Sunday, October 9, 2011

teman hidup

..salam..

saya kembali! rindu saya pada blog comel ini akhirnya terubat malam ini. :)
terpaksa menghilangkan diri selama sebulan disebabkan kerja yang banyak. but still tak settle. exam pula sudah mula menampakkan bayangnya. haihh. penat sangat! okey berhenti mengeluh. kita beralih kepada topik yang seterusnya.

***

di suatu petang, semasa berbual mesra dengan umi di telefon. tiba tiba umi bagitahu satu cerita yang tak disangka dan agak merapu. guess what? pasal teman hidup lah. title entry pun teman hidup kan. hee.

kawan baik umi datang rumah minggu lepas. salah satu topik yang dibualkan, mak cik minta umi carikan gadis untuk anak lelaki mak cik. tiba tiba mak cik kata

'kalau yang dalam rumah ni pun boleh'

erk, dalam rumah ini hanya saya dan umi wakil kaum Hawa. adakah saya yang dimaksudkan? tak tahu kenapa saya rasa pelik. jawapan umi

'eh anak sulung awak patut dapat yang lebih baik. lagipun, noni belajar lagi'

then, mak cik kata anak mak cik boleh tunggu. jawapan umi? hanya mampu tersenyum dan mula mengubah topik lain. hehe.

saya tak sangka dan fikir merapu sebab keluarga mak cik berbeza. warak bukan hanya dari dalam malah di luar pun boleh dilihat jelas. sila fahamkan maksud saya. pelik pula mak cik ada terfikirkan saya yang tidak memakai tudung labuh ini. saya pernah memakainya di kampus pendidikan islam tetapi hanya di dalam kelas. huhu. saya bukan gadis hebat. rasa segan dengan muslimat yang betul betul memakainya.

tak dinafikan anak mak cik baik, rupa pun boleh tahan. itu satu bonus. lagi menarik apabila dia memilih untuk mengajar anak-anak keluarga yang menghidap Aids. baguskan? siapa tak suka orang macam dia. parents pun gembira. tapi dia ustaz. memanglah ustaz tak semestinya dengan ustazah. cuma rasa tak layak. masih ada yang kurang. sebab itu lah umi mengubah topik. memikirkan pelbagai keadaan.

mak cik, carikan dia gadis yang terbaik dan sesuai ye. apapun, saya tetap mendoakan agar akan hadir seseorang yang terbaik untuk saya. sayang saya, terima saya seadanya dan bersama-sama ke arah kebaikan. insyaAllah. :)

***

p/s: agak gedix kan cerita pasal jodoh. suka hati lah. :P

4 comments:

mizmarmalade said...

pwewittt.. teman hidup tuu, hehe :)

.: hazreeni hasshim :. said...

peewwitt! xpsal2 nk wt jgak. :P
eh, segan nihh. ehehe.

pjie said...

suko2
matured doh ke

.: hazreeni hasshim :. said...

pjie -->
set kito matured blako doh tp gk..
nk tggu pjie dlu la wt nsi minyok. :)