Thursday, January 6, 2011

minggu pertama

..salam..

sudah 4 hari saya memegang status pelajar semester tiga untuk tahun ketiga. apa perasaan.. teruja? sedih? atau marah? entah, tak rasa apa-apa. hee.

berkenaan result exam. sesungguhnya saya jealous dengan rakan lain yang mendapat pointer cemerlang gemilang terbilang. tahniah ye. tetapi sangatlah bersyukur sebab saya lulus dalam semua subjek. Alhamdulillah. ingatkan sayalah calon pelajar yang gagal dalam paper math. sumpah saya tak boleh buat dengan baik exam hari tu. sebab musabab, saya belajar last minute. padan muka, jangan buat lagi tau. saya sukar asingkan masalah peribadi dengan belajar. banyak giler kott masalah. terima kasih kepada semua yang banyak membantu semasa saya jatuh tersungkur. cuba tukar masalah kepada cabaran ye. insyaAllah semuanya ok :)

ada beberapa perkara yang menyebabkan kami memuncungkan mulut tanda tak puas hati. peraturan maktab semakin ketat. warga ipg-kkb tidak dibenarkan keluar selagi jam tidak menunjukkan pukul 1.15 pm. jam teruk seperti berada di jalan bangsar untuk ke midvalley mall. time balik huhu. lagi, sesiapa yang datang lewat ke kelas akan dikenakan bayaran rm20 sebagai denda. boys and girls, sila putarkan jam kita 20 minit lebih awal. lebih baik ia digunakan untuk membeli topup untuk bergayut. hoho. ..dan lain-lain lagi. yang pasti, saya tak suka okey.

sesi p&p berjalan dengan lancar, cuma lecturers yang mengajar agak garang, jantung dup dap dup dap time masuk kelas sebab takut. macam mana nak enjoy belajar ni? =.=' lega sebab unit beruniform saya adalah pandu puteri. sesuai dengan sifat lemah lembut para guru pelatih perempuan kelas math. hee. kalian, sila angkat tangan kanan separas telinga. bagi ahli pandu puteri, jika berbuat sedemikian kepada ahli lain, itu bermaksud 'tolong diam'. jelas menunjukkan kami sopan kerana tidak perlu menjerit-jerit sampai terkeluar anak tekak :P

kehidupan di hostel sama seperti sebelumnya, biasa-biasa saja. yang penting, saya akan pulang ke rumah hampir setiap minggu kerana ia merupakan tempat terbaik untuk 'lepak'king. bukan homesick ye, sekadar merindu. hey, hanya untuk minggu ini, khairul fahmi akan berlatih bola sepak dengan penuh bergaya di padang ipg-kkb! terasa ingin melihat pemain bola sepak yang sedang famous di Malaysia dengan lebih dekat. kata rakan, dia sangat friendly dan kacak dengan 'chinese look'nya. jealous ohh. kirim salam assalamualaikum kepada dia ye :)

cukup laporan mingguan untuk kali ini. selamat belajar semua. jaga diri dan belajar rajin-rajin. salam 1 Malaysia dari saya yang punya semangat patriotik :D

2 comments:

azymah said...

hehe..start diz sem wif new spirit ae..doa zymah alwayz 4 u reeni..erm,,kim salm gak pd khairul fahmi!!! sukerrrrr dy..

.: hazreeni hasshim :. said...

okei dokei.
same goes to u dear :)
moga d permudahkn segalanya.

insyaAllah, esok reeni gtau.
hoho, bajet kenal. hee