Tuesday, January 17, 2012

sudah jatuh ditimpa tangga

..salam..
kita terus kepada cerita berkenaan peribahasa di atas ye. :)

sudah dua hari nasib tak menyebelahi saya dan sepupu. semalam, dengan penuh bersemangat kami berjanji sumpah setia nak pergi pizza hut. katanya ada discount dan untuk dapatkan kupon discount tersebut, kami hanya perlu mencetak sendiri. senang kan. tetapi timbul pula masalah bila mana printer saya telah kehabisan dakwat. terpaksa lah kami buang sekejap rasa segan dan mula mengetuk pintu bilik junior junior yang bertuah. sekali lagi nasib tak menyebelahi kami. printer yang ada semuanya tidak berfungsi. adoii. akhirnya, kami mengambil kata sepakat untuk guna khidmat cyber cafe. okey selesai isu kupon.

elok elok sampai depan pak guard, diorang dapat arahan daripada ketua warden yang muslimat tak boleh keluar selagi jam tidak menunjukkan pukul 9 malam. geram! kami bukan budak sekolah tau tak. kalau nak pergi shopping, alamatnya tutup dulu lah segala mall. cuba lah flexible sikit peraturan tu. okey okey, u-turn dan decide untuk makan di kafe maktab sebab kawan yang seorang lagi tak boleh balik lewat. lagipun, time tu baru pukul 8 malam. bergegas ke kafe tetapi tiba tiba tuan kafe bagitahu kami perlu tunggu agak lama sebab masih banyak makanan panas yang perlu dibuat. haihh. ada satu lagi cara. call kedai makan kak dah untuk buat delivery. haa, jangan main main. kedai biasa pun boleh buat delivery ala ala pizza hut dan mc donald tau. dan kak dah lah pilihan utama saya setiap hari. masalahnya, anak kak dah pula kurang sihat. apakah? lapar dahaga tak terkata namun tetap bersabar menanti pukul 9 malam. masalah bertimpa, kawan terpaksa balik awal sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. oleh kerana tiada lagi transport, kami terpaksa makan nasi kukus zaeman yang dikirim kepada kawan lain. hanya di dalam bilik kecil ini. haihh. mujurlah ada Family Outing sebagai penyeri suasana. perasaan marah yang meluap luap akhirnya bertukar kepada ketawa tak henti henti. kelakar sangat. tak jemu tengok walaupun berkali kali. apapun, perut sudah kenyang, hati pun sudah senang. :)

hari ini, kupon discount pizza akhirnya berada dalam tangan sebab minta tolong kawan print. terima kasih ye. fikir punya fikir, kfc airport pula yang menjadi pilihan. sebab lebih murah. lagipun duit kertas pun hanya ada yang berwarna biru sahaja. cepat cepat lah masuk wahai elaun. banyak yang perlu dibayar ni. adehh. seronok juga tengok kapal terbang turun naik. terasa seperti kanak kanak ribena sebab akan berhenti makan setiap kali nampak kapal terbang nak berlepas. ahah. sudah 10 tahun tak dengar ucapan selamat datang dan terima kasih daripada para pramugari pramugara. rindu, nak naik flight pliss. cukup, sambung cerita. kejutan terakhir untuk peristiwa dua hari ini, bayaran pergi balik dari maktab-airport adalah rm20. terkedu okey. jauh sangat ke airport sampaikan rm10 untuk satu perjalanan? tak sampai 5 minit pun perjalanan. haihh. umi bak, tolonglah beli kereta. yang biasa biasa pun boleh. asalkan auto. mengada-ngada. tapi kalau manual, perjalanan nak balik besut pasti mengambil masa 2 hari. =.='

banyak saya membebel. saja nak coretkan peristiwa ini. geram but still senyum sorang sorang bila ingat balik. kesian pula warga asrama blok E ini. huhu. :)

2 comments:

Anonymous said...

kesiannya..hehe nasib bdn..

.: hazreeni hasshim :. said...

em, kesian sgt kan. mujurlah reeni orang yang sabar. hee. :)