Sunday, April 21, 2013

HYE!

..salam..

tiga bulan menyibukkan diri dengan praktikum, akhirnya saya kembali ke pangkuan blog. rindu! semestinya saya akan kongsikan semua apa yang diperoleh. tapi bukan sekarang. perlu wujud perasaan rajin untuk itu. :)

***

actually diri tengah excited dengan drama adaptasi daripada novel Sehangat Asmara. pelakon utama pula sangat sesuai digandingkan, Adi Putra dan Rita Rudaini. pelakon dah berumur? hey tengok dulu baru komen. umur tak menyebabkan kecacatan cerita pun. babak study di Aussie, mereka tetap nampak muda okey.

flashback time praktikum. setiap hari isnin hingga rabu. tepat pukul 10 malam, wajib ada depan televisyen. biasanya waktu itu sesi makan malam bagi kaum adam baru selesai. dan sepatutnya giliran kaum hawa pula yang makan tetapi Sehangat Asmara punya pasal, tangguh untuk makan atau buat kerja lain. meriah kott bila mana umi, sepupu sepapat, mak saudara, nenek turut sama menonton. pembantu rumah pun sama! minat tengok Adi dan Rita. sangat cantik katanya.

kalau novel pun antara novel yang terlaris sebelum ini, maknanya cerita itu sangat menarik lah kan. sama seperti drama, masing-masing diantara kami tersenyum simpul kalau tengok scene yang sweet sangat. romantik ohh. tapi time sedih atau marah, mula lah kami merungut tanda geram. hehe.

hasil cerita yang menarik plus gandingan hebat Mr.Gentleman dan Ms.Gorgeous termasuk Princess comel ini, menyebabkan sampai sekarang saya tonton berkali-kali. baca novel. dan selalu jenguk fanpage drama ini sebab suka baca komen orang yang sependapat dengan saya. hanya kami yang memahami tahap excited itu. chewahh. ohh pihak produksi, pliss gandingkan mereka lagi. saya suka!

okey selesai sesi promosi drama terbaru.
sementara ada ruang masa sebelum study week, jom tonton lagi!

copp,
 
sedap telinga mendengar. :)

 ***

ruang untuk Big Bang terbantut sedikit sebab sibuk dengan pelakon Sehangat Asmara. setia berbelah bahagi. :p
  mahu seorang Adam seperti 'Zainal Arief' lah. tehee. :))