Sunday, June 26, 2011

tak gembira

..salam..


keputusan peperiksaan semester lepas baru sahaja keluar hari ini. kecewa yang amat sebab tak dapat pointer yang diangan-angankan. akhirnya, rasa bad mood dan sakit kepala mula menyerang. adeh. saya perlukan tidur untuk hilangkan segala benda yang tak elok tu. huhu. padahal itu memang aktiviti harian. hm, saya akui saya banyak buat silap. tak nak buat lagi. tak tipu. umi dan bak, maafkan noni tau. haih. bilalah agaknya nak dapat pointer sehebat rakan dan senior yang lain. hati sudah tidak bersemangat walaupun semester 4 baru sahaja bermula. haishh. usaha lagi! bangun! bangun hazreeni! tak mustahil untuk dapatkan 4.0 macam senior itu kan. sila postifkan diri. :)

***

kini, allkpop dan youtube merupakan laman carian tertinggi saya. tak sah kalau tak buka walaupun seminit. isy isy isy. dan tak tahu kenapa sejak dua tiga hari ini asyik nak tahu perkembangan tentang Big Bang. haih, orang lain sudah bosan tetapi saya baru terkedek-kedek nak berkenalan dengan hiburan korea. okey saya mengaku saya ketinggalan zaman. =.=

salah satu berita buruk yang seboleh-bolehnya saya tak nak dengar akhirnya berlaku. polis telah mengesahkan bahawa Daesung adalah penyebab kematian Hyun. oh my Gucci Prada! denda yang dikenakan adalah penjara tidak lebih 5 tahun atau bayar 20000 dolar. tolong tolong ringankan hukuman itu kerana kesalahan bukan hanya daripada sebelah pihak. tiba tiba rasa sedih bila tengok ahli ahli kumpulan Big Bang menangis sewaktu membuat persembahan. air mata tuan empunya blog ini turut bertakung. adeh. emotional sekejap. moga semuanya pulih. pastikan Big Bang kembali berlima ye. saya tunggu! hee :D

***

saya sayang sangat sangat girlfriends saya! tetapi rasa tawar hati untuk bersama mengenangkan perkara tertentu. rasa sangat dihargai kalau kawan sentiasa ada di waktu susah dan senang. kalian pun rasa macam tu kan. kalau dia datang hanya jika kita diperlukan? mestilah terkilan. lagi menyedihkan bila kita dengar pelbagai alasan sebab tak mahu fikirkan masalah duniawi saat kita perlukan dia. apapun, setiap orang ada ragamnya. saya sendiri pun. fikir postif sekali lagi bahawa tanpa kawan hidup tidak bermakna. saya harap persahabatan kita akan kekal hingga hujung nyawa. erm.. walaupun kelak masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya, suami dan anak. lupakan semua itu sebentar boleh kan, ayuh kita luangkan masa untuk shopping bersama. overr betul. :P

***

dengar lagu ini. dengar berkali-kali barulah best. Daesung - Baby don't cry. :)



No comments: