Tuesday, March 18, 2014

V.I.P

..annyeonghaseyo..

sudah agak lama tidak mengambil tahu perkembangan kumpulan Big Bang. tiba-tiba terbaca satu penyataan yang tiga daripada mereka datang ke Malaysia bulan ini. ohh. tetapi tak adalah teruja mana sebab Daesung tidak turut serta. lagi teruja bila dengar kononnya satu syarikat YG akan datang sini! okey, sedar diri yang saya sudah tidak sesuai untuk berkonsert-konsert lagi. ada ke subjek k-pop nak diajar kepada murid? itu melampau. =.='

salah seorang kawan telah memperkenalkan beberapa buah lagu solo G-Dragon. jangan anggap saya gadis lemah gemalai yang hanya minatkan lagu mendayu-dayu. saya rare. ohh pliss, perasan rare. ada yang kata k-pop sangat mengarut. dengar sini, kalau diri kalian pernah layan lagu Linkin Park dan Lady Gaga yang juga agak huru-hara. tak payah nak bandingkan dengan kumpulan saya ini. diam. kita layan minat masing-masing. sekali-sekala layan minat tak salah kan.

salah satu lagu yang menarik bagi saya adalah Crooked. bukannya suka lagu patah hati ini disebabkan kisah lama saya. cuba pakai earphone atau headphone dan dengar, saya suka muzik lagu ini. siap buat ringtone lagi. best! umi pernah tengok video di bawah dan semestinya umi komen macam-macam- pakaian huru-hara, dia bukan menyanyi tetapi macam bercakap biasa-biasa- tak dapat dinafikan itu betul. adehh. apapun, saya faham umi minat lagu-lagu Klasik.fm.

"nothing last forever. in the end, you changed.." *nyanyi* 

kononnya minat GD. rindu dia lah! moga cemerlang SPM ain. :)
p/s:
minggu depan tahu penempatan. bila berbual dengan parents, hati terasa ingin dapat sekolah yang dekat dengan keluarga. tak kira susah atau senang, dengan adanya keluarga. diri pasti lebih baik. moga Allah makbul.

No comments: