Monday, August 24, 2015

hye hye hye

Assalamualaikum

fuhh fuhh fuhhhh. dah berhabuk sangat blog tersayang. satu tahun setengah menghilangkan diri dek kerana busy tak terkira di sekolah. konon cikgu berdedikasi. padahal malas menghantui diri. haa apapun, senang sedikit nak membebel macam-macam bila tak ada yang sedar pengaktifan semula blog ini. itupun kalau rajin lahh. ahha.

Perkara 1:
macam mana dengan kehidupan saya di bumi kenyalang? Alhamdulillah baik-baik sahaja. nak kata tak best pun, kena bestkan jugaklah kan. apapun, 7/10 dari saya untuk sarawak. chewahh nak jadi juri pula. tak sabar nak bercerita. banyakk sangatt. al makumlah, 18 bulan menyepikan diri. confirm 7 hari 7 malam pot pet pot pet. saya cerita satu per satu nanti ye. terasa nak share pelbagai foto di instagram, tapi segan lah pulak. share sini pun cukup kot. boleh baca post berulang kali  tenung foto  zoom in zoom out sampai puas hati. syok sendiri ohh. :p



Perkara 2:
bersempena birthday diri sendiri pada 19 ogos lepas, nak berucap lah sepatah dua kata. syukur syukur syukur kerana masih mampu bernafas di bumi Allah ini dengan baik. terima kasih buat semua yang mendoakan saya. kita sama-sama doakan moga kita semua dapat yang terbaik ye. Aminn. hadiah untuk diri sendiri dah ready, tak sabar nak tunggu 28 ogos. yahoooo! :)

thank you sebab buat surprise. hee. :)

orang cakap musim berbloggin' sudah lama berlalu. saya sahaja yang excited sorang-sorang. apapun, itu hak saya. :)

No comments: