Sunday, July 31, 2011

3 sekaligus

..salam..

baiklah, entry kali ini ditujukan khas kepada umi, naela dan amira. :)

walaupun ia sudah berlalu tetapi masih belum terlambat untuk saya mengucapkan..

SELAMAT HARI LAHIR!
MOGA HIDUP DIBERKATI ALLAH SELALU :)

-wan norizan @ umi-
27 Julai

isteri solehah.
ibu penyayang. p/s: kami shopaholic okey. :p
my bestfriend!

a mom is honest,
a mom is true,
a mom is precious,
that mom is YOU.
(anonymous)

-L-
23 Julai

muka poyo. oops.
jaga rantai persahabatan kita elok elok ye. :)

wahai pelajar cemerlang, cepat cepatlah balik ke kelantan. sudah sangat rindu untuk dating bersama di KB Mall. eit, jeles okey L makin bergaya + bahagia. tahniah ye. sila beri petua berguna agar tuan empunya blog ini turut begitu. hee. :D

-mir-
28 Julai

zaman muda mudi. comel betul. hee.
moga ukhuwah sentiasa erat. :)

sudah 4 tahun tidak ketemu, yen rindu mir. sila lapor diri kepada warga ipg-kkb ini jika berada di sekitar kota bharu. boleh? huhu. apapun, mir kelihatan berseri-seri sekarang. moga sentiasa bahagia. :D

akhir kata, saya sayang kalian! mmuah!

Sunday, July 17, 2011

saya suka


haa, saya nak kongsi satu resipi yang simple tapi sedap. baru sahaja belajar dengan umi dua hari yang lepas. kalian tahu nama makanan dalam gambar di atas kan. itulah kegemaran saya. jom buat!

Bubur Jagung


Bahan-bahan dan Cara-cara:

1. Hiris nipis jagung untuk ambil jagung kecil-kecil tu.
2. Rebus jagung hingga lembut / empuk.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam air rebusan jagung tadi.
4. Masukkan daun pandan supaya naik bau wangi pandan + kemanisan jagung.
5. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Siap. Sedap Ohh.


sesetengah orang suka letak sagu, durian mahupun pulut. juga menggantikan gula dengan gula melaka. itu bergantung kepada selera masing-masing dan jumlah bahan pula bergantung kepada hidangan yang nak disediakan.

kalau ada orang lain komen macam macam.
'akak tak suka letak gula melaka dalam bubur jagung'
bagitahu dia, pergi buat sendiri. jangan dilayan orang yang banyak songeh ni. hee ;)

Selamat Mencuba!

Saturday, July 2, 2011

1 Malaysia

..salam..

Larian 1 Malaysia telah diadakan di seluruh Malaysia pada hari ini. warga IPG Kota Bharu juga turut lari bersungguh-sungguh walaupun hanya sekadar mengelilingi maktab. Good Job! :)

saya tak suka akan sukan tetapi pelik, rasa kecewa sebab tak dapat turut serta kali ini. hmm. atas sebab kurang sihat, saya tak boleh berlari, main bola sepak/tampar hari ini. okey tipu. saya tak pandai pun main segala permainan bola. :P

saya dapat rasakan kemeriahan bila sorakan warga IPG Kota Bharu di padang nun jauh di sana dapat didengar dari bilik kecil ini. dan saya dapat bayangkan ada juga yang berkelah dengan air dan jajan di kawasan maktab sambil bergosip. jeles!

tapi geram bila ada menganjurkan perlawanan sendiri di asrama blok E ini. perlawanan badminton itu kecoh bukan disebabkan penyokong tetapi pemain. apakah? puteri puteri sekalian, main badminton guna tangan ke guna mulut? =.='

okey cukup untuk sesi membebel. apapun yang penting sekarang, saya harap sangat kesihatan saya berada di tahap yang memuaskan. aminn~