Monday, August 1, 2016

Rimas Lemas

Assalamualaikum,

Oh my Oh my. Hati sedang panas sekarang. Saya rimas lahh. Saya lemas okeyy. Boleh tak kalau kita hidup cara masing-masing. Awak dengan dunia awak, saya dengan dunia saya. Cuba lah faham, saya tak nak ada kena mengena dengan suami o bapa orang. Faham tak kita bukan lagi dalam situasi single-mingle nak bercouple-couple bagai. Lagikan saya tak suka kalau ada orang ganggu pasangan saya, tak akan lah saya nak mengganggu pasangan lain pula. Saya faham rasa sakit tu macam mana dan saya tak akan buat benda yang sama. Pliss lahh, saya tak tahu nak jelaskan macam mana lagi dah supaya awak faham apa yang awak harapkan tu salah. Tak rasa bersalah ke? Saya cakap elok-elok sebab tak nak gaduh tak nak ada dendam. Kita dekat kan, tak seronoklah kalau berjumpa jadi kekok diam seribu bahasa.

Sekarang banyak tanya pasal boyfriend saya. Saya ada boyfriend ke saya tak ada boyfriend ke itu hal saya. Awak yang tinggal biar saya tergantung tak bertali. Tiba-tiba bila saya dah cukup senang hati awak datang nak huru-harakan. Sedar status awak pliss. Ye, kita ada text tapi untuk pengetahuan awak, perasaan sayang rindu saya pada awak dah tak ada walau sebesar kuman pun. Sumpah saya tak pernah anggap lebih daripada itu. Apa yang dilakukan semua atas dasar tali persaudaraan. Tapi tak sangka awak serious sampai fikir ke lain, sampai nak berdendam pula tu. Nak ugut apa lagi? Saya sudah cukup penat dengan ugutan awak. Buatlah sesuka hati awak, terpulang. Tetapi ingat, jangan libatkan orang-orang penting di hati saya. Cukup antara kita. 

Awak nak stop semua ni bila saya dah ada pasangan, bila saya dah kahwin. Awak tahu saya belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat kan. Banyak perkara yang masih perlu saya selesaikan sebelum memikul tanggungjawab yang sangat besar. Sebab tu awak dengan yakinnya memberi syarat sedemikian rupa. Tak akan lah saya nak kahwin kontrak cari suami upahan semata-mata untuk hentikan gangguan awak. Tak cukup lagi ke jawapan  "harap awak doakan yang terbaik untuk saya dan dia". Cukup mudah untuk difahami kan, saya ada dia. Walaupun sebenarnya saya takut untuk terlalu yakin, tetapi masih berharap agar tiada lagi situasi itu ini yang akan membuat saya buntu dan tidak mahu peristiwa pahit berulang kembali.

Apa lagi yang awak nak. Saya jadi yang kedua? Saya jadi simpanan mainan awak? Apa yang awak tak puas hati dengan saya sebenarnya. Kononnya dulu pernah persoalkan kenapa sebelum ini saya memilih dia dan bukan awak. Okey saya akui masalah yang sama berlaku dalam perhubungan saya dengan dia dan saya dengan awak, perempuan. Tetapi yang membezakan awak dan dia, sekurang-kurangnya dia tahu menghargai dan apa yang penting, dia menghormati saya sebagai wanita. Tapi awak? Pernah awak teruja bila saya lakukan sesuatu yang konon-kononnya sweet? Tak. Pernah awak ada disaat saya susah? Tak. Hakikatnya, jawapan dari awak untuk kesemua soalan saya adalah TAK.

Tak tahu nak berkongsi dengan siapa tentang cerita ini. Tiada siapa akan faham. Saya pasti saya yang akan dipersalahkan. Mujurlah ada Allah untuk mengadu, ada diari untuk mencatat. Sedih. Serabut. Ya, boleh sahaja saya abaikan semuanya. Anggap kami tidak pernah kenal selama ini. Tetapi atas dasar persaudaraan, saya tak nak hanya kerana cerita ini, hubungan yang cukup menggembirakan apabila berkumpul bersama menjadi sesuatu yang suram kelak. Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk kebaikan bersama. Awak, kekal lah setia kepada dia yang berusaha menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Perkara lepas biarkan berlalu. Sebelum hal ini diketahui, hentikan. Sungguh-sungguh saya meminta, tolong.. tolong pergi.

p/s: niat hati mahu berkongsi post berkenaan hari lahir kesayangan-kesayangan saya di bulan julai akhirnya terbantut. haihh.

No comments: