Wednesday, February 12, 2014

konon jiwang

..salam..

rindu lah. setelah berabad lamanya tak menjenguk, tiba-tiba hari ini mamai nak menulis blog. actually nak cerita tentang percutian bersama keluarga sebelum ini. tetapi saya bukan dalam mood senyum sekarang. dah kenapa nak ber-mood-mood pula kn. maaf mengada.

teringat kisah tentang dia1, dia2 dan dia3. lagu Hazama - Relakan Jiwa didengar. lagu Fiq - Setia Hujung Nyawa meniti dibibir. bila terjadi sesuatu dan pernah rasa menunggu lagu Nomad - Tetap menanti pula dihafal. apapun lagu Afgan - Jodoh pasti bertemu itu menarik. chewahh. :p

kita fikir tentang dia sampai susah hati tapi dia okey seperti biasa. kita sedih fikir banyak perkara yang tak menyakinkan, tetapi dia anggap itu perkara kecil. kecewa kan? okey itu sakit. tapi sedar, saya juga salah. maaf diucap untuk semua. juga terima kasih untuk segala.

diri tengah buntu dengan apa yang sepatutnya dibuat. nak off nanti sesal pula nak on hati agak penat. tapi sayang. kena fikir betul-betul dahulu. pliss hati jadi lebih yakin dan kuat dengan segala apa keputusan yang dibuat. memang solat istikharah lah jalan terbaik kan. moga diberi petunjuk.

sudah lama meninggalkan kisah sebegini. tetapi menyapa sekali lagi. ya rasa gembira. tetapi bahagia juga dicari. kalau saya cuba tak buat hal, harap dia juga cuba tak buat hal. mungkin dia mencuba. okey thanks. kata kawan, itu ujian. terpulang kepada kami untuk selamatkan atau tamatkan.

jangan bertindak terburu-buru, bincang terlebih dahulu, jangan kusutkan hati dan minda, perubahan akan berlaku kelak. itu kata orang. hurm, keliru. bukan tak mahu yakin. mahu. mahu senang hati bersama. apapun Allah sudah tetapkan segalanya. yang penting senyum dan doakan yang terbaik. :)

dua quotes hari ini:

ini silap saya,


seharusnya saya,

No comments: