Wednesday, February 24, 2016

Fight Like Jalil

Assalamualaikum,

Sudah hampir tiga bulan berita pemergian Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Raja Zarith Sofea dikhabarkan. Namun berita ini masih lagi menjadi bualan ramai orang, termasuk saya sendiri. Diri masih lagi tidak dapat berganjak dari membaca semua kisah dan melihat semua gambar serta video berkenaan dia. Setiap kali sign in Instagram dan Facebook, perkara pertama yang dicari adalah berkenaan dia. Bukan meratapi tetapi merindui akan putera yang berjiwa rakyat ini. Tak tahu kenapa walaupun tidak pernah bersua muka, hati rasa kehilangan. Jangan ingat saya teringatkan dia disebabkan rupanya yang kacak, mungkin. eh tetapi sebenarnya lebih disebabkan kebaikan dan kekuatannya. Ditambah pula kami sebaya, seakan-akan hilang seorang kawan. Jujur cakap saya menangis bila dapat tahu semua tentang dia. Sayangnya saya baru mengenali dia selepas dia sudah tiada. Terlepas peluang melihat segalanya. Tetapi sedikit terubat apabila melihat segala update dari rakyat dan kaum kerabatnya.

Saya selalu terbaca ayat ini daripada pengguna laman media sosial lain,

selepas ini tiada lagi anak raja yang curi-curi keluar dari istana untuk hidup seperti rakyat biasa, tiada lagi anak raja yang sorok-sorok makan tepi pantai, tiada lagi anak raja yang mencemar duli belajar buat ABC di kaki lima, tiada lagi anak raja yang menyakat dan bergurau dengan nurse sewaktu di hospital dan tiada lagi anak raja yang sanggup bekerja basuh kandang zoo. Hanya TJ. TJ sahaja yang melakukan semua ini walaupun tidak sihat.

Mungkin juga saya rasa terkesan dengan pemergian putera Johor yang juga dipanggil Ku Lil ini disebabkan kisah kekuatannya melawan kanser hati tahap 4 yang dihidapinya. Betapa kuatnya dia bagi saya apabila dia masih mampu tersenyum dan menjalani hidup seperti biasa walaupun dia sebenarnya sedang melawan penyakit yang paling ditakuti semua. Seakan-akan dapat membayangkan diri sendiri sedang menghadapi dugaan sakit sedemikian. Saya tahu pesakit mana yang tidak berasa sedih dan takut. Sedih pada diri sendiri masih boleh diatasi dengan berfikiran positif walaupun kadang tertanya "kenapa aku". Sedih lagi apabila terasa kita adalah beban kepada ahli keluarga, rasa bersalah. Takut juga memikirkan hari-hari mendatang, adakah mampu bertahan atau kecundang di awal perjuangan. Hanya Allah yang tahu segala, redha. Yang pasti doa sentiasa dipanjatkan moga segala kebaikan yang diperoleh.

Tenanglah wahai putera kesayangan semua di alam sana. Moga Allah menempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seandainya punya kekhilafan, moga diampunkan. Dengan kebaikan yang telah dilakukan selama ini termasuk doa yang diiringkan dari semua, moga ia menjadi bekalan di sana. Tabahlah wahai kerabat diraja Johor. Apa yang pasti, Ku Lil sentiasa di hati.

Sedikit kenangan yang ingin dikongsi..



Tabahlah!
Kata-kata semangat. :')

Al - Fatihah.



p/s: locked away dan fight song versi rachel pattern terbaikk! :))