Friday, May 27, 2011

hooray!

..salam..

alhamdulillah. fuhh.. sudah boleh menarik nafas lega sebab perang dunia kedua dah berakhir hari ini. peperiksaan akhir semester 3 yang dihadapi berakhir dengan penuh tragis. time study punya lar excited, stay up sampai ke pagi (baca last minute ye) alih-alih nak jawab soalan.. ada juga yang ter'kantoi'. lupa lar, 'tembak' lar, tak sempat lar. adeh. lebih baik pergi tengok Nur Kasih The Movie :P harapnya baik-baik belaka. tawakal itu perlu. apapun, hati tetap berbunga-bunga sebab cuti dah bermula! bersama keluarga tercinta. hooray!

HEPI HOLS SEMUA! :)

jadi, bermula 3 minggu dari sekarang, tolong. tolong jangan bagi saya pen, buku mahupun kalkulator. otak saya perlukan rehat yang cukup. over je kan. but still baca paper untuk tahu perkembangan semasa. chewahh. banyak benda nak buat cuti ni. banyakkk. belajar masak? insyaAllah, buku resepi pun entah ke mana. isy. shopping? kalau ada orang sponsor boleh la. belikan baju raya pliss.. em, tak tahu nak cakap tapi memang banyak lah. yang pasti, tengok cerita korea adalah salah satu aktiviti saya. memang tak akan bosan menghadap benda sama kalau si kacak dan si cantik turut serta. betul tak? betul lah, saya setuju. :)

oh ya, hariz di tawarkan untuk masuk politeknik sandakan. alhamdulillah. tapi jauh kott, oversea tu. :P perasaan bercampur-baur. happy tapi sedih, bimbang pun ye. ada lagi satu.. jealous okey. nak pergi sabah! saya suka merantau. memang homesick tu ada tapi kalau kita jauh, boleh berdikari, boleh menjelajah dunia, time balik kampung.. memang 'feel' tu best semacam je. orang pun makin sayang. pendek kata, semua ok lah! lecturer kata, kalau nak posting, minta labuan sebab situ tak ada pedalaman. saya nak apply labuan! hoho yakin je.

ok, nak tido dulu ye. penat stay up sokmo. mata pun sama macam panda. bye.
-bismikallah humma ahya wa amut-

No comments: