Sunday, December 4, 2016

Malu + Geram

Assalamualaikum,

Saya sudah menapakkan kaki di kampung halaman. Hoora Hoorey! Tak sabar nak merasa pelbagai makanan pantai timur. Tak sabar nak berkumpul bergelak ketawa dengan keluarga besar tercinta. Cerita percutian kali ini akan dikongsikan kemudian ye. Nak fokus kepada satu cerita yang berlaku empat hari lepas.

***

Semasa di dalam flight perjalanan dari KUL ke TGG, saya ditempatkan bersebelahan dengan seorang pak cik pemuda. Bukan mahu cerita dia kaya atau ada rupa. Kalau macho pun tetapi perangai hancur memang nak kena masak jadi nachos lah kan. Sempat lagi tongue twister. Okey okey, cerita bermula daripada perasaan saya yang seronok nak duduk bersebelahan tingkap di dalam flight time tu. Konon suka tengok pemandangan dari atas tetapi selalunya tak sempat nak tengok awan pun bila dah masuk flight sebab mata cepat tertutup. Kaki tidur betul. Hee.

Sesampai di barisan ke-11, saya sebagai penumpang seat 11A memberi hint kepada pemuda pada seat 11B supaya memberi laluan kepada saya untuk duduk pada seat sebelah tingkap itu. Tapi, dia boleh buat malas nak beralih keluar dan beri laluan masuk kepada saya. Tiba-tiba sesuka hati terus beralih duduk di seat 11A dan minta saya duduk di seat 11B. Haishh. Seat ditengah-tengah adalah kedudukan yang saya paling tak suka actually. Lagi selesa di bahagian tepi. Tapi tak apa, saya setuju jadi penumpang seat 11B. Mood masih stabil.

So, start tengok movie best lakonan Jackie Chan. Tak tahu macam mana saya boleh terlelap, tiba-tiba dikejutkan oleh seorang steward yang mengedarkan kacang masin dan juga orange juice. Sebagai seorang kaki tidur yang kepala lentok sana sini, ternganga mungkin ada. Penumpang yang ambil seat 11A, mesti tak sengaja tertengok. Macam mana lah rupa saya time tidur tu. Rasa macam tak okey je. Saya dapat rasakan tak okey. Ya Allah,  MALU gilerr tahu tak. Tapi saya buat bajet cool makan kacang masin sambil ketawa perlahan tengok cerita kelakar.

Malu makin bertambah bila mana saya cuba buka penutup orange juice sambil tengok cerita, tak nampak lah kan. Tak pasal-pasal tertumpah air di atas meja dan baju. Bekalan tisu di dalam bag dah habis, terpaksa tanya dia sebab seat 11C kosong dan steward pun tak kelihatan. GERAM bila saya tanya ada tisu atau tak, dia hanya senyum ketawa kecil. Hello, ya atau tidak jawapan yang saya tunggu. Boleh pula dia relax tengok orange juice meleleh sampai terkena baju saya. Tak kelakar lah air tumpah atas baju. Huhh. Kalau dah itu respon yang saya dapat, tanpa segan silu letak je terus orang juice dan kacang masin di atas meja dia tanpa bertanya. Nasib lah besebelahan dengan saya yang huru-hara ni. Kebetulan steward lalu, cepat-cepat minta tisu untuk dilap.

Tenang sekejap tetapi tiba-tiba rasa geram sekali lagi apabila akhirnya dia bertanya "Okey tak?" Eh eh eh eh, lepas dah settle semua baru nak tanya. Tak payah nak rasa gentleman sangat kalau tanya selepas masalah selesai. Saya boleh settle sendiri. Sesampainya ke destinasi yang dituju, saya cepat-cepat ambil baggage sebab tak nak tengok dia. Malu yang amat dengan peristiwa yang pelbagai di dalam flight tadi. Geram pun ada. Mesti dalam hati dia fikir "gelabah giler minah ni" kan. Adehh. Lantak lah, mohon dia lebih sensitif dengan keadaan sekeliling lain kali. Akhir kata dari saya, moga kita tak bertemu lagi wahai penumpang 11A. =.='

***

p/s: cukup dua tahun pengalaman percutian ke perth australia berlalu. teringat 2811-0212. rinduu lahh. :)