Wednesday, August 10, 2011

yakin diri

..salam..

hmmm.. haihhh.. mengeluh panjang kali ini dek kerana terkenangkan segala benda yang tidak menyeronokkan pada minggu ini. =.='

pagi tadi, hampir hampir di beri surat 'cinta' daripada Hep. maafkan saya kerana lewat ke kelas. actually, teragak-agak untuk ke kelas sebab kurang sihat. tapi, sukar untuk dapatkan Mc -call teksi, tunggu giliran berjam-jam di hospital. bla3- penat. lebih baik bertahan di dalam kelas. pergilah wahai Selsema dan Sakit Kepala.

ujian Matematik dan ujian Pandu Puteri telah diadakan hari ini. rasa kecewa yang amat sebab saya sudah mentelaah nota Matematik yang diberi oleh en.Sabri dengan sebaik mungkin tetapi sesi hentam keromo sewaktu menjawabnya tetap berlaku. susah betul. saya masih berharap nasib menyebelahi saya. nak A pliss..

saya segan. bukan.. saya malu, malu dan malu lagi sekali. kelmarin, atas sebab tertentu saya terpaksa menyanyi di dalam kelas. ohh my Gucci Prada. rasa sejuk kaki dan tangan. tangan dan mulut terketar-ketar seakan akan parkinson. macam mimpi ngeri bila ingat balik. perkara yang sama juga berlaku semasa kelas membuat program motivasi di sekolah dan saya diberi peluang untuk menjadi pengerusi majlis. kenapa saya tak seyakin dulu? macam mana nak jadi cikgu ni. :(

***

saya mula menyibukkan diri di dalam tarian dan nyanyian sejak tadika lagi. kalau tak silap, sudah 9 kali menyanyi di sekolah dan yang paling melekat di ingatan time form 5, duet lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang dengan pengetua tersayang, en Wan Hamzah Wan Daud sempena Hari Guru. best best. hee. ohh ya, kisah kelmarin. ada kawan tanya, kenapa saya nyanyikan lagu yang sudah basi. sebab.. time form 3, ia merupakan lagu pertama yang saya nyanyikan selain nasyid dan setelah mendapat galakan rakan dan guru, keyakinan semakin bertambah. walaupun suara ini mungkin hanya layak didengar untuk diri sendiri tetapi selagi yakin, saya akan cuba lakukan. lagi satu, jika diberi peluang untuk bercakap di depan ramai orang, saya boleh buat dengan baik. lagipun sudah terbiasa mulut tak henti henti bercakap kalau bersama teman rapat. pernah dirotan okey time darjah 3 sebab bising dalam kelas. hoho. tetapi kini, keyakinan jatuh merudum.. hurm tak mahu begini lagi. saya akan usaha dan pastikan hidup ini kembali berwarna-warni. :)

gambar daripada blog sekolah. terima kasih cikgu azemi sebab upload. :)

p/s:
- selamat hari lahir 1008. moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatnya-

2 comments:

Anonymous said...

ko nyanyi???gilerr ah.nyanyi utk aq skarang!!muahahaha

.: hazreeni hasshim :. said...

erk, sape ni?? ok, make sure bagi duit lepas reeni nyanyi lagu rasa sayang. :P