Sunday, June 26, 2011

tak gembira

..salam..


keputusan peperiksaan semester lepas baru sahaja keluar hari ini. kecewa yang amat sebab tak dapat pointer yang diangan-angankan. akhirnya, rasa bad mood dan sakit kepala mula menyerang. adeh. saya perlukan tidur untuk hilangkan segala benda yang tak elok tu. huhu. padahal itu memang aktiviti harian. hm, saya akui saya banyak buat silap. tak nak buat lagi. tak tipu. umi dan bak, maafkan noni tau. haih. bilalah agaknya nak dapat pointer sehebat rakan dan senior yang lain. hati sudah tidak bersemangat walaupun semester 4 baru sahaja bermula. haishh. usaha lagi! bangun! bangun hazreeni! tak mustahil untuk dapatkan 4.0 macam senior itu kan. sila postifkan diri. :)

***

kini, allkpop dan youtube merupakan laman carian tertinggi saya. tak sah kalau tak buka walaupun seminit. isy isy isy. dan tak tahu kenapa sejak dua tiga hari ini asyik nak tahu perkembangan tentang Big Bang. haih, orang lain sudah bosan tetapi saya baru terkedek-kedek nak berkenalan dengan hiburan korea. okey saya mengaku saya ketinggalan zaman. =.=

salah satu berita buruk yang seboleh-bolehnya saya tak nak dengar akhirnya berlaku. polis telah mengesahkan bahawa Daesung adalah penyebab kematian Hyun. oh my Gucci Prada! denda yang dikenakan adalah penjara tidak lebih 5 tahun atau bayar 20000 dolar. tolong tolong ringankan hukuman itu kerana kesalahan bukan hanya daripada sebelah pihak. tiba tiba rasa sedih bila tengok ahli ahli kumpulan Big Bang menangis sewaktu membuat persembahan. air mata tuan empunya blog ini turut bertakung. adeh. emotional sekejap. moga semuanya pulih. pastikan Big Bang kembali berlima ye. saya tunggu! hee :D

***

saya sayang sangat sangat girlfriends saya! tetapi rasa tawar hati untuk bersama mengenangkan perkara tertentu. rasa sangat dihargai kalau kawan sentiasa ada di waktu susah dan senang. kalian pun rasa macam tu kan. kalau dia datang hanya jika kita diperlukan? mestilah terkilan. lagi menyedihkan bila kita dengar pelbagai alasan sebab tak mahu fikirkan masalah duniawi saat kita perlukan dia. apapun, setiap orang ada ragamnya. saya sendiri pun. fikir postif sekali lagi bahawa tanpa kawan hidup tidak bermakna. saya harap persahabatan kita akan kekal hingga hujung nyawa. erm.. walaupun kelak masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya, suami dan anak. lupakan semua itu sebentar boleh kan, ayuh kita luangkan masa untuk shopping bersama. overr betul. :P

***

dengar lagu ini. dengar berkali-kali barulah best. Daesung - Baby don't cry. :)



Tuesday, June 14, 2011

Big Bang


..annyeong haseyo..


kenal tak kumpulan Big Bang -G Dragon, TOP, Taeyang, Daesung, Seungri- tak? adeh. walaupun mereka tak sehangat kumpulan Super Junior yang kini digilai para gadis sedunia, saya suka kumpulan ini. boleh tahan juga hebatnya. :)

mula mengenali mereka melalui MC Jaesuk dan Daesung yang terlibat dalam rancangan Family Outing (kini dinamakan Family Comes Here) dan Running Man. oops, saya pasti semua orang tahu tentang variety shows yang saya nyatakan di atas. ada yang tak tahu? aigooo. rajin-rajinkan diri menonton di astro ye. sangatlah menarik, tertarik kau memang da boom. :)

*berita kemalangan yang melibatkan Daesung memang mengejutkan. harapnya masalah itu dapat diselesaikan dengan baik. kepada Daesung yang sentiasa ceria, pliss kekalkan gelaran Smiling Angel kamu. :)


lihat dan dengar. video clip dan lagu baru mereka, Love Song. menarik. :)


Friday, June 10, 2011

temujanji

..salam..

temujanji bersama warga HUSM telahpun selesai semalam. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. terima kasih dr.Yoon kerana melayan saya yang banyak bertanya ini dengan penuh sabar. siapa yang tak nak tahu perkembangan diri sendiri kan? huhu.

ohh ya! tahu tak, peristiwa semalam membuatkan ke'kuat'an saya bertambah. saya ingatkan sayalah satu-satunya orang muda yang menghadapi masalah sedemikian. tetapi rupanya masih ada sebilangan orang muda yang menghadapi masalah seperti saya. bukan gembira dengan masalah mereka ye. cuma.. sekurang-kurangnya, mereka memberi saya semangat. terima kasih tak terhingga. :)

ceritanya begini. dia merupakan seorang guru bahasa Inggeris + wanita yang cantik. menghadapi masalah yang sama seperti saya sejak 5 tahun yang lalu tetapi saya dapat tahu dia kembali sihat sudah 2 tahun. tahniah! em, kiranya pembedahan bukanlah jalan yang dapat menyelesaikan segalanya. kejayaan itu hanyalah 50-50 tau. adeh. pengawalan kesihatan diri tentang beberapa perkara yang dinasihatkan oleh doktor adalah lebih penting.

kenapa saya teruja dengan kisah dia? sebab saya dapat tahu banyak benda baik. selain daripada kesihatan yang ok, dia juga punya keluarga yang sihat bahagia. sebelum ini, saya ingatkan saya tak mampu bina keluarga baahagia. ececeh, fikiran yang semakin maju. actually gedix. hee. katanya, tidak perlu risau kerana sampai satu masa akan ada seseorang yang boleh terima saya seadanya. menyayangi saya sepenuhnya. okey saya tambah sendiri ayat terakhir. :P

punca segala yang baik itu adalah daripada doa. doa itu senjata kan. segalanya akan dimakbulkan jika dilakukan secara istiqamah. insyaAllah. jadi, saya tidak perlu berfikiran negatif lagi. itu pemikiran yang kolot lagi sempit ye. usahakan yang baik. akhir kata, live life to the fullest! :)



Wednesday, June 1, 2011

setahun lebih


..salam..

hari ini, cukup 1 tahun 1 bulan 'umur dia'. cepat betul masa berjalan kan. tak faham? biar saya je yang faham. huhu. straight to the point ye.. nak buat luahan terakhir tentang sesuatu ni. ada kawan saya tanya "kenapa reeni buat macam tu?" hmm, banyak sebab..

1) bila wujudnya perkataan simpati. perkataan tu buat saya rasa rendah diri tahu tak. saya tak perlukan simpati siapa siapa pun. saya kuat tau. hm.. jadi selama ni, semua tu atas dasar simpati je la? nampaknya, saya je yang terlebih happy kan. malu ohh.

2) mungkir janji. hanya orang orang bertuah yang boleh tahu rahsia itu. even keluarga saya sendiri ada yang tidak tahu. tetapi kenapa ramai pula 'orang asing' boleh ceritakan kepada saya secara details tentang itu? tolong, tolong jangan sebarkan lagi, saya pun ada perasaan.

3) kalau orang bagi kepercayaan, kita kena jujur kan? rakan lelaki saya pernah pesan, "reeni kena bagi kepercayaan 60% je tau". haih, saya silap sebab bagi 100%. lagi menyedihkan bila saya dapat tahu kesemua kebenaran itu daripada mulut mereka yang lain. lebih happy dengan diorang ae? okey saya faham mereka sempurna. rasa nak makan orang je sekarang. huhh.

4) last.. dia adalah kawan untuk saya berkongsi cerita dan ilmu. tetapi keadaan berubah kerana sesuatu telah berlaku. em, benda tu tak salah. lagipun ia tak lagi bermakna bagi saya. pesanan juga pernah diberikan kepada temannya agar dapatkan yang terbaik. cuma.. terkilan bila ia berlaku sebulan selepas saya membuat luahan special kepada kawan itu. luahan itu bukan suka-suka tau. ditambah pula dengan segala benda yang berlaku di depan mata, rasa sakit hati yang amat. =.=

tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa, itulah sejujurnya apa yang dirasa. saya pun ada buat salah. bukan saya tak pernah hadapi keadaan macam ini. kenapa saya boleh kembali berkawan dengan dia tetapi tidak dengan kalian? sebab kali ini lebih menyeksakan. masalah datang bertimpa-timpa, rasa teruk sangat okey. em, kalian akan faham jika berada di tempat saya. apapun, pengalaman ini mematangkan saya. saya semakin kuat! harap suatu hari nanti kita akan kembali senyum. kalian, terima kasih dan maaf untuk segalanya. all the best. :)

tertarik dengan quotes kawan saya,
"i don't hate people, i just feel better when they aren't around"