Monday, December 6, 2010

barang comel

akhirnya barang-barang comel sewaktu berada di zaman kanak-kanak ribena, yang telah memporak-perandakan laci almari saya telah dapat diselenggarakan dengan jayanya.

ada yang disimpan, ada yang dibuang tetapi kebanyakannya diberi kepada orang lain. pemurahkan saya? sifat bangga diri adalah ditegah ye kawan-kawan.



rindu SK Sung Siew Sabah! rindu SK Kampung Raja Terengganu!

mari kita lihat barang-barang kepunyaan hazreeni yang comel [ayat songsang ] :P

keadaan sebelum membuka laci ketiga =.=


bebola pada stokin kait merah itu digunakan jika ada yang mengganggu tidur saya. teknik melibas kaki akan digunakan. :P

tahu tak, moyang masih menyimpan baju-baju baby untuk kegunaan saya kelak.. sayang tok mek :)


sampai sekarang saya buta sempoa. someone ajar saya pliss.

London Bridge merupakan lagu yang pertama dimainkan oleh rekoder itu. mungkin bunyi yang dihasilkan sumbang, cikgu menggalakkan saya bermain alatan yang tidak menggunakan kaedah tiupan untuk kelas muzik yang seterusnya. kesian betul.

pilih! pilih! seringgit selonggok! ala-ala menjual rambutan gitu :P


aksesori rambut yang membuatkan saya tampak anggun bergaya. hee. biasanya sanggul akan dibuat untuk sesi bermain gimrama.

berkenaan gimrama, kini, setiap kali cuba membuat lengkungan, bunyi 'keriakk.. keriukk' akan terhasil. akibatnya, saya mengalami sengal-sengal badan berhari-hari. ouchh! mujurlah bukan tulang-temulang yang patah.


Tony, Daphne, Ivy Fong, Aloysius memperkenalkan hobi mengumpul sticker dan permainan 'osom' kepada saya. permainan ini akan menentukan pemain peroleh atau kehilangan sticker koleksi masing-masing.

saya pernah menangis kehilangan sticker kesayangan. biasalah budak-budak menangis kan. terpaksa akur untuk memberi sticker yang dipilih oleh pemenang :(

p/s: sebenarnya sampai sekarang saya mudah mengalirkan air mata. biasalah, itu cara untuk orang dewasa berasa lega. itu alasan yang boleh diterima pakai kan kan.


nak tempah kad atau pelekat nama? dealer yang famous ini sedia membantu. perasan ohh. ramai yang menjadikan benda alah itu sebagai tanda perkenalan dan perpisahan. pembantu rumah tok wan pun beli tau. haa, jangan main-main.

jika dapat memenuhkan ruang borang tersebut, saya akan peroleh keuntungan. walaupun hanya beg dan tupperware kecil sebagai pulangan, saya tetap bersyukur. chewahh.


kewujudan mereka membuatkan saya rasa disayangi dan dihargai.

tengok tu, hanyalah sehelai plastik corntos, betulkah ponjodoh bilangan yang digunakan? maaf cikgu, saya ingat-ingat lupa.. ia masih dijadikan bahan untuk mengucapkan selamat hari lahir. memang kreatif! :)


buku autograph tahun tiga. kelakar bila tengok biodata diri rakan-rakan. seperti satu kewajipan untuk menulis siapa rakan baik dan siapa kawan biasa. isy3..

seperti yang dinyatakan di atas..
rakan baik saya: Lashiny, Ivy Fong, Ferozalina dan Jasmine
[sejak dulu saya sudah menerapkan 1Malaysia di dalam diri. bagus!]

perhatikan gambar di atas, 18.9.1990. saya yang tulis tarikh lahir itu. apakah? sila ingat betul-betul jika tak mahu mendapat ucapan dan hadiah yang basi. 19.8.1990! haishh


sampai di sini saja ye :)




No comments: