Tuesday, March 27, 2012

tak suka

..salam..

nak ambil masa sepuluh minit untuk mengadu. al maklumlah orang tengah praktikum, sibuk tak habis habis. banyak tak terkira benda yang perlu disiapkan.

secara umumnya, minggu ini merupakan minggu yang paling tidak menyenangkan hati. ada sahaja benda yang membuatkan saya rasa sedih, kecewa, tak puas hati juga marah. oleh kerana saya menghadapi jiwa sensitif tak tentu pasal sekarang, memang nak kena lah sesiapa yang cari pasal kan. okey okey saya cuba bersabar.

bila saya kata saya tak setuju akan sesuatu benda, saya maksudkan itu. saya cuba untuk menjaga tutur kata. tetapi tetap ada perkara yang tidak menyenangkan hati menyapa. dan jika geram sudah melebihi tahap maksima, lidah ini akan menjadi sangat tajam tau. maafkan saya andai mengguris hati. seboleh-bolehnya saya tak mahu bermasam muka dengan sesiapa, sebab sukar untuk saya kembali senyum seperti biasa kelak. so, boleh tak saudari consider sedikit tentang perasaan saya.

dan untuk perkara perkara lain, sungguh ia mengecewakan tetapi disebabkan saya rasa saya masih mampu mengatasinya, saya akan cuba lakukan yang terbaik. tak elok berdukacita dengan perkara yang tak akan selamanya buruk kan. hanya berharap akan ada pelangi yang cantik datang selepas guruh dan hujan. aminn.

hakikatnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

4 comments:

Anonymous said...

apsal nie kawan?

.: hazreeni hasshim :. said...

haihh.. masalah btimpa timpa.

nk anonymous doakn yg baik utk reeni. :)

[xtau siapa anonymous tp minta ssuatu tanpa segan silu. huhu. neway, thanx]

Anonymous said...

dugaan idop la tu. sabaq2. masalah dgn member2 ker?

ha3 boleh jek nak doa kan. request diterima. :)

.: hazreeni hasshim :. said...

em tengah sabar ni.. =.=

hm, masalah dari semua segi. tmasuk masalah nyamuk bleluasa dlm bilik. merapu. :p

ohh, thanx anonymous. :)