Tuesday, January 11, 2011

hero saya

kalau saya kata saya seorang yang famous, over ke? :p

..sebab saya berdepan dengan soalan yang sangat banyak lagi, persis seorang artis.

guess what?

pasal JODOH lagi okey =.='

tolong lah percaya bahawa saya tidak mempunyai buah hati mahupun scandal. haih.

ramai juga yang sudah mula bising mengatakan saya perlu mempunyai seseorang. khususnya golongan tua. mahu saya kahwin cepat-cepat.

Oh My Gucci Prada!

adakah saya sudah kelihatan terlalu tua untuk berbuat sedemikian? atau mereka tak sabar nak tengok saya berbahagia di dunia lain? saya kan disayangi ramai. hee :P

hey, saya baru 21 tahun. belajar ada 3 tahun lagi. masak pun merangkak.
nak membina masjid dan menjaga rumah tangga itu destinasi yang masih jauh.

saya tak laku? oit, jaga mulut tu. jahit silang pangkah baru tau.
banyak kekurangan? sudah cukup bersyukur begini. sila terima saya seadanya.
ada yang kata saya sombong, isy3. bukan.. saya pendiam, juga agak pemalu. huhu.

sepanjang perkenalan dengan kaum Adam, hanya seorang yang ter'sangkut' tanpa mengenali saya terlebih dahulu. komunikasi melalui mata tanda setuju.
good job en.N :P

yang lain,

'seronok jugak borak ngan awak. ingatkan senyap je'
[berkali-kali juga mendengarnya. sampai macam tu sekali. isy3]

mungkin faktor-faktor itu membimbangkan semua, takut jadi andartu. fikir positif.

Allah sudah tetapkan semuanya. sama-sama doakan, moga saya dapat yang baik. insyaAllah :)


alang-alang berceloteh tentang jodoh. nak perkenalkan hero saya.

kwon sang woo -> stairway to heaven dan lain-lain

okey saya tahu saya agak ketinggalan, orang lain minat super junior, 2AM, bla3..
biarlah. saya suka dia. sejak 2004. hoho. nak macam tu 1! macam order roti canai.

kalau dapat fahrin ahmad pun okey. angan tak sudah :P


p/s: perbualan bersama rakan 3 hari lepas, kalau dapat yang 'kurang menarik' pun okey. dia tak akan tinggalkan kita. kasih sayang melimpah ruah. hoho. itu bagus.

cukup setakat ini. belajar yokk! :D




No comments: