagi anak raja yang sanggup bekerja basuh kandang zoo. Hanya TJ. TJ sahaja yang melakukan semua ini walaupun tidak sihat.

Mungkin juga saya rasa terkesan dengan pemergian putera Johor yang juga dipanggil Ku Lil ini disebabkan kisah kekuatannya melawan kanser hati tahap 4 yang dihidapinya. Betapa kuatnya dia bagi saya apabila dia masih mampu tersenyum dan menjalani hidup seperti biasa walaupun dia sebenarnya sedang melawan penyakit yang paling ditakuti semua. Seakan-akan dapat membayangkan diri sendiri sedang menghadapi dugaan sakit sedemikian. Saya tahu pesakit mana yang tidak berasa sedih dan takut. Sedih pada diri sendiri masih boleh diatasi dengan berfikiran positif walaupun kadang tertanya "kenapa aku". Sedih lagi apabila terasa kita adalah beban kepada ahli keluarga, rasa bersalah. Takut juga memikirkan hari-hari mendatang, adakah mampu bertahan atau kecundang di awal perjuangan. Hanya Allah yang tahu segala, redha. Yang pasti doa sentiasa dipanjatkan moga segala kebaikan yang diperoleh.

Tenanglah wahai putera kesayangan semua di alam sana. Moga Allah menempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seandainya punya kekhilafan, moga diampunkan. Dengan kebaikan yang telah dilakukan selama ini termasuk doa yang diiringkan dari semua, moga ia menjadi bekalan di sana. Tabahlah wahai kerabat diraja Johor. Apa yang pasti, Ku Lil sentiasa di hati.

Sedikit kenangan yang ingin dikongsi..



Tabahlah!
Kata-kata semangat. :')

Al - Fatihah.



p/s: locked away dan fight song versi rachel pattern terbaikk! :))