Saturday, May 28, 2011

Subhanallah

tak pandai nak download video facebook, tapi nak kongsi satu KEAJAIBAN. saya bagi link ye.
luangkan masa hanya untuk 9 minit, kalian tak akan rugi sedikit pun.




Sukar untuk mempercayainya.. dia adalah seorang pemuda yg cacat mental, bila ditanya sesuatu dia akan jawab yang lain atau mungkin menjawabnya dengan soalan yang asal atau tidak menjawabnya kerana bingung, tidak faham pertanyaan dan sebagainya.


Seperti di dalam video ini ketika ditanya kenapa kamu menghafal Qur’an? Dia menjawab 23 juz.
Ketika dijelaskan pertanyaan untuk apa kamu menghafal Al-Qur’an? Dia bingung dan menjawab 7 juz.
Bagaimana kamu menghafal Al- Qur’an? Dia agak bingung dan menjawab dengan soalan asal.

Tapi bila ditanya tentang ayat ayat Qur’an, misalnya kalimat ini ayat berapa, surah apa, teruskan kalimat ini dan sebagainya dia dapat menjawab semuanya. seakan akan dia tidak mengetahui apa- apa kecuali Al-Qur’an.

Di akhir video ketika ditanya, kamu tahu hukum tajwid? Dia jawab ya.. hukum tajwid.
Kamu mengetahuinya? Dia jawab.. aa (ya)
Sebutkan salah satunya. Dia pun beritahu.. aa (iyaa)
Atau kamu hanya mendengar Qur’an dan menghafalnya? Dia menjawab.. Al-Qur’an hafidz (hafal).

Subhanallah.. Mashaallah.. Laa Quwwata illa Billaah.
Inilah keajaiban Al-Qur’an.. inilah bukti keagungan dan kebenarannya.

sayunya hati, terasa diri banyak kekurangan. tetapi masih belum terlambat, dekatilah Allah. moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya. aminn. :)


Allah s.w.t berfirman :

“ Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.
( QS Al-Hijr : 9 )

صدق الله العظيم


Friday, May 27, 2011

hooray!

..salam..

alhamdulillah. fuhh.. sudah boleh menarik nafas lega sebab perang dunia kedua dah berakhir hari ini. peperiksaan akhir semester 3 yang dihadapi berakhir dengan penuh tragis. time study punya lar excited, stay up sampai ke pagi (baca last minute ye) alih-alih nak jawab soalan.. ada juga yang ter'kantoi'. lupa lar, 'tembak' lar, tak sempat lar. adeh. lebih baik pergi tengok Nur Kasih The Movie :P harapnya baik-baik belaka. tawakal itu perlu. apapun, hati tetap berbunga-bunga sebab cuti dah bermula! bersama keluarga tercinta. hooray!

HEPI HOLS SEMUA! :)

jadi, bermula 3 minggu dari sekarang, tolong. tolong jangan bagi saya pen, buku mahupun kalkulator. otak saya perlukan rehat yang cukup. over je kan. but still baca paper untuk tahu perkembangan semasa. chewahh. banyak benda nak buat cuti ni. banyakkk. belajar masak? insyaAllah, buku resepi pun entah ke mana. isy. shopping? kalau ada orang sponsor boleh la. belikan baju raya pliss.. em, tak tahu nak cakap tapi memang banyak lah. yang pasti, tengok cerita korea adalah salah satu aktiviti saya. memang tak akan bosan menghadap benda sama kalau si kacak dan si cantik turut serta. betul tak? betul lah, saya setuju. :)

oh ya, hariz di tawarkan untuk masuk politeknik sandakan. alhamdulillah. tapi jauh kott, oversea tu. :P perasaan bercampur-baur. happy tapi sedih, bimbang pun ye. ada lagi satu.. jealous okey. nak pergi sabah! saya suka merantau. memang homesick tu ada tapi kalau kita jauh, boleh berdikari, boleh menjelajah dunia, time balik kampung.. memang 'feel' tu best semacam je. orang pun makin sayang. pendek kata, semua ok lah! lecturer kata, kalau nak posting, minta labuan sebab situ tak ada pedalaman. saya nak apply labuan! hoho yakin je.

ok, nak tido dulu ye. penat stay up sokmo. mata pun sama macam panda. bye.
-bismikallah humma ahya wa amut-

Monday, May 16, 2011

untukmu cikgu..


SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik!

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

kepada guru yang saya sayangi, warga..

Pintar Quran

Tadika Sri Murni Sabah

Sekolah Kebangsaan Sung Siew Sabah

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Terengganu

Sekolah Menengah Tengku Mahmud (1) Terengganu

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Kelantan

Kolej Matrikulasi Johor

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan

terima kasih kerana mendidik saya tanpa jemu + mohon maaf jika ada yang membuatkan kalian terguris hati. saya sayang cikgu selamanya!

tidak lupa ahli keluarga, rakan-rakan yang bakal menjadi guru ..saya pun. hee. Happy Teacher's Day!

ingatlah..

JASAMU AKAN DIKENANG SEPANJANG HAYAT. TETAPLAH IKHLAS DAN TABAH MEMIKUL AMANAH INI KERANA SETIAP YANG ENGKAU BERIKAN AKAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADAMU KEMBALI.