Showing posts with label i'm a teacher. Show all posts
Showing posts with label i'm a teacher. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Bumi Borneo

..salam..

akhirnya terjawab sudah persoalan di mana kami warga guru pelatih bakal ditempatkan. tahniah diucapkan untuk semua!

hanya dalam beberapa hari sahaja lagi diri akan dihantar ke bumi borneo. sehingga sekarang, hati dan minda tidak tahu apa yang difikir apa yang dirasa. boleh mengenali negeri bumi kenyalang. gembira? berada jauh dari keluarga. sedih? saya akan bermastautin di sana. sumpah rasa tidak percaya dengan keadaan ini.

umi dan bak sudah mula membilang hari, berharap akan keajaiban untuk pertukaran ke semenanjung. hanya satu yang diharapkan sekarang, ia bukan di pedalaman. risau akan banyak perkara. tetapi saya perlu kuat. jika sedih, yang lain akan turut resah. itulah perlunya senyuman, menyenangkan hati insan tersayang.

sangat berharap adanya rakan baru yang boleh berkongsi suka dan duka, juga berharap dapat menjadi guru yang menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin kepada murid. pasti rindukan kelantan. pasti rindukan keluarga. moga diberi kekuatan. moga diberi kegembiraann. moga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.
 
 
ya, ini lagu lama. tetapi saya senang akan muzik yang rancak dan lirik yang sesuai dengan situasi sekarang.
 
"that girl is you yeah and that girl is me, that girl is stronger than the raging sea"

Saturday, March 1, 2014

bulan baru

..salam..

Hello March, please be good to me!

frasa yang di ungkap oleh saya setiap bulan. kononnya mahukan semangat baru.

"hati ini terdetik untuk menjadi seorang pensyarah selepas memerhatikan cara ayah bekerja. banyak juga kelebihan. jadi, saya perlu sambung belajar lah kan. dapatkan status master dan phd. tetapi kalau buat research untuk degree pun mengeluh? berjaya jadi guru pun bersyukur sangat. apapun, saya tak main-main. jika berpeluang, saya mahu cuba usahakan untuk kejar cita-cita ini. insyaAllah."

itu semangat dan harapan saya untuk kali ini. bertambah lagi azam.
sila ukir senyuman. sila fikir positif. ayuh jalani hidup dengan sebaik mungkin. :)

Friday, February 28, 2014

penempatan sekolah

..salam..

bulan Februari bakal berakhir. bulan Mac pula akan menyusul.

tak dapat lelapkan mata, jadi luangkan masa menaip di blog kesayangan. tiba-tiba teringat tentang di mana warga guru pelatih akan di lempar hantar untuk mengajar. risau seandainya perlu mengajar di sekolah pedalaman. minta dijauhkan. juga tak mahu menyeberangi laut untuk ke borneo. walaupun sewaktu interview mengatakan rela ditempatkan di mana-mana sekolah di Malaysia, maaf saya tidak jujur.

terkejut semalam disakat oleh seorang rakan. tiba-tiba di malam hari kononnya pegawai pendidikan menelefon dan menyatakan yang saya perlu melapor diri di jabatan pendidikan negeri Sabah pada hari isnin minggu hadapan. disebabkan suara yang seakan-akan pegawai berdedikasi, sumpah saya percaya. lurus bendul betul. mati lah saya kalau dia jenis ber'mulut masin'. ketuk dia baru tahu. haishh. tak nak!

sebolehnya tak mahu mengajar di negeri pantai timur. cuba bayangkan dari kecil sampai besar berada di sini. tiba-tiba sampai ke tua? ohh pliss. sekurang-kurangnya biarlah beza dari sekolah ke kampung halaman adalah beberapa jam. rasa juga diri ini merantau. okey demand. apapun, nak tak nak kena terima kan. moga saya ditempatkan di sekolah yang punya guru dan murid yang baik-baik sahaja. Aminn.

sudah berbulan-bulan berada di rumah. bosan juga. nak buat kerja sambilan. tetapi bagi orang yang tiada kenderaan sendiri, kena sedar diri supaya tidak menyusahkan orang lain walaupun berniat baik iaitu mengumpul duit poket. tetapi ada juga kelebihan goyang kaki di rumah tau. boleh lah berehat-rehat bersama keluarga sebelum sibuk dengan segala mesyuarat PIBG, pelaksanaan PBS dan bla bla bla. 

yang penting, sangat mahu menjadi guru yang serba boleh dan disayangi ramai. demand lagi. okey niat asal, mencurahkan ilmu sebaik mungkin kepada murid untuk jadi insan berguna. insyaAllah saya usaha sedaya upaya. janji! :)

ada gaya seorang guru kan? :)

Friday, September 20, 2013

Done!

..salam..

Alhamdulillah. terasa senang benar hati di hujung minggu ini.
Seminar Penyelidikan Tindakan 2013 semester 8 IPG-Kampus Kota Bharu
akhirnya tamat setelah 17/9-19/9 berkampung di Bukit Keluang Beach Resort.
memori yang sangat indah telah terukir. :)
 
sebagai pembentang ke-8, sumpah hati dup dap dup dap bila nak bentang kajian tindakan termasuk nak berdepan dengan persoalan daripada panel penilai. tetapi syukur segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. tepat pukul 2 petang pada 17/9 saya hilang satu beban. hoorayy! memang lepak sakan dengan rakan dan taulan sepanjang berada di sana. makan lena tidur pun kenyang. :)

namun, tetap timbul raya sayu bila hati teringat, hanya 8 kali Jumaat sahaja lagi kami akan berkumpul bersama. kelak, kami mula membawa haluan masing-masing. pasti suatu hari nanti, masing-masing tersenyum sendiri bila mengimbas kembali cerita lama gambar lama. jangan lupa antara satu sama lain pliss! :)

sedikit memori untuk dikongsi,

pembentang ke-8.
jieja-kina-ila-noni-tiqah. :)
pembentangan pertama, masing-masing tak mampu senyum.
kalau dah tangan tak jelas, excited melampau lah tu kan.

bina masjid pasir setelah selesai semua. naib johan okey! :)
we are one!
menunjuk-nunjuk bilik yang selesa. hehe.

okey, tak perlu nak honeymoon sangat lah kan. assignment ada lagi satu, AR kena lengkapkan, exam pun belum. adeh. kembali sedar yang diri masih lagi bergelar guru pelatih. otak kembali bekerja.

xoxo





Tuesday, October 2, 2012

berbagai-bagai

..salam..

tarik nafas dalam dalam.. hembus! fuhh fuhh. okey, dah hilang segala habuk.

dah berkurun tak update blog. banyak benda nak kongsi. kalau dengar tuan blog ni bercerita, dua hari dua malam pun tak cukup. cakap banyak. tapi, taip punya pasal, cukuplah sehari semalam. :P

sila ketahui bahawa praktikum fasa dua dan assignment yang dah berfasa-fasa telah berakhir. yezzaa! hanya untuk semester ini actually. apapun, rasa senang hati sangat. sumpah penat dengan semua itu. tak pasti hasilnya, tetapi saya harapkan yang baik. exam tak sampai sebulan lagi. adoii. boleh tak bagi saya ruang masa lama sikit? boleh, tapi bina ipg sendiri. =.='

lupakan kisah tu. lupakan juga kisah lain yang tak disenangi. nanti hilang rasa nikmat bersenang-linang. lebih baik ceriakan hari-hari dengan senyuman. chewahh. padahal lebih, selalu ketawa tak ingat dunia. maaf kurang sopan.

***

rindu. rindukan Haziq Akashah. cantik nama ni kan.sejuk hati bila mana dia yang berumur sembilan tahun ini akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. puasa enam hari di bulan Syawal pun sentiasa cukup. dan dia pernah tanya,

cikgu puasa enam tak hari ni? kalau puasa. tak boleh garang, nanti pahala kurang.

tersenyum dengar tu. suka. tiba-tiba rasa bias sebab rindu dia. okey okey, rindu semua ahli kelas 3 Mahir dan 5 Kreatif. belajar rajin-rajin. :)

satu lagi cerita. murid-murid perempuan menangis bagai nak rak time hari terakhir praktikum. bukan nak tunjuk saya cikgu penyayang. lagipun, ada cikgu kata diorang memang jenis "drama". ohh. tapi tak perlulah sampai hampir satu blok pun dengar kan girls? lain kali kita hangout ye. :)

practicum-mate. rindu nak bergosip. teehee. :)
maaf puan guru besar. buat kerja last minute memang comot. =.=
semestinya ungu kegemaran saya. erk saya pakai pink? rabun warna sekejap.
sila ketahui bahawa saya penggubal soalan ujian matematik di atas. hoho.


***

pasal assignment. nak kongsi gambar projek matematik. bina monumen dan permainan geometri. puan, hadiahkan kami A diatas kegigihan kami ni boleh? hehe.

robingo pecahan. pernah main bingo? haa, kalau tak memang ketinggalan zaman la. :P
persiapan tempat.
sekitar kawasan monumen. jom melancong seluruh dunia! :D
taj mahal, piramid, opera sydney - binaan 'melintang'
eiffel tower, klcc, tower bridge - binaan 'menegak'
 cukup. akan bersambung..

Wednesday, May 16, 2012

special days

..salam..

hari bermakna yang pertama khas ditujukan kepada para pendidik. semua orang tahu tanggal 16 Mei merupakan hari istimewa untuk semua guru bukan. jadi kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan,

Selamat Hari Guru!

bersyukur dengan kehidupan sekarang. saya yang pernah di didik oleh guru-guru bakal mendidik generasi baru pula. chewahh. ayat bangga menjadi guru. seperti mana yang saya peroleh sepanjang belajar, seperti itu juga lah yang saya akan lakukan ketika mengajar. nilai lagu Kami Guru Malaysia yang best juga pasti diamalkan. tapi.. tema hari guru tak rasa nak ambil tahu pula. hehe.

kepada ayahanda tersayang, En Hasshim.
semoga Allah merahmati insan yang bergelar guru ini. :)

seterusnya, khas ditujukan kepada bonda tercinta, Pn. Wan Norizan. 
Selamat Hari Ibu! semoga Allah merahmati insan yang bergelar ibu ini. :)



okey fokus kepada belajar sekarang. konon. actually, sibuk main game. ohh pliss pergi jauh si Malas.

Sunday, April 15, 2012

cukup sebulan

..salam..

Alhamdulillah, praktikum fasa 1 telah pun selesai. dan ia berakhir dengan satu senyuman. moga senyuman akan sentiasa terukir untuk yang seterusnya. :)

teringat pula akan beberapa perkara yang berlaku di sekolah. nak kongsi lahh..

***

-situasi di kelas 3Mahir-

pertama:

sewaktu saya menyuruh mereka membuat kerja masing-masing, kelas jadi bising terlampau. saya mengingatkan mereka jangan bising tetapi tak berhasil. akhirnya,

cikgu kata diam! awak darjah 3 patut jadi contoh kepada adik darjah 1, 2. ni tidak. awak tak hormat cikgu langsung kan. bla3. [membebel dengan nada suara yang separuh menjerit]

kelas senyap sunyi sampailah masa rehat. tiba tiba saya terdengar Haziq 3M yang talkative berbisik kepada kawan dia semasa keluar dari pintu bilik darjah,

Syakir, nama cikgu tu cikgu Dangerous. bahaya weyy [tuding jari kepada saya]

haishh suara saya yang lemah gemalai ini boleh jadi menakutkan ke? atau muka saya kelihatan seakan akan monster time tu? hehe. macam macam hal Haziq ni.


kedua:

hari kedua masuk 3M, Mukhri mengajukan soalan kahwin kepada saya. padahal saya bersemangat nak mengajar topik masa pada hari itu. chewahh berdedikasi pula. :p

Mukhri: cikgu dah kahwin?

Afrina+Afifah: tu pun tak boleh fikir. cincin tak ada inai tak ada, mestilah belum. eh tapi cikgu mesti ada gewe' kan?

satu kelas: cikgu tipu kalau cikgu kata tak ada. [suasana jadi riuh]

saya: haishh awak ni, lagi tipu kalau cikgu kata ada. okey, kita sambung belajar topik masa. nak ajar cara baru untuk bahagi ni. cepat buka buku.

Amir: kalau macam tu, cikgu kenal cikgu Azrien. dia mengajar sini dulu. cikgu ambil lah dia, nama pun dah hampir sama.

satu kelas: cikgu ambil lah dia. kami suka dia. dia best.

terkedu sekejap, murid zaman sekarang dah pandai fikir pasal jodoh. dulu, saya hanya sibuk kahwinkan anak patung barbie saya. hehe. budak kecil kan, tak terfikir sesuatu yang serious pun. terpaksa tutup topik dengan menegaskan suara suruh buka buku. belajar!


ketiga:

Ezariana: cikgu reeni, saya pandai buat origami ikan. saya buatkan untuk cikgu satu ye. lepas tu, cikgu kena baca nota yang ada dalam perut ikan tu.

saya: eh, kenapa "janganlah bersedih"? [selepas lima minit]

Ezariana: sebab cikgu selalu nampak penat, sedih setiap kali masuk kelas ni. kesian cikgu budak budak lelaki nakal.

terharu pula bila ada yang memahami hati ini walaupun tidak diluahkan. memang sangat penat jiwa dan raga. sabar sabar. dalam banyak banyak benda, bagi saya ia adalah hadiah yang lain dari yang lain. thanx my dearie little girl! :)


keempat:

Haziq: cikgu reeni, cikgu kenal geng K-Pop? Super Junior, Beast? kalau kenal cikgu minat siapa?

saya: kenal. cikgu minat Big Bang. [boleh pula saya melayan murid petah ini]

Ayie: saya minat Taeyang Big Bang. lagu baru yang Blue tu best kan cikgu.

ohh, kami mula rancak bercerita. adehh. terpengaruh pula cikgu untuk bercakap tentang itu dengan murid. tak sangka ada geng. hoho.


fokus kepada hadiah yang mengharukan. :')

gadis cilik yang gemar berbicara tentang agama. good girl aisyah. :)

teman setia cikgu reeni. hee. :)

kelas yang penuh dengan gelak tawa. miss that moment. <3


-situasi kelas 3 Kreatif-

pertama:

kelas yang sentiasa menjadi bualan para guru kerana terlampau nakal. sampaikan ada guru yang kehilangan suara tau, sebab terjerit jerit menyuruh mereka berkelakuan baik. bimbang sewaktu mendengar itu. okey, be strong!

mula mula masuk, semuanya baik. tetapi tiba-tiba suasana jadi huru hara seakan akan berada di medan perang. Maznan yang sememangnya dikatakan bermasalah oleh guru mengambil pembaris panjang besar sebab nak pukul kawan. kawan kawan lain pula mengambil penyapu sebagai pelindung. ottoke ottoke?

oleh kerana ingin melarang Maznan berbuat sedemikian. saya mengambil penyapu salah seorang murid dan menghalang. erk, tak pasal pasal main pedang pedang dengan murid. buat malu je. mujurlah tiada guru mahupun murid di luar kelas. saya takut dipukul lah. Maznan menangis bagai nak rak sebab tak puas hati. adoii. sesi memujuk bermula. tetapi tiba tiba Arissa bagitahu,

dia selalu macam tu cikgu. buat tak tahu je. dia akan okey dengan sendiri.

ohh, ok bagi ruang. kembali mengajar. maafkan cikgu yang kurang penyayang ini. huhu. apapun, setelah mengetahui masalah keluarga yang menjadikan dia begitu, timbul rasa kasihan. cikgu doakan Maznan baik baik sahaja. :)


kedua:

pernah sekali saya lupa masuk ke kelas pukul 10.45 pagi. ingatkan 11.15. satu kelas pergi panggil suruh masuk kelas 3K. terasa diri disayangi. ye lah, tak sabar sabar suruh saya masuk. hehe. konon. timbul lagi masalah bila mana berebut rebut nak bawa barang saya. yang itu nak pegang laptop. yang ini nak pegang file. yang paling kelakar, walau hanya sehelai kertas pun nak dipegang. Maznan sekali lagi buat hal bila saya kata,

Maznan, tu bukan cikgu punya. jangan ambil ye. awak pegang yang ini.

oleh kerana tak suka dihalang, dia menangis merajuk dan terus masuk ke dalam almari kelas. Ya Allah, matilah saya kalau ada guru lain tengok. sekali lagi memujuk dengan suara yang sangatlah lemah lembut dan mengajak untuk ambil gambar bersama. barulah tersenyum sampai ke telinga. isy isy isy. hm, kalau lah awak semua ada di Ipg, untung cikgu sebab tak penat. :P


ketiga:

Ayu: cikgu, kenapa suara cikgu lembut sangat?

saya: tak suka macam tu? okey, cikgu buat garang sikit.

Ayu: eh, tak apa. saya suka macam tu. haa, baju cikgu beg cikgu kasut cikgu pun saya suka. cikgu... bla3.

apakah itu yang dinamakan bodek? abaikan. banyak yang ditanya dan dicerita. puan Guru Besar, saya nak ambil tahap dua pula boleh kan nak merasa mengajar murid yang sedikit matang. huhu.


keempat:

Asy Faizal: cikgu, cikgu last hari khamis ni kan? lepas cikgu pencen cikgu nk buat apa?

saya: isy. cikgu tak pencen. cikgu nak sambung belajar. pencen tu untuk orang umur 60 tahun.

Long Firdaus: oo. cikgu cikgu, pindah sekolah la? cikgu tingkatan berapa?

saya: cikgu tak pindah sekolah, cikgu sambung belajar. masuk universiti dah. [baru lah faham. adehh]

kepala pusing. pening juga nak menjawab soalan yang pelbagai. sungguh mereka punya sifat perasaaan ingin tahu yang tinggi. memang semua guru mempunyai hati yang cekal kan.


terima kasih sebab beri kerjasama dan banyak tolong cikgu. :)

dia lah Maznan, istimewa di mata saya kini. :)

dua ratus cukup. terima kasih Malaysia! hehe.
ada murid kata hadiah yang berwarna biru itu sepatutnya bagi dua sebab kecil. amboii.


***

cukuplah beberapa cerita yang ingin dikongsi. penat dah nak menaip. saya pasti rakan rakan seperjuangan turut punya pelbagai cerita. ia memori yang indah kan. :)


p/s:

kepada Kak Yah PK Ko, Haji Li yang sangat lah sporting dan Kak Ti tauke kantin yang baik. terima kasih! :)

kepada Mc'Na dan Nia wakil Pmu, teringat time bermain teka teki setiap kali pulang daripada kokurikulum petang. gelak ketawa bersama. rindu. :)