Sunday, March 9, 2014

kata umi

..salam..

susah nak lelapkan mata. insomnia. serius mata sudah lebam macam panda. =.='

orang dewasa yang lain asyik cakap pasal jodoh kan. tetapi umi tidak pula terkejar-kejar untuk itu. sebaliknya hanya buat muka selamba lalu berpesan:

#enjoylah untuk diri sendiri diawal bekerja. tetapi bukan bersikap boros. tidak perlu terburu-buru mengejar cinta. suatu hari pasti sampai masanya.

#kalau rajin, sambung belajar lagi baik. boleh teruskan kerjaya sebagai pensyarah. kalau jadi professor, itu lagi baik kuasa dua!

bila difikirkan semula, masalah yang telah lama tergantung telah pun selesai. itu jalan yang terbaik. jadi saya mula memasang angan-angan harapan baru:

#kalau boleh saya nak sambung belajar. insyaAllah jika berpeluang. mana tahu jadi Prof. Hazreeni. pelik pula dengar. :P

#ambil tahu tentang kahwin di umur 27 tahun itu dikira andartu? elok juga bekerja terlebih dahulu. simpan duit dan jalani hidup stabil, beli kereta sendiri bla bla bla.

#gaji hasil titik peluh mahu dilaburkan kepada keluarga sebaik mungkin. juga luangkan masa bersama teman. kalau kahwin berbeza, sedikit terbantut mungkin.

sebolehnya mahu fikirkan keutamaan lain selain pasal jodoh buat masa sekarang. :)
p/s:
sayu mengenangkan apakah nasib mereka yang berada di dalam pesawat MH370. walaupun saya tiada kaitan tetapi sebagai budak manja, hati turut menangis. tabah lah wahai kalian! :')

No comments: