Thursday, November 21, 2013

Makan Malam 2013

..salam..

sila ketahui makan malam ini adalah bermakna bagi para guru pelatih semester 8.
sebagai jamuan perpisahan termasuk majlis restu ilmu.

makan malam yang diadakan di Hotel Renaissance ini bertemakan ala-ala arab. saya yang sepatutnya berjubah cantik memohon maaf kerana tidak mengikut tema. bukan tak faham bahasa melayu ye tetapi keadaan duit yang kurang memahami kehendak tuan yang mahukan jubah menarik. sudahlah simple, make up langsung tidak tercalit. nasib baik lip balm melembapkan bibir. hehe.

sesampai di grand ballroom. segan okey semua berpakaian kacak juga menawan. bling sana bling sini. make up macam artis. cantik. tetapi hati tak jealous sebab tahu diri sendiri tak sesuai ber-make up. lagipun sejak kecil hingga sekarang saya tidak pernah memakai segala jenis bedak atau bedak asas. walau sekali. ketinggalan? tak kisah. cuba pakai lain kali lah. cukup, kembali kepada topik.

saat paling meriah apabila masing-masing bergambar bersama rakan dan taulan sebagai kenang-kenangan. saat paling sayu apabila sesi bersalam-salaman antara kami dan pensyarah diadakan. tak pasal-pasal air mata keluar tanpa henti. mujurlah girls lain pakai maskara kalis air. selamat dari keluarnya air mata hitam. hehe. apapun, kami berpuas hati dengan majlis ini. saya suka! :))

boys and girls, say cheesee :)


sayonara. sayonara. hingga berjumpa lagi. <3


No comments: