Monday, May 6, 2013

buku baru

..salam..

akhirnya PRU-13 sudah berakhir semalam. ada yang gembira tidak terhingga dan ada yang kecewa tidak terkata. tapi nak tak nak kena terima keputusan itu kan. apapun saya ucapkan tahniah kepada yang menang. moga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang lima tahun ini. kepada pihak lain, seperti mana yang kita dengar dari seseorang "kita tidak kalah, cuma belum menang". perjuangan masih belum selesai? moga tetap teguh bersatu. :)

saya bukanlah seorang yang arif pasal politik, jauh sekali mengetahui segala kebenaran bagi setiap pihak. tetapi tetap kecewa dengan pilihanraya kali ini. haa, kalau sudah kecewa. sah-sah tahu siapa yang disokong kan? hehe. apapun, gembira dengan kekalnya Kelantan bersama Tok Guru. Alhamdulillah. :)

macam-macam cerita yang didengar. pengundi hantu, kes blackout, ditambah pula isu terbaru tentang merampas hak melayu. haihh. sedih sekiranya benar semua ini berlaku. susah sangat ke nak hidup tanpa ada perbuatan sumbang? apapun, jangan bergaduh sesama sendiri. hanya Allah yang Maha Mengetahui. sesama doakan yang baik untuk keamanan Malaysia. terasa ada sifat patriotisme dalam diri. hehe. :)

p/s: baru sahaja teruja dengan sistem penempatan guru secara "Mesra Keluarga". suami isteri tidak sekadar di hati malah dekat di mata, dan masalah tertentu membolehkan kita meminta untuk dekat dengan keluarga. tapi, itu angan saya semata. dan nampaknya kami lepasan institut perguruan masih perlukan interim. adoii.

p/s: sayu sedih rasanya mendengar perkhabaran berkenaan Tok Guru. moga Menteri Besar Kelantan yang baru dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. bangga dengan kepimpinannya, jasamu Tok Guru akan ku kenang sampai bila-bila. :')

No comments: