Monday, October 31, 2011

Selamat Maju Jaya :)

..salam..

hanya tinggal 10 HARI sahaja lagi untuk saya menghadapi peperiksaan semester 4. takut yang amat sangat! tetapi buku masih kelihatan bersih dan baru seperti di awal semester. haishh. BELAJAR BELAJAR!

jenguk jadual exam sekejap:

101111 - Teknologi Dalam Pendidikan
141111 - Matematik K1
151111 - Matematik K2
161111 - Pendidikan Jasmani
171111 - Bahasa Inggeris

apapun, doakan saya dan rakan-rakan agar mendapat keputusan yang cemerlang gemilang dan terbilang ye. yang penting lulus kesemuanya. aminn. sesama usahakan yang terbaik. insyaAllah. :)

-bittaufiq wannajah fil imtihan-


p/s: perlu luangkan masa untuk ilmu ilmu duniawi sekarang. bye. kelak jumpa lagi ye. :)

Friday, October 28, 2011

berdikari

..salam..

saya tak suka okey! tiba tiba naik angin satu badan. huhh. tak suka bila ada yang mempersoalkan tentang berdiri di atas kaki sendiri. kalau pasal diri sendiri tak apalah. masalahnya pasal saya. tak perlu bimbangkan saya. sila jaga diri masing masing. memang, memang saya anak yang sedikit manja tapi tak adalah mengada ngada sampai semua benda yang saya nak saya dapat. lagi satu, tak semestinya kalau selalu berkepit dengan keluarga bermaksud saya tidak mampu untuk berdikari. time belajar jauh nun di johor dan bangi sana tak ada pula yang nak puji saya pandai berdikari. bila kembali menetap di negeri kelahiran mula lah nak bising. kononnya, saya tak pandai berdikari, tak kenal bas, penakut. hey, semua itu membebankan anda sekalian kah? kalau ibu bapa saya mahu mengeratkan ukhuwah keluarga dengan cara sebegitu, biarlah.

*cuba anda bayangkan salah satu situasi yang saya hadapi. setiap kali pulang ke rumah dari kota bharu ke besut, hanya saya dan pemandu yang ada di dalam bas. takut tau tak. kalau pagi tak kisah pun, sampai pukul 7 malam kott. mestilah ibu bapa saya bimbangkan anak perempuan ini. kalau dijemput dengan kereta, perjalanan hanyalah sejam. lagipun, tenaga dan duit minyak bukan orang lain yang sumbangkan. jadi, tutup mulut kalian sekarang.

*saya pernah naik bas, kereta api, komuter sendirian macam orang lain juga. teringat peristiwa di mana saya terpaksa naik komuter sorang sorang ke uitm shah alam dek kerana majoriti kawan kawan balik bercuti di kampung halaman. saya cuba untuk berdikari lah tu. sedih mendengar kata kata mereka yang beranggapan saya tak boleh buat apa apa pun. luaran mungkin saya nampak lemah gemalai tapi hakikatnya jiwa dan raga saya kuat!

*mak cik saya pernah bagitahu, di awal perkahwinan dia kurang pandai memasak. oleh kerana terdesak, nak tak nak dia kena belajar. tak kan lah nak biar suami makan di luar setiap masa. dan kini, dia sudah boleh membuat pelbagai makanan. sedap pula tu. sama lah seperti berdikari. dalam waktu terdesak, kita akan dapat melakukan apa sahaja walaupun sukar tetapi haruslah ingat bahawa adakalanya kita masih memerlukan orang untuk membantu.

so please.. mind on your own business! =.='

Monday, October 24, 2011

231086

..salam..

Selamat Hari Lahir Muhamad Hafiq!
Moga Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Rahmat-Nya :)


sempena ulangtahun kelahiran yang ke 25 ini, hanya 1 yang diharapkan..
moga abe'apik boleh menjadi contoh kepada noni dan hariz. jadi abang yang serba boleh! juga menjadi anak yang soleh kepada umi dan bak. aminn. :)


(susah betul nak jumpa gambar dia di lappy ini. em. nanti saya upload lagi ye)

Monday, October 10, 2011

keluarga ku sayang

..salam..

jom jom! jom tengok gambar gambar di bawah. sudah lama tidak berkongsi kegembiraan bersama cik Diari saya.

memori indah ini dirakam bersama di 'sempadan kerteh kuantan'. time ipg sibuk membuat karnival. oops, kantoii ponteng. kalian jangan tiru sikap ini tau.


dia sengaja nak tunjuk di mana kami berada. huhu.

sedap yang amat! tapi.. maafkan saya kerana membazir.

jambatan tergantung. saya takut gayat. konon. :P

rindu nak mandi kolam macam zaman kanak kanak ribena dulu. =.=

sepatutnya 'orang-orang' terpacak di sawah kan? :P

terima kasih Awana Kijal. kami berpuas hati! :)

nasib baik buaian tu tak rabak dek gergasi yang mengaku muda ni. isy3.

mereka cinta hati saya! :D

bersama gergasi ke 2 yang sedikit muda. :P

bersantai di pagi hari. :)

like mother like daughter. eh, tetibe je kan. :P

hanya pemain professional boleh bermain chess set yang besar ini. :P

siapa pemenang? sah sah la saya. ahah. :)


walaupun hanya dalam masa yang singkat tetapi ia bermakna! thanx bak sebab menyelia anak didik sewaktu saya mendapat cuti tanpa kebenaran. hehe.
ini hadiah dari hazreeni untuk keluarga tercinta: mmuuaahh!


saya nak kongsi foto kegembiraan sewaktu bersama teman tersayang pula nanti. tungguu. :D

Sunday, October 9, 2011

teman hidup

..salam..

saya kembali! rindu saya pada blog comel ini akhirnya terubat malam ini. :)
terpaksa menghilangkan diri selama sebulan disebabkan kerja yang banyak. but still tak settle. exam pula sudah mula menampakkan bayangnya. haihh. penat sangat! okey berhenti mengeluh. kita beralih kepada topik yang seterusnya.

***

di suatu petang, semasa berbual mesra dengan umi di telefon. tiba tiba umi bagitahu satu cerita yang tak disangka dan agak merapu. guess what? pasal teman hidup lah. title entry pun teman hidup kan. hee.

kawan baik umi datang rumah minggu lepas. salah satu topik yang dibualkan, mak cik minta umi carikan gadis untuk anak lelaki mak cik. tiba tiba mak cik kata

'kalau yang dalam rumah ni pun boleh'

erk, dalam rumah ini hanya saya dan umi wakil kaum Hawa. adakah saya yang dimaksudkan? tak tahu kenapa saya rasa pelik. jawapan umi

'eh anak sulung awak patut dapat yang lebih baik. lagipun, noni belajar lagi'

then, mak cik kata anak mak cik boleh tunggu. jawapan umi? hanya mampu tersenyum dan mula mengubah topik lain. hehe.

saya tak sangka dan fikir merapu sebab keluarga mak cik berbeza. warak bukan hanya dari dalam malah di luar pun boleh dilihat jelas. sila fahamkan maksud saya. pelik pula mak cik ada terfikirkan saya yang tidak memakai tudung labuh ini. saya pernah memakainya di kampus pendidikan islam tetapi hanya di dalam kelas. huhu. saya bukan gadis hebat. rasa segan dengan muslimat yang betul betul memakainya.

tak dinafikan anak mak cik baik, rupa pun boleh tahan. itu satu bonus. lagi menarik apabila dia memilih untuk mengajar anak-anak keluarga yang menghidap Aids. baguskan? siapa tak suka orang macam dia. parents pun gembira. tapi dia ustaz. memanglah ustaz tak semestinya dengan ustazah. cuma rasa tak layak. masih ada yang kurang. sebab itu lah umi mengubah topik. memikirkan pelbagai keadaan.

mak cik, carikan dia gadis yang terbaik dan sesuai ye. apapun, saya tetap mendoakan agar akan hadir seseorang yang terbaik untuk saya. sayang saya, terima saya seadanya dan bersama-sama ke arah kebaikan. insyaAllah. :)

***

p/s: agak gedix kan cerita pasal jodoh. suka hati lah. :P