Wednesday, December 1, 2010

kantoi

apabila bahasa kelantan di 'KL'kan -->


satu :

Kawan saya pekerja hotel, sepatutnya dia hantar guest ke airport tetapi terpaksa tunggu kerana hujan. setelah hujan berhenti, dia memberitahu guest tu.. "mari kita pergi encik, hujan sudah SERIK ni"

*serik = berhenti


dua :

Kawan abang ipar saya kantoi ketika dinner di hotel, semasa waiter sedang menuang air ke dalam gelasnya, dia berkata.. "adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.." dengan muka yang selamba dan serius..

*padam (padan) = cukup


tiga :

cikgu: kenapa baju sekolah awak ada bintik2 hitam?

murid: baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

*pertik sawa = tahi lalat


empat :

Saya beli air dalam gelas plastik macam kat pasar malam tu, time nak bayar.. "kak, ada TUDUNG tak?" akak tu blur. tangan saya tunjuk kat atas gelas tu. dia tersenyum.. "oo.. penutup" dengan muka selamba saya jawab.. "a'a penutup"..malu ohh.

*tudung = penutup


lima :

Anak saya muntah atas katil semalam, kotor la cadar tu.. time nak masukkan cadar dalam mesin basuh, saya suruh suami.. "abang, tolong ambilkan SAMPUL BANTAL tu" suami saya gelak sakan.. ingatkan surat je ada sampul.. bantal pun ada?

*sampul bantal = sarung bantal


enam :

Peristiwa kat bandar jengka.. member kelantan saya.. "bang, mintak SUPIK satu".. ahahaha.. cakap KL tuh..

*supik = plastik


tujuh :

member cerita tadi..

si A nampak ular lalu menjerit.." ular.....ular.....KATAK.....katak..."

*katak (actually sebut ' katok') = pukul


lapan :

Ada orang datang ke rumah nenek, dia bertanya kepada salah seorang cucu nenek tu.. "nenek ada tak?" cucu tu jawab.. " dia ada kat TEMBAK tu, nak beli lauk"..

*tembak = tepi jalan

[standard orang kampung di kelantan..waktu tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang dengan motor di tepi jalan ]


sembilan :

Kawan saya beli kuih di bazar Ramadhan, dia beli kuih rm2 dan membayarnya dengan duit rm5. mak cik tu bagi balik rm2. tak cukup seringgit la kan? dia bagitahu makcik.. " mak cik CUCUR tak cukup seringgit" mak cik tu jawab " cucur tak ada dik, kedai sebelah ada"

*cucur = baki


sepuluh :

Mak mertua saya ikut saya balik ke kedah. time maghrib, suami dan abah saya nak pergi surau. mak mertua bertanya pada abah.. "ustaz nok gi BALASOH doh ko?" terkejut abah saya. "taklah mek, nak pergi belasah siapa ni?"

* balasoh = surau


sebelas :

Kawan saya cikgu, pekat sangat bahasa kelantan tetapi mengajar di KL. suatu hari, dia memarahi budak kelas 1 Bestari kerana terlampau bising. katanya.. "kalau awak bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!" budak-budak KL terpinga-pinga.. "apa dia TUBIK cikgu?"

*tubik = keluar


dua belas :

budak kelantan: mu gi beli TIMUN CINO jap..

selang beberapa minit kemudian..

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. tak ada pun orang jual timun cina.. apek buah tu siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu..

time tu, semua dah keras-keras ketawa.. lepas explain yang timun cina tu adalah tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

*timun cina = tembikai


tiga belas :

Orang kampung saya tinggal di KL. suatu hari, die nak tukar duit rm 50 kepada beberapa helai wang kertas di kedai. dia bertanya, “bang, nak tukar duit HALUS ada tak?..”

*duit halus = duit pecah


empat belas :

dj radio: assalamualaikum..

pendengar: waalaikumussalam..

dj radio: bagaimana keadaan cuaca di Jeli sekarang?

pendengar: HUJAN BEREK-BEREK

*hujan bere'k-bere'k = hujan renyai-renyai


lima belas :

Abang Ali menyuruh Ali pergi ke kedai untuk membeli gayung. sampai di kedai, dia bertanya kepada tauke kadai tu.. "tauke, ada jual CETONG tak?"

*cetong = gayung


enam belas :

tiga sekawan sedang makan durian, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara, "okey cukup, saya tak boleh makan banyak durian sebab takut rasa LUGAL"

*lugal = loya


tujuh belas :

Ada tetamu datang ke rumah, selepas makan tengahari, nenek menyuruh mereka berehat di atas katil di dalam bilik tu. kata nenek "GULING-GULING la dulu mek.. kejap lagi kita sembahyang Zohor berjemaah" terpinga-pinga tetamu tu, nasib baik dia tak membuat aksi berguling. hehe

*guling-guling = baring-baring


lapan belas :

Saya selalunya kantoi tang kunci kereta, sudah terbiasa menyebut.."suis kereta". pernah sekali, saya menyuruh lab assistant tolong belikan barang.

saya kata "ambil la SUIS KERETA saya tu...drive"

dia dengan muka cuak bertanya.. "kenapa? kereta tak boleh start ke?"

saya jawab.. "ye la, kalau tak ambil suis kereta tu.. macam mana nak start lak?"

lagi dia heran.. tiba-tiba teringat dia bukan orang kelantan, saya perbetulkan.. "kunci kereta"

*suis kereta = kunci kereta


sembilan belas :

Chong berasal dari kelantan, baru datang KL. suatu hari dia ikut kawan dia pergi disko, sampai kan kawan dia tu mabuk. dia cakap kat kawan dia "isy3 kamu ni....jom KELIK"

*kelik = balik


dua puluh :

Sedang saya menjual kuih, datang seorang mak cik dan berkata "ONDE-ONDE tu letak NISAN kan? mak cik nak buat kat rumah"

*onde-onde = buah melaka

*nisan (mungkin berasal daripada perkataan manisan) = gula melaka


BAHASA KELATE' ITU UNIK :)

8 comments:

AwinCOmel! said...

mek wehh:)
buat pop out window la untuk ruangan komen..mesra alam sikit..adjust setting..hehe

nak chatbox etep..sene nak ngaca..


tajuk lagu dale blog mu ni gapo reen?

sedap jugok..hehe

INCHIK PIPI PAU PANAS said...

sayo maso kecik2 sokmo g keda kat selangor oyap nk beli kacang ralik (kuaci)..bengo mokcik tu semeta...

.: hazreeni hasshim :. said...

awin: mok cik! ohh.. sayo xpndai mano ngn bnd2 tu. ajar la. nati nk buat. boleh la kto nk b'mesra rakyat. hee

lagu ni best kan. reeni suko. nasyid, aiman - cinta terakhir :)

inchik 3p: hehe kacang ralik. sedap tu.. teruskn pgunaan bahasa kelate. ahah :)

nadiyah said...

haha..lawak sampai guling2..!

EEFFAH said...

ade se ag tinggal...

bo!bo! = berhenti..
hahahah..

(ni kisah benar sorg senior ipis yg g prktikum)

ustz tu tgh ngaja budak baca quran
tibe2 nak suh bdk2 tu brenti sbb slh

ustaz: bo! bo! salah tuh!

bdk2 tu still baca sbb x phm..

ustaz: ustaz kata bo! bo la...

bdk: ustaz, mana ade ba'(hrf arab)

ustaz: ustz nak srh brenti benanye..

;)

.: hazreeni hasshim :. said...

nadiyah: yup! jgn kecek gitu kt negeri oghe deh. hee

eeffah: ohh hehe. mesti rsa malu tu. kelakar..em, org kelate sejati mmg cmtu.. hee

Anonymous said...

haha..
best2..aku dulu pon ajin jugok tershahul tubik kelate ni..

tgah makan mAggi..
mesol: weyh tolong amek awas tu..
kawan: hah? awas? pebenda tu?
mesol..haha..sori..perencah ^^

.: hazreeni hasshim :. said...

mesol.. hehe.. reeni penah

kawan: pernah g pangkor?
reeni: rajin g..
kawan: rajin. selalu la ae..

hee.. padahal nk oyak pernah.