Friday, February 28, 2014

penempatan sekolah

..salam..

bulan Februari bakal berakhir. bulan Mac pula akan menyusul.

tak dapat lelapkan mata, jadi luangkan masa menaip di blog kesayangan. tiba-tiba teringat tentang di mana warga guru pelatih akan di lempar hantar untuk mengajar. risau seandainya perlu mengajar di sekolah pedalaman. minta dijauhkan. juga tak mahu menyeberangi laut untuk ke borneo. walaupun sewaktu interview mengatakan rela ditempatkan di mana-mana sekolah di Malaysia, maaf saya tidak jujur.

terkejut semalam disakat oleh seorang rakan. tiba-tiba di malam hari kononnya pegawai pendidikan menelefon dan menyatakan yang saya perlu melapor diri di jabatan pendidikan negeri Sabah pada hari isnin minggu hadapan. disebabkan suara yang seakan-akan pegawai berdedikasi, sumpah saya percaya. lurus bendul betul. mati lah saya kalau dia jenis ber'mulut masin'. ketuk dia baru tahu. haishh. tak nak!

sebolehnya tak mahu mengajar di negeri pantai timur. cuba bayangkan dari kecil sampai besar berada di sini. tiba-tiba sampai ke tua? ohh pliss. sekurang-kurangnya biarlah beza dari sekolah ke kampung halaman adalah beberapa jam. rasa juga diri ini merantau. okey demand. apapun, nak tak nak kena terima kan. moga saya ditempatkan di sekolah yang punya guru dan murid yang baik-baik sahaja. Aminn.

sudah berbulan-bulan berada di rumah. bosan juga. nak buat kerja sambilan. tetapi bagi orang yang tiada kenderaan sendiri, kena sedar diri supaya tidak menyusahkan orang lain walaupun berniat baik iaitu mengumpul duit poket. tetapi ada juga kelebihan goyang kaki di rumah tau. boleh lah berehat-rehat bersama keluarga sebelum sibuk dengan segala mesyuarat PIBG, pelaksanaan PBS dan bla bla bla. 

yang penting, sangat mahu menjadi guru yang serba boleh dan disayangi ramai. demand lagi. okey niat asal, mencurahkan ilmu sebaik mungkin kepada murid untuk jadi insan berguna. insyaAllah saya usaha sedaya upaya. janji! :)

ada gaya seorang guru kan? :)

Tuesday, February 18, 2014

Tujuh Gadis


..salam..

tiba-tiba rasa rindu gadis-gadis seperjuangan di IPIS. walaupun kalian ingat-ingat lupa pada saya, tetapi saya ingat sangat-sangat pada kalian. sumpah rindu nak belajar bersama, bergosip, berjimba di shopping mall juga buat kecoh sana-sini. 

di awal semester, ada di antara kami termasuk saya berasa kurang seronok kerana perlu memakai tudung labuh. sentiasa memakai tudung bawal sebelum ini, tiba-tiba bertudung labuh setiap hari ke kelas dari pagi sampai petang? ohh, itu kurang seronok. kedengaran sangat teruk kan. tetapi lama-kelamaan kami dapat biasakan diri dengan dunia IPIS. hey, time terlambat bangun tidur dan perlu bergegas ke kelas, pakai sahaja tudung labuh. tak payah nak berpin-pin. hehe. itu juga salah satu kelebihan kan.

apa kata saya kongsikan foto-foto keriangan golongan second intake ini. :)
-ain mes-aina-nira-mizah-nad-syida-reeni-

haa itu reeni yang tak ikut peraturan. =.=
  
       
       
 
 
 
macam tak ada tempat menarik nak bergambar. kolam maktab.
   
 
 
 
 
 
 
buat kecoh sambil tunggu train. girls, behave pliss. :)
main kompang di hujung minggu. pung pak pung pak. :)
kali pertama pakai tudung labuh. not bad kan. :)     
  
 
nampak nur tak? mestilah nur hazreeni nor annirah. :P 
first outing bertujuh ke midvalley. :) 
 
 
 
 
suka bergosip. see? dalam train yang sesak pun sempat. 
pujuk ain meswan dengan kek indulgence. merajuk aisyy.
 
 
beriftar perdana bersama. :)
 

gigih pula nak upload banyak foto sekaligus. biasa lah. saya memang suka menunjuk-nunjuk waktu bahagia bersama. actually, banyak lagi nak dikongsikan. sesi shopping sakan, sesi hangout boys and girls. tetapi cukuplah dulu bahagian pertama ye. penat mata menghadap laptop. penat tangan menaip panjang.

miss you girlfriends. mmuahh. :)

Friday, February 14, 2014

jawapan

..salam..

bebrapa hari lepas berkongsi rasa keliru. hari ini nak update tentang persoalan itu,
seandainya cukup sebulan ia tetap sama. noktah adalah jawapan saya.
*saya tunggu bermula dari saat ini*

setelah difikir-fikir walaupun masih tidak berapa yakin. setelah disiasat-siasat walaupun kurang pasti, tetapi saya memilih untuk mengaku kalah jika cukup sebulan keadaannya masih begitu. penat menunggu janji. tiga kali pernah ada hubungan, ia adalah pengalaman yang memberi pengajaran. 

ini lah kali pertama saya memilih untuk mengangkat bendera putih tanda kalah terlebih dahulu. ini lah juga yang paling singkat tempoh masanya. ingat senang nak buat keputusan. saya orang yang memang tak akan sebut clash terlebih dahulu tahu tak. konon takut menyesal. sekali sayang, memang sayang betul. tapi sampai bila nak makan hati. sedih tapi ini yang terbaik. mungkin.

teringat waktu bebas selama tiga tahun. hanya fikir keluarga dan rakan. tiada air mata pun. makan lena tidur kenyang. mahu rasa bahagia begitu. kalau ada pasangan yang boleh buat kita rasa macam itu memang tak lepas lah. saya perlukan seorang Adam yang betul setia, betul jujur. itu tanda sayang. tak mahu berkongsi kasih sayang. tiada perempuan mahukan begitu. tak percaya? haa, tanya sekarang.

umi, kawan umi termasuk mak saudara memulakan operasi pencarian. maklumlah, tak laku. bukan tak laku okey. mahal. hehe. mungkin saya mendapat jodoh melalui cara bercinta selepas kahwin. susah mahu jumpa yang boleh sayang, yang terima seadanya. tetapi tak mustahil ada kan. insyaAllah. nak yang baik? semua orang baik sebab orang boleh berubah. cuma hati kena tetap. jangan cakap tapi tak buat.

terima kasih dan maaf untuk semua. sangat menghargai segala apa yang diberikan dan ditunjukkan. bahagia. tidak tahu sama ada telah memilih jalan yang betul atau salah. apapun, kalau ada jodoh. walau sejauh mana berada walau sesusah mana kena hadapi, akan tetap bersama. doakan yang mana terbaik untuk kita semua. mahu kuat seperti biasa. sibukkan diri dengan keluarga dan rakan. sibukkan minda pasal kerjaya, kumpul duit. kata nak bawa family pergi Korea? hohoi.

apa yang ditazkirahkan oleh kawan kepada saya, Allah sudah tetapkan segalanya. cuma cepat atau lambat sahaja. kenapa sibuk sangat pasal jaga hubungan dengan manusia, hubungan dengan Allah pun tak terjaga. okey terkena batang hidung.

p/s: lagu awak untuk saya - Setia Hujung Nyawa sentiasa dalam ingatan. :)

Wednesday, February 12, 2014

konon jiwang

..salam..

rindu lah. setelah berabad lamanya tak menjenguk, tiba-tiba hari ini mamai nak menulis blog. actually nak cerita tentang percutian bersama keluarga sebelum ini. tetapi saya bukan dalam mood senyum sekarang. dah kenapa nak ber-mood-mood pula kn. maaf mengada.

teringat kisah tentang dia1, dia2 dan dia3. lagu Hazama - Relakan Jiwa didengar. lagu Fiq - Setia Hujung Nyawa meniti dibibir. bila terjadi sesuatu dan pernah rasa menunggu lagu Nomad - Tetap menanti pula dihafal. apapun lagu Afgan - Jodoh pasti bertemu itu menarik. chewahh. :p

kita fikir tentang dia sampai susah hati tapi dia okey seperti biasa. kita sedih fikir banyak perkara yang tak menyakinkan, tetapi dia anggap itu perkara kecil. kecewa kan? okey itu sakit. tapi sedar, saya juga salah. maaf diucap untuk semua. juga terima kasih untuk segala.

diri tengah buntu dengan apa yang sepatutnya dibuat. nak off nanti sesal pula nak on hati agak penat. tapi sayang. kena fikir betul-betul dahulu. pliss hati jadi lebih yakin dan kuat dengan segala apa keputusan yang dibuat. memang solat istikharah lah jalan terbaik kan. moga diberi petunjuk.

sudah lama meninggalkan kisah sebegini. tetapi menyapa sekali lagi. ya rasa gembira. tetapi bahagia juga dicari. kalau saya cuba tak buat hal, harap dia juga cuba tak buat hal. mungkin dia mencuba. okey thanks. kata kawan, itu ujian. terpulang kepada kami untuk selamatkan atau tamatkan.

jangan bertindak terburu-buru, bincang terlebih dahulu, jangan kusutkan hati dan minda, perubahan akan berlaku kelak. itu kata orang. hurm, keliru. bukan tak mahu yakin. mahu. mahu senang hati bersama. apapun Allah sudah tetapkan segalanya. yang penting senyum dan doakan yang terbaik. :)

dua quotes hari ini:

ini silap saya,


seharusnya saya,