Tuesday, November 30, 2010

mari mengira

nak tahu status berat badan anda?
ia boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran BMI (Body Mass Index).

pergi ambil kalkulator sekarang! tidak kisah sama ada kalkulator saintifik model casio FX570 mahupun kalkulator 'cikai' yang biasa digunakan oleh tauke kedai makan di luar sana. hanya pengiraan mudah yang digunakan di sini.


formula pengiraan BMI :



Berat (kg)
______________________

Tinggi (m) x Tinggi (m)




sudahkah anda menekan butang-butang nombor kalkulator di tangan anda? kira betul-betul ye.. baiklah. mari kita semak status berat badan anda..




Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :


Kurang berat badan : BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan : BMI melebihi 25.0

Pra-obes : BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 : BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI 35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0



bagaimana..

kurus kedingkah anda?
nampaknya anda perlu makan makanan yang berzat seperti yang dinyatakan di dalam piramid makanan. sila rujuk ye. jangan sehingga mendapat gelaran aneroxia.


terlebih berat badan?
jangan bermasam muka dan takut untuk menggunakan mesin penimbang lagi kerana masalah ini masih boleh diselesaikan dengan mengamalkan diet seimbang. sebaik-baiknya dapatkan nasihat dietitian.


atau sudah mencapai tahap obesiti??
sila kawal pemakanan anda sekarang! saya tidak mahu anda dipotong kaki mahupun mana-mana bahagian badan kerana penyakit diabetes. pasti anda juga tidak mahu mendapatkan insulin, mencucuk jarum itu menyakitkan bukan.


..ohh berat badan yang ideal! tahniah!
sememangnya itulah yang diidam-idamkan semua terutamanya kaum hawa. kaum hawa ni, kalau berat badan naik 1 kg, riuh sekampung tau. isy3..


cop cop! tapi..
formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

1. Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
2. Mengandung atau menyusukan anak
3. Seorang ahli sukan yang aktif


BMI saya? sudah terbiasa dengan panggilan 'mek kurus'.. mestilah berada di kategori yang paling atas. adeh.. jatuh saham. sangatlah jealous dengan rakan-rakan yang lain. body macam kerengga. haih.. dapatkan berat badan unggul yokk! :)








Monday, November 29, 2010

punca kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab ditimpa kesusahan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut :


1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


*Sumber : kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah


bermula esok, hentikan perbuatan-perbuatan sedemikian ye. insyaAllah peroleh kesenangan.


to my lil. brother -->

HARIZ, GOOD LUCK SPM !! :)



Friday, November 26, 2010

so bittersweet


1 LITRE OF TEARS membuatkan saya menangis sekali lagi. sehelai tisu diperlukan untuk setiap scene! huhu. tak pernah jemu tengok walaupun sudah berkali-kali.. sangatlah mengharukan :'(

sinopsis :

Aya, gadis yang berusia 15 tahun baru sahaja melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah dia disahkan telah menghidap penyakit spinocerebellar ataxia - secara perlahan pesakit tidak boleh berjalan, bercakap, menulis atau makan tetapi tidak memberi kesan kepada minda.

Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Rakan-rakan sekeliling turut memandang rendah dan menyalahkan Aya kerana beberapa masalah yang timbul di sekolah.

Namun, Haruto hadir untuk memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang. Keluarga Aya yang pada mulanya menjadi tidak keruan disebabkan penyakit ini akhirnya berubah menjadi keluarga yang saling memberi galakan. Aya meneruskan kehidupannya dengan tabah walaupun keadaan fizikalnya semakin merosot dari sehari ke sehari sehinggalah berusia 25 tahun.


***


Bukan senang untuk menghadapi kenyataan bahawa kita akan menghadapi situasi yang menakutkan kelak..

Tiada siapa yang suka akan 'kehidupan hospital' bukan? Hidup dikelilingi orang sakit, bergantung kepada ubat dan rawatan, 'dating' dengan doktor..

Bukan sesuatu yang mudah juga untuk sentiasa berlakon menjadi seorang yang gembira sedangkan kita tahu ada yang susah kerana kita dan memandang rendah pada diri kita..

Sangatlah tidak digemari jika orang memandang simpati dan menghebohkan pelbagai jenis cerita menyakitkan seperti mana rakan-rakan Aya..

Mengetahui banyak kelemahan yang ada pada diri kita, tak senormal orang lain membuatkan kita tertanya-tanya 'kenapa aku?'..

Jawapan 'ada hikmah di sebalik itu' 'bukan hanya aku..'disertai sikap yang tidak pernah putus harapan seperti Aya pasti memberikan kekuatan..

Galakan orang sekeliling sangatlah diperlukan untuk membuatkan kita senyum kerana masih ada yang menerima diri kita seadanya..

dan senyuman juga merupakan tanda terima kasih dan sayang dari kita untuk menyenangkan hati semua..

Jika saya berada ditempat Aya (minta dijauhkan..) , saya akan cuba menjadi 'Aya yang kedua' - optimis terhadap kehidupan, SAYA SEORANG YANG KUAT!

oops,terlebih mendalami watak Aya. hee :P

..in memory of Aya..

"People shouldn’t dwell on the past. It’s enough to try your best in all that you’re doing now"


Wednesday, November 24, 2010

simple tapi sedap

'anak dara kena pandai masak. macam mana nak kahwin nanti. umi pandai sejak umur 12 tahun lagi'

..walaupun masih kekok dalam hal masak-memasak dan tidak sehebat rakan-rakan yang lain, itu tidak bermaksud saya tidak mampu menjadi seorang chef terkemuka. hoho. usaha tangga kejayaan. ayuh ke dapur! :)


DAGING MASAK KICAP

Bahan-Bahan:

Daging
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Lada Besar
Sos Tomato
Sos Cili
Kicap
Garam
Gula

Cara-Cara :
  1. rebus daging terlebih dahulu bagi memastikan ia lebih empuk. letakkan halia yang dihiris nipis dan memanjang bagi menghilangkan bau hamis daging.
  2. setelah beberapa minit, masukkan sedikit garam. tunggu sehingga air rebusan hampir kering.
  3. sambil menunggu, kacau sos tomato, sos cili, kicap dan gula. (di dalam mangkuk ye. hee)
  4. tumbuk bawang putih dan tumis setelah minyak sudah cukup panas.
  5. setelah bawang putih yang ditumis menaikkan bau dan menunjukkan warna kekuningan, masukkan daging yang telah direbus tadi.
  6. masukkan bahan no.3 serta hirisan bawang besar dan lada besar kemudian kacau kesemuanya. siap!!

*resipi ini tidak ada sukatan yang spesifik. bergantung kepada hidangan sama ada untuk dua orang makan atau lebih. agak-agak je :D


saya pasti rakan-rakan yang lain sudah biasa dengan resipi di atas. sekadar berkongsi apa yang dipelajari semalam. saya sudah yakin untuk memasak di rumah mertua kelak. ahaha :P



Tuesday, November 23, 2010

kotak ungu+plastik hitam

sedar dari tidur, tiba-tiba rasa nak menggeledah sesuatu yang disimpan rapi di dalam almari.

plastik hitam yang berisi cik Dino, cik Ted, cik Ruru, cik Rara, cik Lulu, Bobo, BearBear, Bibi , Me'me', Miss Crab Crab dan Hati dibuka. 11 kesemuanya! banyak bukan. kepada yang memberi :D

plastik hitam merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan mereka dibuli oleh orang sekeliling dan kotor dek habuk yang berterbangan. wee.

see?.. ain mes!! huhh

beralih kepada kotak ungu.. kelihatan bahan-bahan sejarah seperti kad, surat, nota kecil, cd serta barang-barang yang comel. tisu pun ada! huhu.

suatu hari, hariz berkata 'rasa nak muntah baca surat-surat dalam kotak ungu tu'

SAYA MALU! mujurlah dia pandai menutup rahsia. lagipun itu kisah sewaktu saya 'menggatal' sakan. isy3.. kini, saya hanya fokus kepada keluarga dan sahabat. mungkin itu yang terbaik buat masa sekarang.

sweet kan? okey gedik =.=


terimbas kenangan sewaktu berada di zaman sekolah. semua perkara di atas membuatkan saya senyum sendirian. okey cukup, tak mahu lebih-lebih. kalian yang disayangi, nasihat-nasihat berguna itu sentiasa segar dalam ingatan ini. daa~

Sunday, November 21, 2010

geram

depan orang perangai macam malaikat, belakang orang perangai macam hantu raya!

pandai sungguh orang-orang berkenaan berselindung di sebalik kesalahan yang di buat. menunjukkan muka yang berseri-seri di khalayak ramai dan berlagak seperti seorang yang berjiwa suci. walhal hatinya berlopak macam jalan yang tidak diturap. menyampah okey.. pelik dengan orang yang suka menipu, memutar belit keadaan, bermuka-muka dan yang seangkatan dengannya. mulut yang sepatutnya berkata-kata benar digunakan untuk mereka-reka cerita supaya keburukan diri sendiri dapat ditutup. akibatnya, si mangsa peroleh kesedihan dan dipandang serong oleh orang lain. kalau diri sendiri yang kena, barulah insaf agaknya. hm, jangan ingat sikap yang pendiam dan lemah-lembut ini mudah untuk dijatuhkan. saya masih mampu menjadi incredible hulk. okey tipu.. tak payah nak berlakon. saya sudah tahu kesemuanya! rasa nak pergi cincang sampai lumat! tarik nafas panjang-panjang, hembus. fuhh.. fikir positif.. saya tahu setiap orang membuat kesilapan dan memaafkan itu satu kemestian. baik, apologize accepted. melupakan? tidak mungkin. jauh dari sudut hati, nak mereka rasakan balik apa yang di rasa sekarang.. erkk tarik balik kata-kata itu. sorry. apa pun, hentikan perbuatan sedemikian sebelum saya menghamburkan lava yang panas!

hati gundah gulana memikirkan masalah yang sangat banyak =.='

Saturday, November 20, 2010

selamat datang

..assalamualaikum..

setelah hampir 12 jam berhempas pulas meng'create' blog kedua ini, akhirnya saya sudah boleh menunjuk-nunjuk kepada rakan dan taulan. blog pertama yang merupakan kehidupan saya sewaktu berada di zaman ala ala flintstone akan dijadikan monumen sebagai tanda kenang-kenangan. huhu.

haruslah diingatkan bahawa blog ini tidaklah sehebat blog-blog yang lain. saya tidak kreatif dan inovatif dalam menghasilkan entry yang menarik. tetapi masih ingin membuat sedikit luahan dari hati yang sentiasa bermonolog dan menjadikan ia perkataan yang nyata. sesiapa yang memandang sinis terhadap blog ini.. bolehlah mula mengundurkan diri dari sini ye.

okey lah. mahu beradu sekarang. good night people. zZz

oopss. anyway,
HAPPY HOLIDAY + SALAM AIDILADHA semua :D