Friday, June 10, 2011

temujanji

..salam..

temujanji bersama warga HUSM telahpun selesai semalam. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. terima kasih dr.Yoon kerana melayan saya yang banyak bertanya ini dengan penuh sabar. siapa yang tak nak tahu perkembangan diri sendiri kan? huhu.

ohh ya! tahu tak, peristiwa semalam membuatkan ke'kuat'an saya bertambah. saya ingatkan sayalah satu-satunya orang muda yang menghadapi masalah sedemikian. tetapi rupanya masih ada sebilangan orang muda yang menghadapi masalah seperti saya. bukan gembira dengan masalah mereka ye. cuma.. sekurang-kurangnya, mereka memberi saya semangat. terima kasih tak terhingga. :)

ceritanya begini. dia merupakan seorang guru bahasa Inggeris + wanita yang cantik. menghadapi masalah yang sama seperti saya sejak 5 tahun yang lalu tetapi saya dapat tahu dia kembali sihat sudah 2 tahun. tahniah! em, kiranya pembedahan bukanlah jalan yang dapat menyelesaikan segalanya. kejayaan itu hanyalah 50-50 tau. adeh. pengawalan kesihatan diri tentang beberapa perkara yang dinasihatkan oleh doktor adalah lebih penting.

kenapa saya teruja dengan kisah dia? sebab saya dapat tahu banyak benda baik. selain daripada kesihatan yang ok, dia juga punya keluarga yang sihat bahagia. sebelum ini, saya ingatkan saya tak mampu bina keluarga baahagia. ececeh, fikiran yang semakin maju. actually gedix. hee. katanya, tidak perlu risau kerana sampai satu masa akan ada seseorang yang boleh terima saya seadanya. menyayangi saya sepenuhnya. okey saya tambah sendiri ayat terakhir. :P

punca segala yang baik itu adalah daripada doa. doa itu senjata kan. segalanya akan dimakbulkan jika dilakukan secara istiqamah. insyaAllah. jadi, saya tidak perlu berfikiran negatif lagi. itu pemikiran yang kolot lagi sempit ye. usahakan yang baik. akhir kata, live life to the fullest! :)



No comments: