Tuesday, December 28, 2010

nice holiday

..salam..

minggu percutian bersama keluarga pada tahun ini adalah sangat memberangsangkan. walaupun sekadar di bumi kelantan, bukannya percutian mewah ke negara luar. jealous sepupu umi bercuti di jepun. nak pergi disneyland!

percutian bermula pada hari pertama tok wan dimasukkan ke Husm bagi membuat pembedahan di bahagian saraf belakang. semua sibuk berulang-alik ke hospital tetapi saya sibuk menjadi 'bibik' di rumah. adeh. rasa tak keruan apabila doktor pakar mengatakan kejayaan pembedahan major tersebut hanyalah 40/60. tetapi hati bersyukur kerana ia dibatalkan atas nasihat anak cucu cicit yang menyayangi tok wan. yakinlah, ubat-ubatan dan latihan fisioterapi juga membantu :)

--> kesian melihat seorang pemuda handsome yang berumur 22 tahun terlantar akibat penyakit kanser tulang. semestinya dia juga ingin belajar atau bekerja seperti kita bukan. lagi menyedihkan apabila mengetahui ibu bapanya sudah meninggal dunia. hmm. moga cepat sembuh.

setelah percutian selama 3 hari 2 malam berakhir, kumpulan masing-masing mula sibuk membuat plan. kaum ibu mahu membeli-belah. kaum adam pergi ke kebun. sepupu-sepapat yang separuh matang mula memenuhi cyber cafe ayah su. oops, tok wan akan sentiasa di jaga rapi di rumah kerana kami mengikut shift ye.

--> mahu perkenalkan kumpulan muda remaja = hazreeni, hafiq, akmal dan yun. kumpulan saya la tu. hee. bermula daripada membuat upacara perkahwinan semasa kecil, gedik betul. akhirnya hubungan rapat seperti adik-beradik sampai sekarang. tiap kali bersua muka, stay up bersama di malam hari dan hang out bersama di siang hari wajib diadakan. saya suka! pastikan kita begini sampai bila-bila tau.

dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. timbul beberapa masalah yang membuatkan ramai di antara kami mengalirkan air mata. tentang apa? tak mahu fikir lagi. di harap, ia tidak akan berlaku pada masa yang akan datang. apapun, jumpa lagi kelak. rindu kalian!


mari lihat:





No comments: