Assalamualaikum,
Terlewat sehari tetapi diri tetap mahu mengucapkan, Selamat Hari Kebangsaan semua! Saya pasti kita masih dalam mood 31
Ogos kan. Sudah 59 tahun Malaysia bebas daripada penjajah.
Alhamdulillah kami hidup aman harmoni sehingga kini. Moga ianya akan
berkekalan. Aminn. :)
Rasa
nak throwback cerita sambutan kemerdekaan tahun lepas. Saya bersama
tiga rakan yang lain telah memilih percutian 3 hari 2 malam ke Singapore
sempena Hari Kebangsaan 2015. Gaya macam tak patriotik kan. Actually
bosan asyik bercuti di rumah sewa, walaupun duit tak berkepuk tetapi
semangat untuk travel membuak-buak dalam diri. So apa lagi, cepat-cepat
tempah tiket flight, bas, train, tiket masuk Universal Studio Singapore
dan tempah bilik di hotel bajet secara online. Dalam masa satu hari,
settle! Woahh, kalau dah tekad, segalanya mampu.
Penat
memang penat, tetapi seronok melebihi segalanya. Ada beberapa perkara
yang boleh saya simpulkan tentang Singapore. Bersih, semua orang rushing
-sebab naik escalator sempit pun ada dua lane. 1 lorong tegak berdiri 1
lorong jalan cepat-cepat- dan majoriti orang sana guna english untuk
communicate -berbelit lidah I olls- Apapun, backpack trip ini cukup
memuaskan dan sangat bermakna. Rinduu nak
travel lagi. Mohon Hazreeni simpan duit sekarang, sebagai persediaan
perkahwinan. Haha tiba-tiba. Nak kenal tempat-tempat best la.
***
Tahun
ini hanya duduk di rumah menghadap assignments yang tak tahu bila nak
habis. Harapnya sempat siap sebelum kuliah nanti. Haihh banyak benda
yang difikirkan. Keluarga lagi kerja lagi belajar lagi. Moga
dipermudahkan segalanya. Sebelum terlupa, buat anak-anak UPSR, buat exam
elok-elok. Cikgu doakan semuanya baik-baik sahaja. Yakin Boleh! Doakan
juga cikgu dapat menggalas tugas sebagai pengawas UPSR dengan jayanya.
Malas pula rasa, mungkin ini yang pertama dan terakhir. Hee kononnya nak
cari pengalaman.
Kena
berehat buat sementara waktu dari ber-blogging, fokus kepada segala
benda tertangguh dan kesibukan kerja memanjang. Cerita banyak-banyak
bakal dikumpul, nanti share lagi. Sebelum mengundurkan diri, meh join
layan lagu Janam-janam sambil bayangkan Shah Rukh Khan berkaca mata
hitam dengan handsome sekali. Melting. Kejap suka Lee Chong Wei kejap
minat Lee Jong Suk. Haha kalau bab berangan nombor satu. Last-last
lelaki melayu juga yang saya nak. Teehee. Saja merapu hilangkan mengantuk
buat assignments. Okey okey, sambung kerja yokk.
Hello September, lets be friends! :)
p/s: Wish untuk 12 September nanti, Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. :)
p/s: Wish untuk 12 September nanti, Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. :)
No comments:
Post a Comment