Monday, January 2, 2012

Selamat Datang 2012

..salam..

pejam celik pejam celik, 2011 sudah pun berakhir. cepat betul masa berlalu kan. azam tahun baru tetap sama seperti yang diniatkan pada tahun baru islam. dengan penuh harapan, saya doakan moga hari hari yang mendatang lebih baik daripada sebelumnya. jadi, haruslah saya mencantas segala perkara buruk dan menyemai segala perkara baik. moga dipermudahkan dan dimakbulkan. insyaAllah. :)


sepintas lalu, saya tutup tirai tahun 2011 bersama foto foto percutian saya bersama keluarga selama 10 hari di penang. walaupun bukan di luar negara, kegembiraan bersama tetap terasa! :)

agenda utama --> hantar adik kesayangan, hariz masuk ptsb. GOOD LUCK! :)

ELLE pilihan saya. :)

berbelanja hampir 2k. siapa sangka tok wan shopaholic. hee. :)

salah seorang bodyguard tok wan. good job akmal jauhari. :)

sengaja ambil gambar depan kedai emas. kononnya beli cincin kahwin. =.='

agenda kedua--> bawa tok wan dan mok bercuti. kegembiraan jelas terpancar. :)

arena food court di queensbay mall penang. sedap juga murah. :)

char kuey teow permatang pauh paling best! bukti? tengok pelanggan pun dah tau kan. :)

anak bongsu kesayangan bak. rindu dia lah. :)

umi, mama, mok tak habis habis berdoa time naik train sebab takutkan curam. hehe. :)

seperti biasa, pantang tengok kamera. cepat cepat bela tudung dan senyum. klik! :)

kalau dah tak banyak tempat untuk bergambar, balai polis pun jadi lah kan. :)

pegang tangan tok wan sebab takut jatuh. baik betul. konon. hehe. :P

pulau pinang tempat saya dibesarkan. dua tahun je pun bertapak di usm. :)
hasshim + wan norizan 'manse'! :D

tak cukup 1. kesian abang apik tak datang. mesti jealous kan. lain kali ae. :)

sambil tunggu turn naik feri, ambil peluang yang ada dengan berlensa. :)

sekali lagi berlensa. senyum semua. peace (^_^)v

abang safril dan kak long sebagai penaja utama percutian ini. terima kasih tuan rumah. :D

CINTA HATI SAYA. <3

baba dan mama turut memeriahkan suasana. lain kali kita pergi bercuti macam ni lagi tau. :)

durrah terpengaruh dengan dunia korea disebabkan kak noni. yess, bertambah geng minat korea. :P

abang ngah sibuk bergayut, isy. nasib baik tunaikan janji teman tengok ombak rindu. thanx awak! :)

arnab? ostrich? kami pilih daging kambing sebagai menu utama. :)
nasi beriyani kambing grill dan air susu kambing+badam+kurma sedap!

berselera. tapi cukuplah makan sekali sebulan. sepinggan nasi pun dah 35 ringgit. adoii. =.='

pesta pulau pinang. nak pergi tiap tahun boleh kan. hee
saya nak main semua! sangat suka adventure. erk, adventure la sangat kan. :P


thanx hariz, abang ngah teman naik top gun ni. menjerit jerit tanpa henti. best sangatt! :D

*selain sibuk membeli belah berkali kali, kami tak lupa menziarahi sanak saudara di sana. heaven kan. :)


okey cukup di situ.
kalian, kita teruskan perjuangan untuk tahun 2012 pula yokk!
moga semuanya baik baik sahaja. :)

2 comments:

mizmarmalade said...

Wah, seronoknye dia pergi bercuti... jelesnye syee.. heee! ^_^

.: hazreeni hasshim :. said...

mmg seronok! :)
aisy, fara pn bole. t U cuti, jgn lupa buat pujuk rayu kt mak ayh utk pergi bcuti. hehe. :P