Wednesday, November 11, 2015

Study Hard Study Smart

Assalamualaikum..

Kononnya sedang menikmati waktu bersenang-lenang sekarang. Diulang..sekarang. Sebelas hari lagi diri kembali sibuk dengan segala kuliah dan assignments, sesibuk menteri di jabatan perdana menteri tu. Haihh penat penat penat.. mohon diri bertahan sehingga ke akhir semester. Moga dipermudahkan segala urusan. Moga dapat menggapai impian. Aminn.

Macam mana dengan study saya? Alhamdulillah bertemankan Iylia, Didi, Syawal, Kamil, Kak Jah, Kak Khirun, Kak Solehah, Kak Ipah, Kak Mira, Kak Onez, Cikgu Bernard, Cikgu Desmond, Cikgu Rosetar dan Cikgu Edward yang turut bersemangat waja untuk naik ke pentas menerima skrol kali yang kedua dengan memakai jubah oren, saya tahu saya mampu. Chewaahh ayat nk yakinkan diri sendiri.

Ohh ya, ramai orang mempertikaikan kenapa saya memilih Pendidikan Matematik. Katanya susah dan ramai yang tak lulus. Salah ke saya memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang saya sendiri? Daripada kalian memberi komen negatif, ada baiknya kalian mendoakan saya lulus dengan jayanyan kan. Kerana dorongan sangat berharga. Tapi tak apa lah, walaupun saya tak sebijak dan sehebat orang lain, saya akan cuba usaha sedaya upaya saya dan buktikan kepada semua. Bukan nak menunjuk-nunjuk ye, nak buktikan saya boleh berjaya seperti mereka-mereka yang berjaya. Termasuk memenuhi impian saya dan ibu bapa saya. Haa apa lagi Hazreeni.. Belajar! Belajar! Belajar!

Ehemm, eloklah kiranya saya berkongsi foto riang ria kami bersama sepanjang semester satu. :)






lensa time. say kimchi.. click! click! click!

math. sabah sarawak. terima kasih prof, jasamu dikenang. :)

kawan 1 sekolah 1 universiti. :)


kak jah and didi in da house! :)


moga berjaya semua. Aminn. :)

mak cik yang selalu habiskan makanan saya. aisyy rinduuu. :)
berbaju kurung di malam hari. waduhhh, sopan sekali! :P

Okey lahh. Kena sambung buat kerja. Dari tadi cikgu lupa kerja-kerja sekolah aisyy. Jumpa lagi! :))

Monday, August 24, 2015

hye hye hye

Assalamualaikum

fuhh fuhh fuhhhh. dah berhabuk sangat blog tersayang. satu tahun setengah menghilangkan diri dek kerana busy tak terkira di sekolah. konon cikgu berdedikasi. padahal malas menghantui diri. haa apapun, senang sedikit nak membebel macam-macam bila tak ada yang sedar pengaktifan semula blog ini. itupun kalau rajin lahh. ahha.

Perkara 1:
macam mana dengan kehidupan saya di bumi kenyalang? Alhamdulillah baik-baik sahaja. nak kata tak best pun, kena bestkan jugaklah kan. apapun, 7/10 dari saya untuk sarawak. chewahh nak jadi juri pula. tak sabar nak bercerita. banyakk sangatt. al makumlah, 18 bulan menyepikan diri. confirm 7 hari 7 malam pot pet pot pet. saya cerita satu per satu nanti ye. terasa nak share pelbagai foto di instagram, tapi segan lah pulak. share sini pun cukup kot. boleh baca post berulang kali  tenung foto  zoom in zoom out sampai puas hati. syok sendiri ohh. :p



Perkara 2:
bersempena birthday diri sendiri pada 19 ogos lepas, nak berucap lah sepatah dua kata. syukur syukur syukur kerana masih mampu bernafas di bumi Allah ini dengan baik. terima kasih buat semua yang mendoakan saya. kita sama-sama doakan moga kita semua dapat yang terbaik ye. Aminn. hadiah untuk diri sendiri dah ready, tak sabar nak tunggu 28 ogos. yahoooo! :)

thank you sebab buat surprise. hee. :)

orang cakap musim berbloggin' sudah lama berlalu. saya sahaja yang excited sorang-sorang. apapun, itu hak saya. :)