Thursday, November 14, 2013

13.10.13

..salam..

tarikh keramat bagi semua warga semester 8
senyum tanda gembira tamat belajar
juga menangis tanda perpisahan

sumpah diri tak henti-henti mengalirkan air mata time tengok gambar kami bersama. sambil dengar lagu cinta. dah kenapa nak dengar lagu cinta kalau berkaitan dengan sahabat kan? pelik. terdetik di hati, pasti sukar untuk bertemu kelak. hanya doa mampu dikirim. :'(

walaupun persahabatan di bangi hanya satu tahun setengah dan di kota bharu hanya empat tahun. bukan selama lima tahun setengah seperti mana rakan yang lain. tetapi hati tetap berasa sangat kehilangan. tidak lagi dapat melihat gelagat nakal kaum Adam dan gosip riuh kaum Hawa nanti. sumpah rindu! :'( 

teman, mohon maaf dan terima kasih untuk segala-galanya.
moga kita mendapat yang terbaik seperti mana yang diharapkan.

satu lagu ikhlas dari hati. walaupun lagu telah berkurun lamanya, ia tetap menjadi carta hit mp3 saya sejak dari sekolah. bermakna. moga bertemu kembali semua. :)


#kalau buat nasi minyak, jangan lupa jemput saya pliss. adehh jeles. =.='
#tak sabar nak kongsi segala gambar riang ria bersama. tungguu. :)

Thursday, October 10, 2013

A secret

People still talk about it.

It's eating me up inside.

"Once exposed, a secret loses all its power."

Telling someone feels like peeling off my own skin to expose everything underneath. It hurts.

"It was mistake" you said,
But the cruel thing was, it felt like the mistake was mine for trusting you.

"Forgiving does not erase the bitter past. A healed memory is not a deleted memory."

Sure, I will forgive but take in mind I will never forget.


Friday, September 20, 2013

Done!

..salam..

Alhamdulillah. terasa senang benar hati di hujung minggu ini.
Seminar Penyelidikan Tindakan 2013 semester 8 IPG-Kampus Kota Bharu
akhirnya tamat setelah 17/9-19/9 berkampung di Bukit Keluang Beach Resort.
memori yang sangat indah telah terukir. :)
 
sebagai pembentang ke-8, sumpah hati dup dap dup dap bila nak bentang kajian tindakan termasuk nak berdepan dengan persoalan daripada panel penilai. tetapi syukur segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. tepat pukul 2 petang pada 17/9 saya hilang satu beban. hoorayy! memang lepak sakan dengan rakan dan taulan sepanjang berada di sana. makan lena tidur pun kenyang. :)

namun, tetap timbul raya sayu bila hati teringat, hanya 8 kali Jumaat sahaja lagi kami akan berkumpul bersama. kelak, kami mula membawa haluan masing-masing. pasti suatu hari nanti, masing-masing tersenyum sendiri bila mengimbas kembali cerita lama gambar lama. jangan lupa antara satu sama lain pliss! :)

sedikit memori untuk dikongsi,

pembentang ke-8.
jieja-kina-ila-noni-tiqah. :)
pembentangan pertama, masing-masing tak mampu senyum.
kalau dah tangan tak jelas, excited melampau lah tu kan.

bina masjid pasir setelah selesai semua. naib johan okey! :)
we are one!
menunjuk-nunjuk bilik yang selesa. hehe.

okey, tak perlu nak honeymoon sangat lah kan. assignment ada lagi satu, AR kena lengkapkan, exam pun belum. adeh. kembali sedar yang diri masih lagi bergelar guru pelatih. otak kembali bekerja.

xoxo





Wednesday, August 14, 2013

beraya bersama

..salam..

setelah hampir dua minggu berada di kampung, hati berasa cukup senang. but still risau dengan assignments yang masih belum disentuh. =.='

Rokiah dan Markonah:
segala sesi hangout, stay up dilaksanakan bersama tetapi bukan berkepit setiap masa seperti biasa. akhirnya, tidak banyak foto diambil. okey tunggu akhir tahun pula.  tak sabar! hey, satu sesi baru diadakan untuk yang pertama kalinya iaitu sesi luahan dari hati ke hati. chewahh. menarik apabila topik yang diperkatakan adalah keluarga. tak sangka ia mampu mengalirkan air mata. moga kita semua diberi kekuatan juga kebahagiaan. :)

Odah & Kiah. Konah tengah tekan 'click' ni. :)
Odah & Konah pula. :)
sibuk bergambar. nak pergi KFC je pun. =.='
Abang Ngah:
pertama kali merasa pelbagai makanan sedap di dua restoran berbeza. terima kasih kepada peminat setia makanan, Akmal Jauhari yang sudi belanja. orang lain sudah berpuluh kali makan, saya baru sekali. jakun sungguh. lain kali nak lagi. :P

sedap. puas hati :)
Keluarga Besar:
sangat meriah! semua berkumpul. kebetulan hampir separuh diantara kami bertemakan biru. sungguh kami sehati sejiwa. apapun, mohon tahun-tahun seterusnya diadakan semeriah ini kelak. :)

anak-anak menantu-menantu
usai solat, berlensa sekejap :)
satu-satunya anak sepupu buat masa ini. ammar comel!
tok wan-moyang-nenek
cousin/classmate/roommate
sesi BBQ di malam raya keempat
ge'ge' riuh satu rumah
baca novel sambil tunggu ayam bakar. amboii
ikan siakap terbaik :)
tema baju sama warna dengan langsir dan kerusi =.='
che'-tok mek
kami! :)