Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts

Monday, August 1, 2016

Rimas Lemas

Assalamualaikum,

Oh my Oh my. Hati sedang panas sekarang. Saya rimas lahh. Saya lemas okeyy. Boleh tak kalau kita hidup cara masing-masing. Awak dengan dunia awak, saya dengan dunia saya. Cuba lah faham, saya tak nak ada kena mengena dengan suami o bapa orang. Faham tak kita bukan lagi dalam situasi single-mingle nak bercouple-couple bagai. Lagikan saya tak suka kalau ada orang ganggu pasangan saya, tak akan lah saya nak mengganggu pasangan lain pula. Saya faham rasa sakit tu macam mana dan saya tak akan buat benda yang sama. Pliss lahh, saya tak tahu nak jelaskan macam mana lagi dah supaya awak faham apa yang awak harapkan tu salah. Tak rasa bersalah ke? Saya cakap elok-elok sebab tak nak gaduh tak nak ada dendam. Kita dekat kan, tak seronoklah kalau berjumpa jadi kekok diam seribu bahasa.

Sekarang banyak tanya pasal boyfriend saya. Saya ada boyfriend ke saya tak ada boyfriend ke itu hal saya. Awak yang tinggal biar saya tergantung tak bertali. Tiba-tiba bila saya dah cukup senang hati awak datang nak huru-harakan. Sedar status awak pliss. Ye, kita ada text tapi untuk pengetahuan awak, perasaan sayang rindu saya pada awak dah tak ada walau sebesar kuman pun. Sumpah saya tak pernah anggap lebih daripada itu. Apa yang dilakukan semua atas dasar tali persaudaraan. Tapi tak sangka awak serious sampai fikir ke lain, sampai nak berdendam pula tu. Nak ugut apa lagi? Saya sudah cukup penat dengan ugutan awak. Buatlah sesuka hati awak, terpulang. Tetapi ingat, jangan libatkan orang-orang penting di hati saya. Cukup antara kita. 

Awak nak stop semua ni bila saya dah ada pasangan, bila saya dah kahwin. Awak tahu saya belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat kan. Banyak perkara yang masih perlu saya selesaikan sebelum memikul tanggungjawab yang sangat besar. Sebab tu awak dengan yakinnya memberi syarat sedemikian rupa. Tak akan lah saya nak kahwin kontrak cari suami upahan semata-mata untuk hentikan gangguan awak. Tak cukup lagi ke jawapan  "harap awak doakan yang terbaik untuk saya dan dia". Cukup mudah untuk difahami kan, saya ada dia. Walaupun sebenarnya saya takut untuk terlalu yakin, tetapi masih berharap agar tiada lagi situasi itu ini yang akan membuat saya buntu dan tidak mahu peristiwa pahit berulang kembali.

Apa lagi yang awak nak. Saya jadi yang kedua? Saya jadi simpanan mainan awak? Apa yang awak tak puas hati dengan saya sebenarnya. Kononnya dulu pernah persoalkan kenapa sebelum ini saya memilih dia dan bukan awak. Okey saya akui masalah yang sama berlaku dalam perhubungan saya dengan dia dan saya dengan awak, perempuan. Tetapi yang membezakan awak dan dia, sekurang-kurangnya dia tahu menghargai dan apa yang penting, dia menghormati saya sebagai wanita. Tapi awak? Pernah awak teruja bila saya lakukan sesuatu yang konon-kononnya sweet? Tak. Pernah awak ada disaat saya susah? Tak. Hakikatnya, jawapan dari awak untuk kesemua soalan saya adalah TAK.

Tak tahu nak berkongsi dengan siapa tentang cerita ini. Tiada siapa akan faham. Saya pasti saya yang akan dipersalahkan. Mujurlah ada Allah untuk mengadu, ada diari untuk mencatat. Sedih. Serabut. Ya, boleh sahaja saya abaikan semuanya. Anggap kami tidak pernah kenal selama ini. Tetapi atas dasar persaudaraan, saya tak nak hanya kerana cerita ini, hubungan yang cukup menggembirakan apabila berkumpul bersama menjadi sesuatu yang suram kelak. Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk kebaikan bersama. Awak, kekal lah setia kepada dia yang berusaha menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Perkara lepas biarkan berlalu. Sebelum hal ini diketahui, hentikan. Sungguh-sungguh saya meminta, tolong.. tolong pergi.

p/s: niat hati mahu berkongsi post berkenaan hari lahir kesayangan-kesayangan saya di bulan julai akhirnya terbantut. haihh.

Sunday, May 29, 2016

cerita hati

Assalamualaikum,

Sambil mendengar dua lagu favorita bulan ini, Sudah Ku Tahu dan Hidup Dalam Mati, hati rasa nak bercerita pula. Konon mood cinta. Tak payah nak cinta-cinta sangat lah. Aisyy.

Siapa sangka saya di sapa seseorang untuk berkenalan. Kenapa saya kata tak sangka. Sebab saya bukanlah seseorang dalam golongan terpilih, banyak kurang sana sini. Jika ada 100 orang perempuan beratur untuk dipilih, mungkin saya orang yang ke-99 terpilih. Macam tak laku sangat kalau nak tulis dapat tempat ke-100. Saya tak adalah teruk sangat kan. Eh tapi ke-99 pun tak apa, saya sudah cukup berbangga dengan diri sendiri yang hebat ini. Okey, angkat bakul sendiri. Cukup, kembali kepada cerita.

Persoalan ini telah disampaikan oleh orang tengah, bukan dari tuan empunya diri. Sudikah saya? Jujur cakap saya tak tahu apa jawapan yang paling sesuai untuk dibalas. Saya tahu itu hanya  pertanyaan awal perkenalan, tetapi situasi sekarang sudah cukup berbeza. Sudah berumur 26 tahun, tiada lagi istilah cinta monyet main-main, jawapan pun perlu lebih serius. Tetapi, saya diamkan sahaja. Keliru sebenarnya. Keliru sama ada mahu setia menunggu atau menerima dia yang baru muncul. Sesetengah menasihatkan agar setia menanti satu hubungan yang telah diluahkan walaupun mereka juga tidak pasti adakah happy ending akhirnya. Sesetengah pula menasihatkan saya tidak boleh terlalu yakin dengan penantian yang agak kabur bagi mereka dan terima dia yang kelihatan jujur ikhlas itu. Ditambah pula ayah kami saling mengenali, kebetulan. Itu pemudah cara katanya. Last-last saya berdoa agar Allah tunjukkan jalan terbaik. Jika seseorang Adam itu telah tertulis untuk saya, maka dekatkanlah dan jika dia bukan jodoh saya, jauhkanlah bagi mengelakkan dari segala kesulitan.

Nak dijadikan cerita, tidak lama selepas itu tiba-tiba saya dapat tahu berita pertukaran dia ke semenanjung. Sedekat-dekat kami yang hanya berselangkan lima lorong taman perumahan akhirnya jauh terpisah di antara bumi kenyalang dan negeri selatan. Bukanlah saya terlalu pasti doa saya terjawab, tetapi tak mustahil berita ini adalah satu petunjuk. Akhirnya persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Mungkin itulah yang terbaik. Semoga awak bertemu dengan wanita terbaik di sana ye. Teringat pula kata-kata guru kesayangan, saya seharusnya berterima kasih kepada seseorang sekiranya dia menyatakan perasaan suka, bukan membenci. So, thank you awak. :)

Okey, ada extra dua cerita. Hee.

Cerita kedua, saya tak mahu panjang lebarkan, tetapi sebagai catatan hati, saya tetap nak kongsi. Dia kembali. Saya tak sangka, tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan. Ia benar-benar berakhir untuk kami, tiada lagi jalan untuk teruskan. Kekal lah setia kepada dia yang taat kepada awak. Tak nak menjadi punca perbalahan kalian. Bila difikir kembali, kenapa baru sekarang awak nak cari, kenapa bukan dari dulu awak cuba usahakan seperti mana yang awak cuba sekarang. Sudah terlambat, cukuplah kita kekal seperti sekarang. Jangan ada perasaan tak puas hati ye, sesama doakan yang terbaik untuk diri masing-masing. :)

Cerita terakhir, tentang dia. Mereka yang berpengalaman di dalam dunia cinta dan tahu akan cerita ini mula membebelberi nasihat kepada saya. Pada mulanya rasa agak yakin dengan keputusan yang telah saya pilih, tetapi disebabkan beberapa situasi yang berlaku semenjak dua menjak ini, hampir sama dengan kisah beberapa tahun yang lalu, saya mula rasa buntu.  Saya sebenarnya tiada hak pun untuk pertikaikan apa-apa. Cuma masih trauma akan pengalaman itu. Setahun hidup terumbang-ambing. Setiap malam menangis sehingga sakit kepala, ilmu pun tak mampu disimpan sehingga terpaksa meniru di dalam peperiksaan. Mendapat berita sedih tentang diri sendiri, kehilangan seseorang yang dekat di hati, kehilangan rakan-rakan tersayang pada masa yang sama. Sumpah itu sukar bagi saya.

Sekarang, hati seakan-akan terasa perkara yang sama akan berlaku, sesuatu yang menyedihkan. Adakah saya paranoid atau hati ini benar ada deria keenam dapat mengesan sesuatu. Kata mereka, jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Walau dalam sesaat, macam-macam boleh berubah. Saya tak nafikan itu benar. Sebolehnya saya nak buang jauh-jauh fikiran negatif, jahat lah saya kiranya bersangka tidak baik kepada mereka yang sangat baik. Haihh. Saya sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan. Kononnya sedang bersedia untuk redha dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, jauh dari sudut hati, ada juga niat untuk bertahan walau tiada hitam putihnya. Tak salah berusaha. Tambah pula, ada yang excited menyokong. Thank you buat classmate dia, yang juga kini menjadi classmate saya. Entah, benar-benar buntu untuk mengambil jalan terbaik agar hati tidak menangis lagi. Yang saya tahu, saya cuma mahukan kebahagiaan selepas semua yang berlaku. Moga Allah makbul.

Umi kata, jangan susahkan hati dan minda. Kalau dah jodoh, walau sejauh dan sesusah mana, akhirnya tetap bersama. Kalau dah tiada jodoh, walau ditatang sekalipun, tetap tak akan bersatu. Apa kesudahan jodoh saya kelak? Saya serahkan semuanya kepada Dia yang satu. Masih ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan sebelum memikul tanggungjawab yang besar. Wish me luck guys. :)


Hanya kenangan. Gambar pertama dan terakhir yang disampaikan daripada ayah-ayah. Pandai si anak curi-curi snap gambar. =_='

Friday, March 28, 2014

Bumi Borneo

..salam..

akhirnya terjawab sudah persoalan di mana kami warga guru pelatih bakal ditempatkan. tahniah diucapkan untuk semua!

hanya dalam beberapa hari sahaja lagi diri akan dihantar ke bumi borneo. sehingga sekarang, hati dan minda tidak tahu apa yang difikir apa yang dirasa. boleh mengenali negeri bumi kenyalang. gembira? berada jauh dari keluarga. sedih? saya akan bermastautin di sana. sumpah rasa tidak percaya dengan keadaan ini.

umi dan bak sudah mula membilang hari, berharap akan keajaiban untuk pertukaran ke semenanjung. hanya satu yang diharapkan sekarang, ia bukan di pedalaman. risau akan banyak perkara. tetapi saya perlu kuat. jika sedih, yang lain akan turut resah. itulah perlunya senyuman, menyenangkan hati insan tersayang.

sangat berharap adanya rakan baru yang boleh berkongsi suka dan duka, juga berharap dapat menjadi guru yang menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin kepada murid. pasti rindukan kelantan. pasti rindukan keluarga. moga diberi kekuatan. moga diberi kegembiraann. moga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.
 
 
ya, ini lagu lama. tetapi saya senang akan muzik yang rancak dan lirik yang sesuai dengan situasi sekarang.
 
"that girl is you yeah and that girl is me, that girl is stronger than the raging sea"

Friday, February 14, 2014

jawapan

..salam..

bebrapa hari lepas berkongsi rasa keliru. hari ini nak update tentang persoalan itu,
seandainya cukup sebulan ia tetap sama. noktah adalah jawapan saya.
*saya tunggu bermula dari saat ini*

setelah difikir-fikir walaupun masih tidak berapa yakin. setelah disiasat-siasat walaupun kurang pasti, tetapi saya memilih untuk mengaku kalah jika cukup sebulan keadaannya masih begitu. penat menunggu janji. tiga kali pernah ada hubungan, ia adalah pengalaman yang memberi pengajaran. 

ini lah kali pertama saya memilih untuk mengangkat bendera putih tanda kalah terlebih dahulu. ini lah juga yang paling singkat tempoh masanya. ingat senang nak buat keputusan. saya orang yang memang tak akan sebut clash terlebih dahulu tahu tak. konon takut menyesal. sekali sayang, memang sayang betul. tapi sampai bila nak makan hati. sedih tapi ini yang terbaik. mungkin.

teringat waktu bebas selama tiga tahun. hanya fikir keluarga dan rakan. tiada air mata pun. makan lena tidur kenyang. mahu rasa bahagia begitu. kalau ada pasangan yang boleh buat kita rasa macam itu memang tak lepas lah. saya perlukan seorang Adam yang betul setia, betul jujur. itu tanda sayang. tak mahu berkongsi kasih sayang. tiada perempuan mahukan begitu. tak percaya? haa, tanya sekarang.

umi, kawan umi termasuk mak saudara memulakan operasi pencarian. maklumlah, tak laku. bukan tak laku okey. mahal. hehe. mungkin saya mendapat jodoh melalui cara bercinta selepas kahwin. susah mahu jumpa yang boleh sayang, yang terima seadanya. tetapi tak mustahil ada kan. insyaAllah. nak yang baik? semua orang baik sebab orang boleh berubah. cuma hati kena tetap. jangan cakap tapi tak buat.

terima kasih dan maaf untuk semua. sangat menghargai segala apa yang diberikan dan ditunjukkan. bahagia. tidak tahu sama ada telah memilih jalan yang betul atau salah. apapun, kalau ada jodoh. walau sejauh mana berada walau sesusah mana kena hadapi, akan tetap bersama. doakan yang mana terbaik untuk kita semua. mahu kuat seperti biasa. sibukkan diri dengan keluarga dan rakan. sibukkan minda pasal kerjaya, kumpul duit. kata nak bawa family pergi Korea? hohoi.

apa yang ditazkirahkan oleh kawan kepada saya, Allah sudah tetapkan segalanya. cuma cepat atau lambat sahaja. kenapa sibuk sangat pasal jaga hubungan dengan manusia, hubungan dengan Allah pun tak terjaga. okey terkena batang hidung.

p/s: lagu awak untuk saya - Setia Hujung Nyawa sentiasa dalam ingatan. :)

Thursday, November 14, 2013

13.10.13

..salam..

tarikh keramat bagi semua warga semester 8
senyum tanda gembira tamat belajar
juga menangis tanda perpisahan

sumpah diri tak henti-henti mengalirkan air mata time tengok gambar kami bersama. sambil dengar lagu cinta. dah kenapa nak dengar lagu cinta kalau berkaitan dengan sahabat kan? pelik. terdetik di hati, pasti sukar untuk bertemu kelak. hanya doa mampu dikirim. :'(

walaupun persahabatan di bangi hanya satu tahun setengah dan di kota bharu hanya empat tahun. bukan selama lima tahun setengah seperti mana rakan yang lain. tetapi hati tetap berasa sangat kehilangan. tidak lagi dapat melihat gelagat nakal kaum Adam dan gosip riuh kaum Hawa nanti. sumpah rindu! :'( 

teman, mohon maaf dan terima kasih untuk segala-galanya.
moga kita mendapat yang terbaik seperti mana yang diharapkan.

satu lagu ikhlas dari hati. walaupun lagu telah berkurun lamanya, ia tetap menjadi carta hit mp3 saya sejak dari sekolah. bermakna. moga bertemu kembali semua. :)


#kalau buat nasi minyak, jangan lupa jemput saya pliss. adehh jeles. =.='
#tak sabar nak kongsi segala gambar riang ria bersama. tungguu. :)

Monday, June 17, 2013

lelaki idaman :)

..salam..

semester lapan baru sahaja bermula. sepatutnya fikir tentang buku-buku rujukan tetapi tiba-tiba gedik nak fikir pasal lelaki idaman. sorry. bukan apa, sempat berbual dengan rakan-rakan yang telah bertunang juga berkahwin. happy sungguh gayanya. jadi terfikir sejenak.

bagi saya, lelaki..


#haruslah cukup amal ibadatnya. sekaligus akhlaknya juga akan baik kan.

#yang berbaju melayu adalah yang paling handsome! sejuk mata memandang.

#serba boleh dalam bertukang segala benda walaupun kerjayanya lain adalah hebat!

#tidak merokok 1 / 1000. nak yang satu itu sebolehnya. sayang paru-paru itu pliss.

#yang ada unsur kecindan boleh menghiburkan hati. pasti ketawa senyum selalu.

#kelihatan penyayang bila dia sukakan kanak-kanak. itu sifat kebapaan. chewahh.

#garang tidak disukai. siapa mahu jka tinggikan suara marah tak tentu pasal. no!

#yang gatal setia adalah lelaki yang paling kuat hatinya. itu bukti sayang.

# kaya? kacak? romantik? ohh itu bonus melimpah ruah!
tetapi yang biasa-biasa pun cukup bermakna. :)


tapi, siapalah saya yang terlalu banyak kekurangan untuk memilih itu dan ini. kadang berasa tidak layak untuk berdua. apapun, yang paling diharapkan hanyalah menerima saya seadanya, menyayangi saya sepenuhnya, dan bersama-sama ke arah kebaikan. itu doa saya.

ramai yang mula bertanya tentang pasangan kepada saya. orang-orang tua memang gemar dengan perkara-perkara macam ini kan. persoalannya, pilihan keluarga atau pilihan sendiri lebih baik? haihh. yang pasti  hati berkata, si pemilik tulang rusuk ini ada bila sampai masanya.

awak, moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai kelak.
 bahagia begini sehingga ke jannah. insyaAllah.

p/s: sebelum ini Daesung. sekarang tengah excited dengan Markonah cakap pasal Adi Putra. ohh, melting! teehee. setia berbelah bahagi.

Monday, November 26, 2012

salah faham

..salam..

dapat dua berita yang sangat mendukacitakan. kenapa setiap apa yang saya cuba lakukan, segalanya hanya akan berakhir dengan sesuatu yang buruk. hati remuk.

perlu ke saya jumpa setiap orang dan menjelaskan situasi sebenar. saya akan kelihatan seperti orang bodoh yang cuba membetulkan keadaan tetapi tetap dipandang sinis kan. atau, perlu ke saya mengucapkan Demi Allah bagi membuatkan mereka percaya bahawa apa yang disampaikan adalah terpesong. kecewa.

Demi Allah,

saya tak pernah menyatakan saya tak suka dia mendekati keluarga saya. sejak sekolah kami berkongsi segala cerita, tiada istilah benci bagi saya. :'(

dan

sedangkan dia seorang yang saya kasihani dan hormati, tiada kata-kata negatif yang teruk seperti itu mahu diucapkan. salah tafsir. ikhlas membantu. :'(

kata-kata saya didengari. tetapi jika mendapatkan isi di pertengahan tanpa mengetahui awal dan akhir, bukankah hasilnya akan berlaku salah faham? lagi, adakah benar-benar jelas setiap perkataan yang dihimpunkan dari jarak yang samar-samar suara kedengaran? fahamkan dengan baik. sahkan daripada saya.

diikutkan hati, mahu rungkaikan segala apa yang tersirat satu per satu. tetapi terpaksa berdiam diri dan berlakon seperti tiada apa-apa terjadi. kononnya tak mahu perkara buruk berlaku. apapun, hanya meluahkan kepada ibu bapa, Allah dan blog-kerana tiada siapa tahu akan situasi ini- sudah cukup melegakan.

saya bukan seorang yang baik, tetapi juga bukan seorang yang jahat. ya, saya tahu tak ada orang akan percaya. saya sudah dipandang serong. lali mendapat kata-kata tajam dari belakang, tetapi tetap berharap pandangan negatif tidak berterusan.

mengharapkan yang baik daripada-Nya. aminn.

Wednesday, October 17, 2012

I'll be alright.

it's hurt. too much.
 *
behind these eyes
there is a girl trapped within her pain
a girl feeling all the emotions
of anger and sadness
she's fighting for a way out.
*
if only they know all the truths
they will never think anything bad 
 *
tired of getting lied to
tired of being used
tired of fake people
tired of pleasing everyone.
just tired.
*
she cries
not because she is too weak
it's because she has been strong for too long.
*
sad and lonely
but having nobody to comfort her
so she wore a mask that always smiled
to hide her feelings behind a lie.
*
wait, one more thing
that girl is ME.
"Live like Spongebob and Patrick, laugh out loud all day without any reason, and annoy the mean people with your happiness." - Anonymous
"When I despair, I remember that all through history the way of truth and love have always won. There have been tyrants and murderers, and for a time, they can seem invincible, but in the end, they always fall. Think of it..always." - Mahatma Gandhi
"There are moments when I wish I could roll back the clock and take all the sadness away, but I have the feeling that if I did, the joy would be gone as well."  - Nicholas Sparks, A Walk To Remember
I'll be alright.





Sunday, July 15, 2012

kembali bangun

..salam..

tiba tiba saya rasa saya perlukan teman-teman rapat saya sekarang. berada di sisi, bukan sekadar di dalam hati. tetapi di depan mata seboleh-bolehnya. hmm.


hampir jatuh setelah berminggu-minggu segala perkara yang tidak diundang datang tanpa henti. tetapi, tak mahu perasaan negatif sentiasa mengiringi.

baiklah, saya akan berusaha untuk lebih positif. Fighting!

Sunday, May 27, 2012

'dia'

..salam..

terkedu. terkedu teringatkan keadaan itu. sangat kasihan melihat dia yang sentiasa cuba memberi yang terbaik kepada orang-orang kesayangannya tetapi akhirnya hanya mendapat balasan dengan kata-kata serta mimik muka seakan-akan mencemuh. saya tahu saya bukanlah gadis yang tersangatlah baik. tetapi sedih mengenangkan keadaan itu berlaku bukan hanya sekali. berkali-kali. dan entah bila penghujungnya. sungguh saya berharap orang-orang berkenaan sedar bahawa segala anggapan mereka adalah betul salah. kalaulah mereka dengar setiap apa yang saya dengari daripada dia. ketahuilah segala yang berlaku adalah sebaliknya. perkara baik semata-mata. bukan hasutan dusta tetapi luahan benar. selagi hayatnya masih ada, hargailah dia dan hormatilah dia. saya tahu dia berkecil hati dengan pelbagai perkara, tetapi ia dipendam. walaupun saya bukanlah yang paling dekat dengannya. saya nampak dan saya dengar kesemuanya. mujurlah masih ada lagi sebilangan yang memahami, itulah satu-satunya jalan untuk dia. agar berasa sedikit lega dari bebanan perasaan. hanya satu diharapkan. kalian sedar bahawa dia juga salah seorang insan yang membantu kalian untuk hidup dengan baik. walaupun mungkin sedikit di mata kalian, suatu hari nanti saya yakin segala kebaikan akan kelihatan. suatu kebaikan berunsurkan sayang. kalian tidak mengetahui seperti mana kami yang sebilangan ini tahu. tentang apa, biarlah masa yang menjawabnya nanti. mahukan keadaan kembali seperti dulu. dipenuhi dengan gelak tawa. bukannya kesedihan memanjang. moga kebahagiaan sentiasa berpihak kepada kita. aminn.


*peperiksaan; sangat sangat berharap saya lulus kesemuanya. takut tidak terkira. makbulkan doaku Ya Allah. :( *

Wednesday, May 2, 2012

kisah lampau

..salam..

rajin pula rasanya nak update blog sejak akhir akhir ini. sebab sudah bebas dari segala bebanan kerja. lega yang amat. fuhhh. :)

rasa nak bercerita. semalam, baru sahaja terserempak dengan kawan sekolah menengah di shopping mall. tahu tak, soalan pertama yang ditanya adalah tentang seseorang. bila diberi jawapan. soalan bertambah dengan kenapa dan bila. anda memang punya perasaan ingin tahu yang tinggi kan. hehe. baru-baru ini, sudah dua orang kawan bertanya akan hal itu. haishh, sudah dua tahun berlalu pun masih ramai yang tak tahu rupanya. huhu. dulu, sangat segan kalau ada yang tahu kisah lampau ini. tetapi kini tidak lagi. lagipun, itu perkara biasa, ada yang happy ending dan ada yang tidak kan. yang pasti, pengalaman itu banyak mengajar saya erti keikhlasan, kepercayaan dan kesayangan. lagi satu, erti kekuatan. :)

kawan ada bertanya bila saya nak berpasangan. ohh, soalan cepumas. entah. jika ada kelak, diharapkan ia berkekalan. jika ada seorang adam yang terus pergi jumpa parents.dia pasti pilihan saya. salute lahh. susah nak jumpa orang seberani itu sekarang. eh eh, ada kawan lelaki saya buat macam itu. dan segalanya berjalan lancar. si gadis bersetuju setelah ayah merestui. so sweet. em kalau susah sangat, terserah kepada pilihan keluarga. mungkin bercinta selepas berkahwin jalan terbaik. ikut jejak bak dan umi, bahagia juga. cakap pasal jodoh lagi. gedix betul. cuma soalan yang banyak daripada kawan membuatkan saya terfikir. tipu lah kalau saya tidak pernah terfikir tentang itu. tetapi senior pernah memberitahu saya,

usaha dengan cara berdoa dan biarlah Allah yang tentukan. jangan risau, semua akan ada pasangannya cuma lambat atau cepat sahaja. yang penting, jadilah seorang yang baik. kelak, yang baik juga akan diperoleh. insyaAllah. :)

 

kebetulan, sepupu suruh saya dengar lagu ini minggu lepas. agak sesuai dengan post saya kali ini? mungkin. hehe. best. :)

Friday, February 3, 2012

cukup.

..salam..

tiba tiba rasa nak mengadu kepada cik diari saya. oleh kerana tak ramai yang tahu tentang blog ini, selamat lah sedikit nak buat luahan kan. huhu.

actually ada sesuatu yang membuatkan saya rasa kurang senang. berkenaan cerita yang direka-reka. ya saya tahu itu gurauan semata. tetapi apabila cerita itu telah sampai ke pengetahuan datuk nenek pak cik mak cik sepupu sepapat saya yang tak kenal pun siapa yang berkaitan. ohh, itu sudah lebih. saya tak kata pun saya suka. saya tak kata saya nak orang matang. padahal orang yang dikaitkan pun tak tahu apa apa. mujurlah saya sudah jelaskan kepada mereka yang lain. kenapa timbul semua itu? pandai pandai je cakap. saya suka orang yang ada sense of humour lah. sebising dan senakal daesung mungkin. sebab saya agak penyegan dan sedikit pendiam. jadi saya suka orang yang boleh buat saya selalu senyum dan ketawa. tapi kalau dah betul betul kenal, sila bersabar dengan saya yang suka bercerita ini. lagi satu, bagi saya matang itu sebenarnya memang ada pada setiap orang. dan akan berlaku mengikut kesesuaian. contohnya time interview kena cool, kalau nampak main main majikan mana nak ambil kan. huhu. bukan saya nak beremosi di pagi hari tetapi saya pernah mengalami keadaan yang sama selama tiga tahun di sekolah sehinggakan cikgu cikgu pun tahu. dan saya tak okey dengan itu. jadi, cukup ye. kalau tak, saya lempang sorang sorang. berani lah sangat kan.

akhirnya saya sudah dapat luahkan segala benda yang ada dalam minda hati ini walaupun tiada siapa yang tahu dan faham tentang ini. lega rasanya. :)

Friday, October 28, 2011

berdikari

..salam..

saya tak suka okey! tiba tiba naik angin satu badan. huhh. tak suka bila ada yang mempersoalkan tentang berdiri di atas kaki sendiri. kalau pasal diri sendiri tak apalah. masalahnya pasal saya. tak perlu bimbangkan saya. sila jaga diri masing masing. memang, memang saya anak yang sedikit manja tapi tak adalah mengada ngada sampai semua benda yang saya nak saya dapat. lagi satu, tak semestinya kalau selalu berkepit dengan keluarga bermaksud saya tidak mampu untuk berdikari. time belajar jauh nun di johor dan bangi sana tak ada pula yang nak puji saya pandai berdikari. bila kembali menetap di negeri kelahiran mula lah nak bising. kononnya, saya tak pandai berdikari, tak kenal bas, penakut. hey, semua itu membebankan anda sekalian kah? kalau ibu bapa saya mahu mengeratkan ukhuwah keluarga dengan cara sebegitu, biarlah.

*cuba anda bayangkan salah satu situasi yang saya hadapi. setiap kali pulang ke rumah dari kota bharu ke besut, hanya saya dan pemandu yang ada di dalam bas. takut tau tak. kalau pagi tak kisah pun, sampai pukul 7 malam kott. mestilah ibu bapa saya bimbangkan anak perempuan ini. kalau dijemput dengan kereta, perjalanan hanyalah sejam. lagipun, tenaga dan duit minyak bukan orang lain yang sumbangkan. jadi, tutup mulut kalian sekarang.

*saya pernah naik bas, kereta api, komuter sendirian macam orang lain juga. teringat peristiwa di mana saya terpaksa naik komuter sorang sorang ke uitm shah alam dek kerana majoriti kawan kawan balik bercuti di kampung halaman. saya cuba untuk berdikari lah tu. sedih mendengar kata kata mereka yang beranggapan saya tak boleh buat apa apa pun. luaran mungkin saya nampak lemah gemalai tapi hakikatnya jiwa dan raga saya kuat!

*mak cik saya pernah bagitahu, di awal perkahwinan dia kurang pandai memasak. oleh kerana terdesak, nak tak nak dia kena belajar. tak kan lah nak biar suami makan di luar setiap masa. dan kini, dia sudah boleh membuat pelbagai makanan. sedap pula tu. sama lah seperti berdikari. dalam waktu terdesak, kita akan dapat melakukan apa sahaja walaupun sukar tetapi haruslah ingat bahawa adakalanya kita masih memerlukan orang untuk membantu.

so please.. mind on your own business! =.='

Wednesday, June 1, 2011

setahun lebih


..salam..

hari ini, cukup 1 tahun 1 bulan 'umur dia'. cepat betul masa berjalan kan. tak faham? biar saya je yang faham. huhu. straight to the point ye.. nak buat luahan terakhir tentang sesuatu ni. ada kawan saya tanya "kenapa reeni buat macam tu?" hmm, banyak sebab..

1) bila wujudnya perkataan simpati. perkataan tu buat saya rasa rendah diri tahu tak. saya tak perlukan simpati siapa siapa pun. saya kuat tau. hm.. jadi selama ni, semua tu atas dasar simpati je la? nampaknya, saya je yang terlebih happy kan. malu ohh.

2) mungkir janji. hanya orang orang bertuah yang boleh tahu rahsia itu. even keluarga saya sendiri ada yang tidak tahu. tetapi kenapa ramai pula 'orang asing' boleh ceritakan kepada saya secara details tentang itu? tolong, tolong jangan sebarkan lagi, saya pun ada perasaan.

3) kalau orang bagi kepercayaan, kita kena jujur kan? rakan lelaki saya pernah pesan, "reeni kena bagi kepercayaan 60% je tau". haih, saya silap sebab bagi 100%. lagi menyedihkan bila saya dapat tahu kesemua kebenaran itu daripada mulut mereka yang lain. lebih happy dengan diorang ae? okey saya faham mereka sempurna. rasa nak makan orang je sekarang. huhh.

4) last.. dia adalah kawan untuk saya berkongsi cerita dan ilmu. tetapi keadaan berubah kerana sesuatu telah berlaku. em, benda tu tak salah. lagipun ia tak lagi bermakna bagi saya. pesanan juga pernah diberikan kepada temannya agar dapatkan yang terbaik. cuma.. terkilan bila ia berlaku sebulan selepas saya membuat luahan special kepada kawan itu. luahan itu bukan suka-suka tau. ditambah pula dengan segala benda yang berlaku di depan mata, rasa sakit hati yang amat. =.=

tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa, itulah sejujurnya apa yang dirasa. saya pun ada buat salah. bukan saya tak pernah hadapi keadaan macam ini. kenapa saya boleh kembali berkawan dengan dia tetapi tidak dengan kalian? sebab kali ini lebih menyeksakan. masalah datang bertimpa-timpa, rasa teruk sangat okey. em, kalian akan faham jika berada di tempat saya. apapun, pengalaman ini mematangkan saya. saya semakin kuat! harap suatu hari nanti kita akan kembali senyum. kalian, terima kasih dan maaf untuk segalanya. all the best. :)

tertarik dengan quotes kawan saya,
"i don't hate people, i just feel better when they aren't around"

Wednesday, December 15, 2010

panjang lebar

..salam..

bagaimana? kenapa? bila? di mana? siapa?
berbagai-bagai bentuk soalan yang diajukan kepada saya oleh mereka yang ingin tahu tentang perkara itu. terasa diri seperti berada di tempat Aishwarya Rai yang sedang dikelilingi mamarazzi. macam hebat sangat. :p

baiklah, cerita ini mungkin dapat menjawab persoalan itu.

***

kami sudah membawa haluan masing-masing. mengikut kajian yang dilakukan sendiri, Y kini sudah berpunya. susah hati? eit.. itu adat resam di dalam perhubungan kan. itu juga pernah menjadi pesanan saya, dapatkan yang terbaik. tetapi..

ada sumber menyampaikan sesuatu yang tak tercapai dek akal. dia bukan teman rapat mana-mana pihak. saya tak pernah berhubung dengannya. katanya,

'' dia ngan Y ap cer wey? pelik la, kata *****g tapi aku tgk Y layan je org2 lain."

"nk tnya agi, hensem sangat ke budak Z tu sampai kan Y bengang gile ngan die?"

bla bla bla.. terkedu mendengar setiap perincian. tak mahu percaya semua.
hmm.. saya mudah diperkotak-katikkan? ada yang berkata, saya bodoh pasal lelaki, sepatutnya hanya 60% kepercayaan yang perlu diberikan. maaf, saya tak pandai membuat anggaran =.=

..tetapi rakan lelaki saya pernah memberitahu, walaupun lelaki melayan ramai perempuan dengan tersangat mesra, di hati mereka hanya seorang. itu perkara biasa bagi lelaki, tak salah pun, lagipun itulah nafsu yang satu. erm.

berkenaan Z, kalian, tolong tutup cerita basi itu! semuanya telah selesai. saya bersalah tetapi ia tidak disengajakan dan ingin ditegaskan bahawa dia hanya kawan biasa! tak mahu dipandang serong. pliss..

tidak melenting dengan itu semua tetapi mungkin ada sedikit rasa terkilan. haihh..

rakan-rakan lain pernah memberitahu saya X dan Y rapat seperti adik-beradik. ye saya tahu, X juga kawan baik saya.. erm, terhidu sesuatu setelah sekian lama diri ini bermasalah. selalunya 'sixth sense' saya berkenaan Y betul. tentang hati perempuan pula, kami saling memahami.

tanpa segan silu saya bertanya.. kata X.. Y akan memberitahu siapa gadis yang sudah lama diminatinya dan daripada ciri-ciri yang dinyatakan, saya tahu itu X. sudah lama? haih. isi hati X? kelihatan positif..

terdiam seketika. erm, itu hak asasi masing-masing. setiap orang ada perasaan. jika ada peluang dan ruang, tidak salah untuk mencintai dan dicintai kan.

setia menanti walaupun saya pasti kelibatnya tidak akan pernah muncul lagi. namun, kata-kata mereka menyedarkan saya dari 'tidur'. saya perlu melangkah? kepala mengangguk lemah. eit kamu, lagu warkah lebih sesuai untuk saya.. huhu.

yakin dengan jangkaan 'status' itu sekarang... em, mereka serasi! usah ragu, kalau sudah bertepuk kedua-dua belah tangan, teruskan. moga bahagia :)

tak mahu ber'mukabuka' atas beberapa sebab. tipu, padahal ketagih. adeh.. hmm sukar membuangnya, tapi saya tak boleh memandang hanya pada 1 pintu yang tertutup, mungkin ada 9 pintu lain yang terbuka kan. chewahh.

terselit rasa dendam? haishh.. hanya hati yang tercalar. sepanjang 5cm mungkin. huhu.

X,Y.. apapun, saya dan rakan-rakan tahu kalian sahabat yang baik.


[kalian tetap di ingatan walaupun mungkin buat masa sekarang kita kawan hanya pada nama. kalau masing-masing ada buat kenduri, kelak jumpa lagi ye :)]

***

tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang betul dalam hal ini. ini bukan waktu untuk menuding jari. jangan salah faham dan buruk sangka ye. ini sekadar luahan yang sudah lama terbuku di hati. penat juga memikulnya.

mungkin ada yang menganggap saya hipokrit kerana cuba positif akan semua perkara. hakikatnya, jika berfikiran negatif, itu merumitkan diri sendiri kan.

blog ini saya jadikan sebagai diari sepanjang zaman. apa yang di rasa apa yang di fikir pasti di coret. hanya inilah tempat saya meluahkan segalanya. maaf jika ada kata-kata yang tidak sepatutnya. terima kasih jika memahami.



moga saya juga akan peroleh yang baik kelak. aminn :)

" if you love something, let it go. if it comes back, it is yours, if not, it was not meant to be"



p/s: terasa ingin membuang cik hati jauh-jauh.