Friday, January 11, 2013

pasal mereka lagi!

..annyeong yeoreobun..

kalau mula menyebut 'mereka' dan dua perkataan korea. semestinya ia berkenaan kumpulan kesayangan.

hasil blogwalking sebentar tadi, dapat jumpa blog rakan VIP yang turut sama ke konsert baru-baru ini. yang juga merupakan rakan sekolah saya. teringat pula kami kecoh pasal tiket dan pengangkutan untuk ke sana. apapun, semuanya berjalan lancar. kami berpuas hati! hehe. :D

salah satu entry yang menarik perhatian adalah tentang MAMA Awards yang baru sahaja diadakan baru-baru ini. nak kongsi juga lah. jom tengok. :D

 
epic moment. :)
 
sunbae + hoobae :)
abaikan pakaian mereka yang unik. mereka tetap handsome di mata saya. hanya sekadar persembahan tetapi seakan-akan mereka sedang berada di konsert sendiri kan. terbaik lahh! apapun, tahniah sebab dapat empat anugerah pada malam itu. moga terus maju jaya. chewahh. :)

Monday, January 7, 2013

tak puas hati

..salam..

dua hari lepas, ketika berada di kedai makan kegemaran tiba-tiba datang seorang pak cik muallaf yang agak tua meminta derma. tertulis pada sampul berisi wang hasil derma sebelum ini menyatakan sekolah pondok yang dibina memerlukan duit sokongan. benar atau tidak? tak pasti. jika diperhatikan ia bukan satu penipuan. setelah derma diberi, pak cik mula bergerak ke meja-meja lain. menyedihkan bila mana daripada sepuluh meja hanya dua yang menderma. meja kedua itu juga daripada satu keluarga. orang-orang muda? haihh

lagi menyakitkan hati, meja yang terakhir adalah orang yang saya kenali. beberapa orang junior saya. masing-masing menuding jari kepada rakan-rakan lain supaya memberi wang. akhirnya, tiada siapa yang mahu memberi dan mereka ketawa sakan sambil menghisap rokok dengan bangganya time pak cik ada di depan mereka. buruknya perangai bakal guru. huhh. geram. bukan nak tunjuk saya baik. tetapi hormatlah walau sedikit, berilah walau seringgit. kesian tengok pak cik.

ada yang akan kata pak cik mungkin menipu. saya pernah dengar daripada seorang ustaz, betul atau tidak. dia yang menanggung semua. tetapi jika hati niat bersedekah, pulangan yang baik untuk kita. ada juga yang memberitahu saya bahawa dia tak akan memberikan wangnya sesuka hati. soal siasat selidik terlebih dahulu. haihh. tak tahu nak cakap. kalau dia lebih gemar berbuat begitu. tiada siapa boleh halang kan. pendapat masing-masing. tetapi dalam hati tetap berharap mereka yang seperti ini tidak dipandang hina.

***

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya." 

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Datang 2013

..salam..

Selamat Tahun Baru kalian! :D

seperti biasa.. bila tibanya tahun baru, azam baru akan turut tercipta.

"ingin menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya"
saya pasti itu salah satu azam bagi setiap orang untuk setiap tahun kan. jadi, ayuh berusaha! sila lah cakap serupa bikin. :)

***

gelaran sebagai 'guru pelatih' akan berakhir pada akhir tahun 2013. hanya sepuluh bulan sahaja lagi. telah banyak kenangan pahit dan manis tercipta di IPG. syukur kerana dapat merasai segala-galanya. :)
 
apapun, untuk tahun akhir ini, gunakan ruang dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin bersama teman-teman. saya hanya mahu mencipta kenangan yang manis-manis sahaja! :D

wakil Adam MT 7.03 dari ipis :)

wakil Hawa MT 7.03 dari ipis :)

warga MT 1 dari ipkb :)