Sunday, November 27, 2011

1433 H

SALAM MAAL HIJRAH 1433!


jangan lengahkan masa,
ayuh mulakan dengan doa dan harapan. :)


''Ya Allah seketika di akhir tahun ini, Insyallah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi pembaca ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkannya daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbal Alamin"


sebagai tanda kesyukuran kita kepada ILAHI, marilah kita BERHIJRAH daripada melakukan dosa kepada beramal menggandakan ketaatan kepada ALLAH swt. menanam sikap membudayakan AKHLAK keperibadian yang mulia di dalam DIRI. kita suburkan rasa TAKUT dalam diri supaya terzahir sifat IHSAN dalam sanubari agar kita sentiasa merasai KEBERSAMAAN ALLAH dalam setiap detik dan langkah kita.


ayuh lakukan segala kebaikan dengan penuh istiqamah sekarang! :)
moga dipermudahkan segalanya.

Tuesday, November 22, 2011

GOL!!

..salam..

tahniah!tahniah!tahniah!

pasukan harimau muda telah berjaya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak sukan sea tadi. alhamdulillah. :)

tak sia-sia menghadap tv selama dua jam. serious hati dup dap dup dap, mulut tak habis habis berdoa, badan lagi lah asyik berdiri duduk tengok perlawanan tadi. sangat lah sengit. dan sekarang sedang mengalami sakit tekak dek kerana terjerit-jerit melompat-lompat meraikan kemenangan. walaupun hanya enam orang penonton di rumah ini tetapi kecoh seakan-akan berada di kedai kopi pula. memang saya tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan offside, kad merah mahupun kad kuning tetapi hati tetap bersemangat menantikan gol.

rasa bangga dengan anak kelantan, khairul fahmi sebagai goalkeeper. sudah lah handsome, hebat pula tu. bangga dahlia kan. adeh jealous. apapun, kepada fakri yang sedang mendapat kutukan daripada para peminat bola sepak, abaikan semua itu. yang penting anda mencuba. tidak lupa kepada jurulatih, kapten badrol dan rakan seperjuangan yang lain. tahniah sekali lagi. :D

kalian yang terbaik! moga sentiasa peroleh kemenangan! :)

Saturday, November 19, 2011

Al-Fatihah

..salam..

Innalillahiwainnailaihirojiun.

baru dapat tahu berita kematian salah seorang senior sekolah menengah tadi, Syahrul Yusof. meninggal pada hari Jumaat bersamaan 18/11/2011 tepat jam 5.30 pagi disebabkan kemalangan. sungguh saya terkejut. walaupun saya hanyalah junior yang sempat dua tiga kali sahaja bercakap dengan arwah, tapi mata ini turut mengalirkan air mata. sedih.. rasa macam tak percaya. dikenali sebagai headboy 0206, saya suka tengok arwah. low-profile. orang-orang tua pernah berkata, sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat ada kelebihannya. bagus lah macam tu.

dan baru sahaja beberapa bulan yang lalu saya dikejutkan dengan berita sedih tentang guru tersayang, teacher Norhayati yang telah kembali ke rahmatullah disebabkan sakit. sangat terasa kehilangan kerana arwah telah mengajar saya selama dua tahun. lagi mengharukan apabila arwah pernah memberikan kata-kata semangat agar saya menjadi guru yang baik dua tahun lepas. hazreeni sayang teacher sangat sangat.

muhasabah diri :
hidup di dunia hanyalah pinjaman dan yang kekal adalah di akhirat kelak. kita akan dijemput oleh-Nya bila bila masa kan. jadi renungan untuk saya dan juga rakan rakan yang lain, gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. lakukan yang terbaik agar kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya dunia dan akhirat.

sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. aminn~



Thursday, November 17, 2011

berakhir sudah

..salam..

ALHAMDULILLAH. segalanya sudah selesai. tanggungjawab saya sebagai pelajar semester 4 bagi tahun 2011 pun sudah berakhir. seronok!! :D

..tapi mungkin percutian kali ini tidak sebahagia semester lepas..

peperiksaan akhir semester baru sahaja tamat pagi tadi. saya tak berpuas hati dengan segala paper yang saya jawab tu. jawapan macam huru hara je. haihh. ditambah pula dengan kesihatan yang tak mengizinkan, seksa berperang dengan 2 benda dalam 1 masa. seterusnya, nak komen pasal paper calculus. susah tak terkata okey! sejak hari selasa lagi asyik menekan kalkulator, budget markah yang akan diperolehi. tak senang duduk lah sebab banyak yang tak dapat dibuat. ya Allah, moga saya lulus paper calculus. bersyukur tak terkira kalau dapat 40. harap sangat sangat saya dapat keputusan yang baik. hm, serious saya takuttt. :((


adik kesayangan pula akan mula belajar di kedah mungkin dalam pertengahan bulan disember ini. sudah terbiasa setiap kali pulang ke rumah dia ada, rasa sedih pula bila tahu kami tak akan jumpa selalu. kelak, sukar lah nak bertemu mesra. pasti merindui sebab dialah satu satunya adik yang saya ada. haihh. apapun, hope semuanya okey untuk dia. sesama doakan. :)


masih belum merancang apa yang bakal dilakukan di rumah. emm.. yang pasti, akan melayan segala benda tentang korea. bukan hanya cerita ye, berita pun dilayan. even tak faham sepatah haram pun yang diperkatakan. tak ada subtitle kan. hehe. ohh lupa, ada satu 1 misi penting yang saya mesti buat. mesti! nak pergi beli whiteboard ni. why? sebab nak practice menulis dengan baik. sebagai seorang yang kidal, saya perlu pusing buku 90 darjah ke kanan kalau nak tulis. macam mana nak tulis dengan betul di board sebab ia bersudut 180 darjah. hoho. matematik sekejap. tulisan saya yang seakan akan arial pada asalnya, hee. konon. jadi buruk. bukan setakat huruf tak stabil besar kecil, senget pun ya. adehh. nak jadi guru yang serba boleh =.='

penat menaip, nak kemas barang dulu ye. apapun.. rakan rakan, Selamat Bercuti! jangan lupa luangkan masa dengan aktiviti berfaedah okey. bye bye. <3