Sunday, May 27, 2012

'dia'

..salam..

terkedu. terkedu teringatkan keadaan itu. sangat kasihan melihat dia yang sentiasa cuba memberi yang terbaik kepada orang-orang kesayangannya tetapi akhirnya hanya mendapat balasan dengan kata-kata serta mimik muka seakan-akan mencemuh. saya tahu saya bukanlah gadis yang tersangatlah baik. tetapi sedih mengenangkan keadaan itu berlaku bukan hanya sekali. berkali-kali. dan entah bila penghujungnya. sungguh saya berharap orang-orang berkenaan sedar bahawa segala anggapan mereka adalah betul salah. kalaulah mereka dengar setiap apa yang saya dengari daripada dia. ketahuilah segala yang berlaku adalah sebaliknya. perkara baik semata-mata. bukan hasutan dusta tetapi luahan benar. selagi hayatnya masih ada, hargailah dia dan hormatilah dia. saya tahu dia berkecil hati dengan pelbagai perkara, tetapi ia dipendam. walaupun saya bukanlah yang paling dekat dengannya. saya nampak dan saya dengar kesemuanya. mujurlah masih ada lagi sebilangan yang memahami, itulah satu-satunya jalan untuk dia. agar berasa sedikit lega dari bebanan perasaan. hanya satu diharapkan. kalian sedar bahawa dia juga salah seorang insan yang membantu kalian untuk hidup dengan baik. walaupun mungkin sedikit di mata kalian, suatu hari nanti saya yakin segala kebaikan akan kelihatan. suatu kebaikan berunsurkan sayang. kalian tidak mengetahui seperti mana kami yang sebilangan ini tahu. tentang apa, biarlah masa yang menjawabnya nanti. mahukan keadaan kembali seperti dulu. dipenuhi dengan gelak tawa. bukannya kesedihan memanjang. moga kebahagiaan sentiasa berpihak kepada kita. aminn.


*peperiksaan; sangat sangat berharap saya lulus kesemuanya. takut tidak terkira. makbulkan doaku Ya Allah. :( *

Sunday, May 20, 2012

daebak!

..salam..

Alhamdulillah. akhirnya negeri tercinta telah memenangi perlawanan bola semalam. tahniah Kelantan! kelihatan anak anak muda bersemangat mengibarkan bendera negeri pada kereta masing-masing. juga kelihatan para penyokong memakai jersi merah TRW lambang keberanian. jelas kami sentiasa bersatu. sayo banggo jadi oghe kelate. :)

sebenarnya saya tak tengok pun perlawanan itu. disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan. kecewa okey. teringin merasa kemeriahan bersama keluarga bersorak sorak untuk pasukan pilihan. tak apalah, mungkin ada lagi peluang lain kali. pasukan bola Malaysia kan hebat belaka, pasti perlawanan yang sengit akan menjelma kelak. :)

juga berita gembira kepada saya dan para peminat Big Bang. mereka akan buat tour di Malaysia. hooyeahh! tetapi tarikh masih belum ditentukan dan tiket masih belum dijual. sangatlah berharap ketika itu saya tak sibuk dengan praktikal mahupun exam. lagi satu, time saya berduit. plisss.. =.=

walaupun saya tak boleh tengok dan dengar suara mereka dengan jelas. tetapi sekurang-kurangnya saya ada pengalaman hebat berkenaan BB. jealous lah kawan saya sentiasa bernasib baik pergi tengok konsert Super Junior. jika saya berpeluang untuk itu, saya harapkan ada kawan yang turut serta. kegembiraan yang boleh dikongsi bersama pasti lebih bermakna. :)

 jumpa cuti sekolah nanti ye, exam straight minggu ini. doakan kejayaan saya. :)

Wednesday, May 16, 2012

special days

..salam..

hari bermakna yang pertama khas ditujukan kepada para pendidik. semua orang tahu tanggal 16 Mei merupakan hari istimewa untuk semua guru bukan. jadi kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan,

Selamat Hari Guru!

bersyukur dengan kehidupan sekarang. saya yang pernah di didik oleh guru-guru bakal mendidik generasi baru pula. chewahh. ayat bangga menjadi guru. seperti mana yang saya peroleh sepanjang belajar, seperti itu juga lah yang saya akan lakukan ketika mengajar. nilai lagu Kami Guru Malaysia yang best juga pasti diamalkan. tapi.. tema hari guru tak rasa nak ambil tahu pula. hehe.

kepada ayahanda tersayang, En Hasshim.
semoga Allah merahmati insan yang bergelar guru ini. :)

seterusnya, khas ditujukan kepada bonda tercinta, Pn. Wan Norizan. 
Selamat Hari Ibu! semoga Allah merahmati insan yang bergelar ibu ini. :)



okey fokus kepada belajar sekarang. konon. actually, sibuk main game. ohh pliss pergi jauh si Malas.

Saturday, May 12, 2012

exam

..salam..

cerita pasal En. Peperiksaan sekejap. ohh, saya takutkan dia.  tapi saya selalu abaikan kehadiran dia yang selalu datang time akhir semester. tak patut betul. dia sangat suka kalau saya belajar dengan baik sebab dia nak bagi hadiah kejayaan. baik kan dia. okey okey saya nak belajar lahh. :)

cukup. anyway, sesi peperiksaan bagi para guru pelatih IPG akan bermula pada minggu hadapan. selama dua minggu ye. sedar diri semua,  kita kena mentelaah ilmu dengan sebaiknya sekarang. dengan itu, saya ucapkan kepada semua,


SELAMAT MAJU JAYA!
moga dipermudahkan segalanya insyaAllah :)

Wednesday, May 2, 2012

kisah lampau

..salam..

rajin pula rasanya nak update blog sejak akhir akhir ini. sebab sudah bebas dari segala bebanan kerja. lega yang amat. fuhhh. :)

rasa nak bercerita. semalam, baru sahaja terserempak dengan kawan sekolah menengah di shopping mall. tahu tak, soalan pertama yang ditanya adalah tentang seseorang. bila diberi jawapan. soalan bertambah dengan kenapa dan bila. anda memang punya perasaan ingin tahu yang tinggi kan. hehe. baru-baru ini, sudah dua orang kawan bertanya akan hal itu. haishh, sudah dua tahun berlalu pun masih ramai yang tak tahu rupanya. huhu. dulu, sangat segan kalau ada yang tahu kisah lampau ini. tetapi kini tidak lagi. lagipun, itu perkara biasa, ada yang happy ending dan ada yang tidak kan. yang pasti, pengalaman itu banyak mengajar saya erti keikhlasan, kepercayaan dan kesayangan. lagi satu, erti kekuatan. :)

kawan ada bertanya bila saya nak berpasangan. ohh, soalan cepumas. entah. jika ada kelak, diharapkan ia berkekalan. jika ada seorang adam yang terus pergi jumpa parents.dia pasti pilihan saya. salute lahh. susah nak jumpa orang seberani itu sekarang. eh eh, ada kawan lelaki saya buat macam itu. dan segalanya berjalan lancar. si gadis bersetuju setelah ayah merestui. so sweet. em kalau susah sangat, terserah kepada pilihan keluarga. mungkin bercinta selepas berkahwin jalan terbaik. ikut jejak bak dan umi, bahagia juga. cakap pasal jodoh lagi. gedix betul. cuma soalan yang banyak daripada kawan membuatkan saya terfikir. tipu lah kalau saya tidak pernah terfikir tentang itu. tetapi senior pernah memberitahu saya,

usaha dengan cara berdoa dan biarlah Allah yang tentukan. jangan risau, semua akan ada pasangannya cuma lambat atau cepat sahaja. yang penting, jadilah seorang yang baik. kelak, yang baik juga akan diperoleh. insyaAllah. :)

 

kebetulan, sepupu suruh saya dengar lagu ini minggu lepas. agak sesuai dengan post saya kali ini? mungkin. hehe. best. :)

Tuesday, May 1, 2012

jieja dan kina

 ..salam..

sekadar berkongsi gambar saya, cik jieja dan cik kina ketika hangout bersama. untuk menyambut tiga hari lahir sekaligus ye. walaupun birthday mereka berlalu tiga bulan yang lepas dan birthday saya akan tiba tiga bulan dari sekarang. huhu.

first, pergi KFC sebab cik jieja nak makan ayam sedap. pergi Mc Donald untuk cik kina yang mengidam burger lazat dan pergi Secret Recipe untuk saya yang mahukan kek kegemaran. heaven kan? heaven lahh. kalian menceriakan hari saya. thanx! :)



 

cop cop,
Selamat Hari Pekerja semua! :)