Wednesday, June 26, 2013

26 JUN 2007

..salam..

itu merupakan tarikh keramat bagi warga Farisians 0307. tersenyum mendengar kata-kata ini time jumpa:

"cikgu ingat saya?"
"budak-budak batch awak yang paling cikgu ingat."

tentang apa? hanya kami yang tahu. kenangan pahit manis membawa seribu makna.

ohh ya, 8 Januari yang lalu pula merupakan tarikh yang sangat bermakna kepada kami, iaitu sudah 10 tahun persahabatan kami terjalin! :)

 *baru sahaja terbaca status kawan tentang persahabatan ini, menarik. sibuk nak update juga.*

mula-mula masuk STMFP, majoriti diantara kami mengalami masalah homesick yang agak teruk. tahap keempat agaknya. kalau telefon keluarga wajiblah setiap hari. untung orang yang jual kad fon, habis terjual dalam masa yang singkat. mungkin disebabkan tidak pernah berjauhan sebelum ini dan masih dalam proses berkenalan dengan rakan baru, sukar bagi kami. or saya sahaja yang  begitu? 0_o

bila berada di tingkatan 3 persahabatan kian erat. disebabkan masing-masing bersungguh-sungguh belajar untuk PMR, kami saling membantu. untuk kali pertama, saya rasa saya sangat rajin belajar. untuk kali pertama ye. nak menunjukkan sebelum ini saya banyak bersukan suka ria. waktu ini jugalah saya terpaksa buang jauh-jauh perasaan lain. haihh. apapun, Alhamdulillah kami semua berjaya! :D

kononnya tingkatan 4 adalah tahun berbulan madu. yelah, penat belajar tahun lepas. jadi kami gemar merehatkan minda bersama, tetapi tetap tak lupa buku. chewahh. hasilnya, hubungan kami seperti adik-beradik. kurang segan, kecoh jika berkumpul. haa, saya yang pendiam menjadi seorang yang sangat suka bercakap, termasuk membebel kepada pelajar lelaki yang malas bertugas untuk kebersihan. :P

tingkatan 5 adalah tahun terakhir, sungguh sayu untuk berpisah dengan semua. bukan senang nak jumpa nanti. untuk SPM, kami kembali tekun belajar. dan setelah 5 tahun belajar bersama di STMFP, masing-masing mula membawa diri. ada yang ke luar negara dan ada yang berada di sini, negara tercinta. saya pasti sukar untuk berjumpa. tetapi jika kita batch 0307 punya peluang, kita buat reunion tau. :)

* rindu nak makan di dewan makan bersama
* rindu nak tidur dua katil untuk tiga orang bersama
* rindu nak pergi kelas prep petang dan malam bersama
* rindu nak outing ke The Store Kota Bharu dan 'Bucu' bersama
* rindu nak buat duty asrama bagi yang selalu lambat pergi roll call bersama
* rindu nak bekerjasama sambil buat kecoh time organize sesuatu majlis bersama

rindu rindu rindu :')

apapun, tidak lupa kepada semua warga sekolah, guru-guru, juniors, seniors. terima kasih untuk semuanya. kehadiran anda sangat bermakna. tanpa anda, kami tidak mampu berdiri se-gah ini. :)

panjang pula bercerita, nak kongsi gambar lah.

Fivers 0307 terbaik!
Saya penuh gaya tak? hehe. 5 Delta 2007.
Muka suci belaka. 1 Lambda 2003.
Guru kelas tersayang, Cikgu Rosliza.
Satu batch belajar beramai-ramai, sesi Perfect Score Form 5.
Menikmati makanan minuman sedap di kantin Kak Ze'.
'P-Ramlee Saloma' bersama pengetua sekolah-Hari Guru 2007.
warga kawad kaki bagi setiap rumah sukan. KOT 2004.
tahun honeymoon. Lawatan Unesco 2006.
Gadis 'biru' 3 Lambda 2005 yang rajin.
Berbuka puasa bersama setelah bertahun berpisah. Heaven.
Chingu-ya, saranghae!

selamat maju jaya semua! selamat berbahagia kalian! moga persahabatan kita kekal hingga ke jannah! :)

Friday, June 21, 2013

tummy yummy

..salam Jumaat..

sebagai peminat tegar kek, jumpa resepi baru! okey tak adalah excited sangat sebab dah setahun bookmark laman web itu tapi tak buat-buat pun lagi. kecoh. =.='

klik. boleh baca apa bahan dan caranya. wahai Mat Gebu, nak share satu resepi ye.


actually sebelum ini ada makan kek sedap hasil air tangan anak lecturer. hm, tak tahu nama kek tapi tiga lapis kesemuanya. atas dan bawah adalah kek biasa, yang di tengah nata de coco fruit cocktail. kecewa google resepi tapi tak jumpa-jumpa. resepi di atas, tak sama tapi seakan-akan sama.

kek berunsurkan buah-buahan adalah pilihan saya untuk musim ini. mengada-ngada nak bermusim. huhu. teringat kek flan buah-buahan Muhibah dan Fruitlicious Secret Recipe. delicious! tapi sekarang trend kek red velvet kan. itu memang tak dinafikan sedap lagi menarik.

haa, pandai makan tapi buatnya tidak. em.. nak buat.. akan buat.. akhir tahun ini. mungkin. hehe. nampak sangat sifat rajin itu kurang. okey okey, saya akan cuba! jom buat sama-sama. :)

nampak biasa tapi rasa luar biasa. :D

p/s: warga semester 8 ini sudah mula sibuk yang amat sangat. moga dipermudahkan segala. aminn.

Monday, June 17, 2013

lelaki idaman :)

..salam..

semester lapan baru sahaja bermula. sepatutnya fikir tentang buku-buku rujukan tetapi tiba-tiba gedik nak fikir pasal lelaki idaman. sorry. bukan apa, sempat berbual dengan rakan-rakan yang telah bertunang juga berkahwin. happy sungguh gayanya. jadi terfikir sejenak.

bagi saya, lelaki..


#haruslah cukup amal ibadatnya. sekaligus akhlaknya juga akan baik kan.

#yang berbaju melayu adalah yang paling handsome! sejuk mata memandang.

#serba boleh dalam bertukang segala benda walaupun kerjayanya lain adalah hebat!

#tidak merokok 1 / 1000. nak yang satu itu sebolehnya. sayang paru-paru itu pliss.

#yang ada unsur kecindan boleh menghiburkan hati. pasti ketawa senyum selalu.

#kelihatan penyayang bila dia sukakan kanak-kanak. itu sifat kebapaan. chewahh.

#garang tidak disukai. siapa mahu jka tinggikan suara marah tak tentu pasal. no!

#yang gatal setia adalah lelaki yang paling kuat hatinya. itu bukti sayang.

# kaya? kacak? romantik? ohh itu bonus melimpah ruah!
tetapi yang biasa-biasa pun cukup bermakna. :)


tapi, siapalah saya yang terlalu banyak kekurangan untuk memilih itu dan ini. kadang berasa tidak layak untuk berdua. apapun, yang paling diharapkan hanyalah menerima saya seadanya, menyayangi saya sepenuhnya, dan bersama-sama ke arah kebaikan. itu doa saya.

ramai yang mula bertanya tentang pasangan kepada saya. orang-orang tua memang gemar dengan perkara-perkara macam ini kan. persoalannya, pilihan keluarga atau pilihan sendiri lebih baik? haihh. yang pasti  hati berkata, si pemilik tulang rusuk ini ada bila sampai masanya.

awak, moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai kelak.
 bahagia begini sehingga ke jannah. insyaAllah.

p/s: sebelum ini Daesung. sekarang tengah excited dengan Markonah cakap pasal Adi Putra. ohh, melting! teehee. setia berbelah bahagi.

Thursday, June 13, 2013

kami serangkai

..salam..

sambil sibuk godek segala laman web, tiba-tiba teringatkan girls yang sentiasa bersama tidak kira pagi petang siang malam time bercuti di kampung. rindu sebab dua minggu stay up, gosip, hangout bersama. tak pernah berpisah. chewahh.

disebabkan tidak ada kerja lain, sekali lagi menukar nama panggilan. tapi kali ini lebih kepada ala-ala kampung gitu. guess what? okey. Gayah, Markonah, Rokiah and Saodah. hohoi jarang didengari zaman sekarang. lagi mengada-ngada bila sibuk nak menambah nama di belakang. Gayah Hj Latif, Markonah Hj Awang, Rokiah Hj Busu dan Saodah Hj Hassan. haa, saya Cikgu Saodah! :P

merancang nak pergi vacation bersama kelak sebab saya baru tamat pengajian sebagai guru pelatih dan mereka baru selesai peperiksaan PMR, SPM. kononnya nak sambut kemerdekaan diri masing-masing. di mana dan bila kami tak tahu. lesen daripada kelurga pun belum pasti. huhu. angan semata, tapi tak mustahil kan. ohh, miss them so much. jumpa raya nanti girls! :)

hey, seperti yang dijanjikan sudah upload gambar kita. :D
tapi sorry gambar kita kecoh pakai mask tak boleh sebab takut orang terkejut tengok kita macam hantu. hehe.

menguap berkali-kali kalau tunggu kaum ibu beli kain. =.='
Fruitlicious, sedap nyum nyum! :)
perlukan tenaga untuk window shopping.
buat muka tak tahu malu ambil gambar di tengah-tengah kedai. :p
me with Konah. :)
PATI dari negara mana la ni. ahah.
Kiah dan Konah.
haa, kenalkan Gayah. yang manis bertudung hitam. :)
tiga kaki gosip. :p

Monday, June 10, 2013

His Wedding Day :)

..salam..

pertama-tamanya, 
Selamat Pengantin Baru kepada Hafiq dan Asmazira!
Moga Allah Mengurniakan Kebahagiaan Kepada Kalian Sehingga Ke Akhir Hayat. Aminn. :)

melalui perkahwinan abang tersayang ini, maka bertambahlah seorang hawa di dalam keluarga kami. hai Kak Ira! hehe. macam baru berkenalan. teruja sebab ini majlis pertama di dalam keluarga kami. but still sayu, tak sangka abang sudah beristeri. pandai-pandailah bawa diri ye. :')

apapun, tak perlu bercakap panjang. biarlah foto-foto yang menceritakan serba sedikit majlis perkahwinan mereka yang berlangsung secara sederhana ini.

Hari Satu:

nervous sampai tak boleh tidur malam katanya.
tekun mendengar kata-kata tok kadi-suami.
Alhamdulillah. :)
selingan komedi daripada nenek saudara dan cucu saudara. :D

Hari Dua:

ayah cik-khalis-durrah-hafiq
segak dan cantik bergaya. :)
tugas: pemberi bunga telur.
dua pengapit tak bertauliah, ain dan durrah. hehe.
keluarga saya! <3
separuh sibuk bergambar - separuh sibuk mengenyangkan perut

 Hari Tiga:

selamat datang pengantin perempuan. :)
4 warga ibu yang keletihan.
heret pengantin sekejap semata-mata nak buat gaya ini. hehe.
bertemakan kelabu. erk, terselit warna pink ditengah. =.='
warga muda tak habis-habis gurau-senda.
kami, 6 orang kesemuanya! <3
kononnya dapat bunga hasil balingan pengantin perempuan. saya seterusnya? hohoi. :p

akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis perkahwinan ini termasuk jemputan yang hadir. penat tapi berbaloi-baloi. :)