Saturday, November 19, 2011

Al-Fatihah

..salam..

Innalillahiwainnailaihirojiun.

baru dapat tahu berita kematian salah seorang senior sekolah menengah tadi, Syahrul Yusof. meninggal pada hari Jumaat bersamaan 18/11/2011 tepat jam 5.30 pagi disebabkan kemalangan. sungguh saya terkejut. walaupun saya hanyalah junior yang sempat dua tiga kali sahaja bercakap dengan arwah, tapi mata ini turut mengalirkan air mata. sedih.. rasa macam tak percaya. dikenali sebagai headboy 0206, saya suka tengok arwah. low-profile. orang-orang tua pernah berkata, sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat ada kelebihannya. bagus lah macam tu.

dan baru sahaja beberapa bulan yang lalu saya dikejutkan dengan berita sedih tentang guru tersayang, teacher Norhayati yang telah kembali ke rahmatullah disebabkan sakit. sangat terasa kehilangan kerana arwah telah mengajar saya selama dua tahun. lagi mengharukan apabila arwah pernah memberikan kata-kata semangat agar saya menjadi guru yang baik dua tahun lepas. hazreeni sayang teacher sangat sangat.

muhasabah diri :
hidup di dunia hanyalah pinjaman dan yang kekal adalah di akhirat kelak. kita akan dijemput oleh-Nya bila bila masa kan. jadi renungan untuk saya dan juga rakan rakan yang lain, gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. lakukan yang terbaik agar kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya dunia dan akhirat.

sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. aminn~



No comments: