Friday, October 28, 2011

berdikari

..salam..

saya tak suka okey! tiba tiba naik angin satu badan. huhh. tak suka bila ada yang mempersoalkan tentang berdiri di atas kaki sendiri. kalau pasal diri sendiri tak apalah. masalahnya pasal saya. tak perlu bimbangkan saya. sila jaga diri masing masing. memang, memang saya anak yang sedikit manja tapi tak adalah mengada ngada sampai semua benda yang saya nak saya dapat. lagi satu, tak semestinya kalau selalu berkepit dengan keluarga bermaksud saya tidak mampu untuk berdikari. time belajar jauh nun di johor dan bangi sana tak ada pula yang nak puji saya pandai berdikari. bila kembali menetap di negeri kelahiran mula lah nak bising. kononnya, saya tak pandai berdikari, tak kenal bas, penakut. hey, semua itu membebankan anda sekalian kah? kalau ibu bapa saya mahu mengeratkan ukhuwah keluarga dengan cara sebegitu, biarlah.

*cuba anda bayangkan salah satu situasi yang saya hadapi. setiap kali pulang ke rumah dari kota bharu ke besut, hanya saya dan pemandu yang ada di dalam bas. takut tau tak. kalau pagi tak kisah pun, sampai pukul 7 malam kott. mestilah ibu bapa saya bimbangkan anak perempuan ini. kalau dijemput dengan kereta, perjalanan hanyalah sejam. lagipun, tenaga dan duit minyak bukan orang lain yang sumbangkan. jadi, tutup mulut kalian sekarang.

*saya pernah naik bas, kereta api, komuter sendirian macam orang lain juga. teringat peristiwa di mana saya terpaksa naik komuter sorang sorang ke uitm shah alam dek kerana majoriti kawan kawan balik bercuti di kampung halaman. saya cuba untuk berdikari lah tu. sedih mendengar kata kata mereka yang beranggapan saya tak boleh buat apa apa pun. luaran mungkin saya nampak lemah gemalai tapi hakikatnya jiwa dan raga saya kuat!

*mak cik saya pernah bagitahu, di awal perkahwinan dia kurang pandai memasak. oleh kerana terdesak, nak tak nak dia kena belajar. tak kan lah nak biar suami makan di luar setiap masa. dan kini, dia sudah boleh membuat pelbagai makanan. sedap pula tu. sama lah seperti berdikari. dalam waktu terdesak, kita akan dapat melakukan apa sahaja walaupun sukar tetapi haruslah ingat bahawa adakalanya kita masih memerlukan orang untuk membantu.

so please.. mind on your own business! =.='

5 comments:

Anonymous said...

manusia tu kdg2 lebih pandai mengkritik dr menilai. pelik tapi itulah kenyataan. suka bila org lain down. sabar ye. nanti akan ada saat berdikari tu 'menari-nari' dpn manusia sebegitu. yg penting kamu tak minta diri dijaga oleh mereka-mereka. hehe chill! :D

Daffodil said...

Reeni. soba soba. manusiaaaa memanggg begituuu. suka cari pasal!!

be happy, forget bout others!

love u
<3

.: hazreeni hasshim :. said...

anonymous>
tau xp. mmg nk kna lempang sorang2. hee. sabar2. neway, thanx! hope semuany ok. anda pun, chill! :)

awincomel>
meme dok soba lah ni. lau dop, nyepak doh. ahah. :P thanx dear! love u too <3

raja iffah said...

hihi..reeni...ni epah..
ingt x????hihi..
t fllow my blog:)

.: hazreeni hasshim :. said...

epahhhh! ingat sgt sgt la. budak comel faris nih. hee. thanx follow! da follow balik. :)