Saturday, January 7, 2012

haihh

..salam..

*haihh.. mengeluh tiga empat kali mengenangkan beberapa perkara yang berlaku sejak akhir akhir ini. dan kesemuanya membuatkan saya rasa gundah gulana. bukan. rasa huru hara. kalau diikutkan hati, nak sangat berkongsi cerita dengan mereka yang sudi mendengar. nak sangat menangis dan peluk erat erat teman rapat. baru lah rasa lega. tetapi disebabkan ia terlalu peribadi, saya mengambil jalan untuk tutup mulut dan duduk diam diam. bersabarlah wahai hati. sangat berharap semuanya akan pulih. :'(

*hari ini, warga ipg kota bharu sedang sibuk melayari laman web maktab sendiri. kami sudah boleh mula menyemak keputusan peperiksaan semester lepas dan mencetak slip keputusan masing masing. maktab lain sudah berkurun tahu tentang itu kan. bila lah agaknya maktab ini boleh bergerak seiring sejalan dengan maktab yang lain. adehh. apapun, Alhamdulillah saya lulus semua subjek dan boleh meneruskan pengajian untuk semester yang seterusnya. tetapi tetap rasa kecewa dengan pointer sendiri walaupun sudah dapat mengagak sejurus selesai menjawab paper kalkulus. okey saya tahu saya tak boleh tamak. hari tu cakap asalkan lulus, bila dah lulus cakap nak cemerlang pula. maaf. hazreeni, pliss lah jadi lebih tekun. tak nak umi dan bak kecewa lagi. =.=


fullstop. baiklah, saya nak buang segala cerita yang tidak menyenangkan di sudut hati yang paling jauh. baru sahaja membuka buku baru untuk tahun baru. moga segala yang tertulis di dalam setiap bab adalah perkara baik. aminn~

3 comments:

Daffodil said...

Take care, friend!
Ade pape, pm me okay?

Love you
:D

Anonymous said...

jiwa kacau ke kawan?

.: hazreeni hasshim :. said...

awin:
thanx. awin pn jaga diri!
ok. tp better kalau awin ad kt sini. so pliss balik cepat! huhu.

love you too :D

anonymous:
lebih kurang mcm tu la. but still kna cuba jd kuat kn. :)