Friday, March 2, 2012

saya dan make-up

..Salam Jumaat..

Alhamdulillah kesemua tanggungjawab telah dilaksanakan dengan jayanya. serious penat dengan banyak benda, tetapi gembira dengan hasil segala benda tu! :)

***

baru baru ini kawan kata yang muka saya selalu kelihatan pucat. tak suka dengan komen itu. huhh. memang sudah lama bedak tidak ditepek di muka ini. dan saya hanya bergantung kepada lip balm sebagai penyeri. tak cukup lagi ae? =.=

benar kaum Hawa dan make-up ibarat lagu dan irama. hidup tak sempurna kalau tak ada semua itu. saya pernah mendengar komen daripada rakan lelaki. ada yang mengatakan perempuan kena make-up sedikit agar tampak menarik. ada juga yang memilih natural beauty.

percaya atau tidak, saya tak ada pun segala jenis make-up. paling paling kurang perempuan akan ada bedak compact dalam handbag kan. hakikatnya saya hanya ada lip balm semata. pencuci muka pun hanya mengharapkan kesan positif daripada Safi mentimun. bukannya daripada SK-II mahupun Bio Essence.

ada rakan perempuan memberitahu saya agar berhias walau sedikit. perempuan mana yang tak nak nampak cantik kan? tetapi, segan. pakai tu buat saya rasa macam saya ni pelakon opera cina je. adehh. dan takut dapat effect buruk pada kulit muka yang sensitif ini kalau tersilap pilih.

jika ada lelaki yang membaca entry ini, sudah pasti ada yang mengganggap saya tak up-to-date. fikirlah apa sekalipun. pandangan orang berbeza. saya mengharapkan seorang lelaki menerima saya dengan natural beauty seperti ini. erk, beauty lah sangat. biarlah. kena yakin diri! :)

apapun, saya akan cuba belajar untuk berhias. lagipun saya tahu cikgu perlu untuk kelihatan menarik. barulah sedap sikit mata murid memandang. haa, yang penting, untuk si suami nanti. barulah tak bosan kata orang. maaf gedix. :P

bila difkir dua tiga kali, kecantikan seseorang hanya akan terlihat jika kecantikan dalaman turut dijaga. so girls, sila jaga kecantikan itu. barulah boys nampak kita semua cantik sana sini. :)

***

cukup. nak sambung buat assignments sambil melawan serangan batuk yang tak henti henti ni. ohh pliss pergi jauh dari sini. =.='

No comments: