Thursday, November 17, 2011

berakhir sudah

..salam..

ALHAMDULILLAH. segalanya sudah selesai. tanggungjawab saya sebagai pelajar semester 4 bagi tahun 2011 pun sudah berakhir. seronok!! :D

..tapi mungkin percutian kali ini tidak sebahagia semester lepas..

peperiksaan akhir semester baru sahaja tamat pagi tadi. saya tak berpuas hati dengan segala paper yang saya jawab tu. jawapan macam huru hara je. haihh. ditambah pula dengan kesihatan yang tak mengizinkan, seksa berperang dengan 2 benda dalam 1 masa. seterusnya, nak komen pasal paper calculus. susah tak terkata okey! sejak hari selasa lagi asyik menekan kalkulator, budget markah yang akan diperolehi. tak senang duduk lah sebab banyak yang tak dapat dibuat. ya Allah, moga saya lulus paper calculus. bersyukur tak terkira kalau dapat 40. harap sangat sangat saya dapat keputusan yang baik. hm, serious saya takuttt. :((


adik kesayangan pula akan mula belajar di kedah mungkin dalam pertengahan bulan disember ini. sudah terbiasa setiap kali pulang ke rumah dia ada, rasa sedih pula bila tahu kami tak akan jumpa selalu. kelak, sukar lah nak bertemu mesra. pasti merindui sebab dialah satu satunya adik yang saya ada. haihh. apapun, hope semuanya okey untuk dia. sesama doakan. :)


masih belum merancang apa yang bakal dilakukan di rumah. emm.. yang pasti, akan melayan segala benda tentang korea. bukan hanya cerita ye, berita pun dilayan. even tak faham sepatah haram pun yang diperkatakan. tak ada subtitle kan. hehe. ohh lupa, ada satu 1 misi penting yang saya mesti buat. mesti! nak pergi beli whiteboard ni. why? sebab nak practice menulis dengan baik. sebagai seorang yang kidal, saya perlu pusing buku 90 darjah ke kanan kalau nak tulis. macam mana nak tulis dengan betul di board sebab ia bersudut 180 darjah. hoho. matematik sekejap. tulisan saya yang seakan akan arial pada asalnya, hee. konon. jadi buruk. bukan setakat huruf tak stabil besar kecil, senget pun ya. adehh. nak jadi guru yang serba boleh =.='

penat menaip, nak kemas barang dulu ye. apapun.. rakan rakan, Selamat Bercuti! jangan lupa luangkan masa dengan aktiviti berfaedah okey. bye bye. <3

2 comments:

mizmarmalade said...

Selamat bercuti Reeni! :)

.: hazreeni hasshim :. said...

Selamat Bercuti Fara! :)
[kalau cuti la kn. hehe]