Tuesday, March 27, 2012

tak suka

..salam..

nak ambil masa sepuluh minit untuk mengadu. al maklumlah orang tengah praktikum, sibuk tak habis habis. banyak tak terkira benda yang perlu disiapkan.

secara umumnya, minggu ini merupakan minggu yang paling tidak menyenangkan hati. ada sahaja benda yang membuatkan saya rasa sedih, kecewa, tak puas hati juga marah. oleh kerana saya menghadapi jiwa sensitif tak tentu pasal sekarang, memang nak kena lah sesiapa yang cari pasal kan. okey okey saya cuba bersabar.

bila saya kata saya tak setuju akan sesuatu benda, saya maksudkan itu. saya cuba untuk menjaga tutur kata. tetapi tetap ada perkara yang tidak menyenangkan hati menyapa. dan jika geram sudah melebihi tahap maksima, lidah ini akan menjadi sangat tajam tau. maafkan saya andai mengguris hati. seboleh-bolehnya saya tak mahu bermasam muka dengan sesiapa, sebab sukar untuk saya kembali senyum seperti biasa kelak. so, boleh tak saudari consider sedikit tentang perasaan saya.

dan untuk perkara perkara lain, sungguh ia mengecewakan tetapi disebabkan saya rasa saya masih mampu mengatasinya, saya akan cuba lakukan yang terbaik. tak elok berdukacita dengan perkara yang tak akan selamanya buruk kan. hanya berharap akan ada pelangi yang cantik datang selepas guruh dan hujan. aminn.

hakikatnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Tuesday, March 20, 2012

dua perkara

..salam..

hari ini merupakan hari ketiga saya menjalani praktikum di S.K.Sultan Ismail 2. ada 17 hari lagi yang perlu saya lalui. hehe. nampak sangat tak sabar nak kembali belajar di Ipg. betul lah kata senior, tak boleh tidur malam kalau ber-praktikum. nak buat rancangan pengajaran harian, alat bantu mengajar, persediaan untuk di observe oleh pensyarah ditambah dengan assignment. haihh. tidak hairanlah jika saya mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata. =.='

risau memikirkan murid tahun 3 Mahir dan 3 Kreatif yang bakal dididik. sedangkan cikgu mereka sendiri pun sudah give up untuk mengajar, lagilah saya cuak. penat juga nak kuatkan suara dan seriouskan diri seperti tadi supaya mereka berkelakuan baik. wahai anak-anak murid kesayangan cikgu reeni, kita saling bekerjasama boleh kan. awak buat baik cikgu buat baik, awak buat hal cikgu buat hal. strictnya saya. :P apapun, sangat berharap segalanya berjalan lancar.

board untuk saya berlatih menulis dengan baik actually.
dipenuhkan oleh keluarga tercinta. kalian pembakar semangat. :))

,practicum-mate. moga kita dapat berkolaborasi dengan baik sha. :)

tak lupa kepada semua yang berpraktikum, GOOD LUCK! :D

***

okey, saya panjangkan entry ini untuk Nurul Iyazi Samsuddin,

rindu time dok faris. kito keno salam sokmo sebab maso mudo dulu banyak bermasam muka. :P

Happy Birthday Bestie!
May You Be Blessed :)


susoh la nok jupo bakal akauntan nih. haihh. eit, B pilih jah nok hadioh gapo. reeni belanjo. tapi time kito jupo lah, buke' melalui abe' posmen deh. miss you so much!

Friday, March 2, 2012

saya dan make-up

..Salam Jumaat..

Alhamdulillah kesemua tanggungjawab telah dilaksanakan dengan jayanya. serious penat dengan banyak benda, tetapi gembira dengan hasil segala benda tu! :)

***

baru baru ini kawan kata yang muka saya selalu kelihatan pucat. tak suka dengan komen itu. huhh. memang sudah lama bedak tidak ditepek di muka ini. dan saya hanya bergantung kepada lip balm sebagai penyeri. tak cukup lagi ae? =.=

benar kaum Hawa dan make-up ibarat lagu dan irama. hidup tak sempurna kalau tak ada semua itu. saya pernah mendengar komen daripada rakan lelaki. ada yang mengatakan perempuan kena make-up sedikit agar tampak menarik. ada juga yang memilih natural beauty.

percaya atau tidak, saya tak ada pun segala jenis make-up. paling paling kurang perempuan akan ada bedak compact dalam handbag kan. hakikatnya saya hanya ada lip balm semata. pencuci muka pun hanya mengharapkan kesan positif daripada Safi mentimun. bukannya daripada SK-II mahupun Bio Essence.

ada rakan perempuan memberitahu saya agar berhias walau sedikit. perempuan mana yang tak nak nampak cantik kan? tetapi, segan. pakai tu buat saya rasa macam saya ni pelakon opera cina je. adehh. dan takut dapat effect buruk pada kulit muka yang sensitif ini kalau tersilap pilih.

jika ada lelaki yang membaca entry ini, sudah pasti ada yang mengganggap saya tak up-to-date. fikirlah apa sekalipun. pandangan orang berbeza. saya mengharapkan seorang lelaki menerima saya dengan natural beauty seperti ini. erk, beauty lah sangat. biarlah. kena yakin diri! :)

apapun, saya akan cuba belajar untuk berhias. lagipun saya tahu cikgu perlu untuk kelihatan menarik. barulah sedap sikit mata murid memandang. haa, yang penting, untuk si suami nanti. barulah tak bosan kata orang. maaf gedix. :P

bila difkir dua tiga kali, kecantikan seseorang hanya akan terlihat jika kecantikan dalaman turut dijaga. so girls, sila jaga kecantikan itu. barulah boys nampak kita semua cantik sana sini. :)

***

cukup. nak sambung buat assignments sambil melawan serangan batuk yang tak henti henti ni. ohh pliss pergi jauh dari sini. =.='