Sunday, March 2, 2014

Ungkit

..salam..

rajin pula diri nak update entry setiap hari. bukan orang nak baca pun. syok sendiri namanya. tapi ini diari saya. suka hati saya lah nak berkongsi apa pun. dah kenapa saya nak melenting tak tentu pasal. over.

actually tajuk entry lebih sesuai dinamakan imbas kembali. ungkit seakan-akan bercerita sesuatu yang tak elok pula kan. semasa berbual dengan kawan tadi, kami terimbas kembali kisah-kisah lama. pelbagai cerita dikongsikan bersama. dan dalam banyak-banyak perkara, ada satu topik yang buat saya tertarik. kebetulan tarikh itu baru sahaja berlalu. fikiran melayang ke langit sejenak.

teringat cerita One Liter Of Tears yang ada kisah bermakna disebalik drama ini, teringat juga lagu tertentu seperti lagu penyanyi Jason Mraz. bila difikirkan semula, walaupun ia pahit tetapi manisnya tetap ada. chewahh. pengalaman itu juga mematangkan saya sekarang. matang lah sangatt. apapun, tiada lagi yang negatif. saya ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif. pasti ada hikmahnya.

hanya sekadar bercerita. bukan mengungkit. kebetulan tidak ramai yang tahu kewujudan blog ini, rasa selamat untuk berkongsi apa yang dibualkan bersama. okey cukup sesi menaip untuk malam ini. jom tidur.

Selamat Malam. :)



No comments: