Showing posts with label kemahuan. Show all posts
Showing posts with label kemahuan. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

bulan baru

..salam..

Hello March, please be good to me!

frasa yang di ungkap oleh saya setiap bulan. kononnya mahukan semangat baru.

"hati ini terdetik untuk menjadi seorang pensyarah selepas memerhatikan cara ayah bekerja. banyak juga kelebihan. jadi, saya perlu sambung belajar lah kan. dapatkan status master dan phd. tetapi kalau buat research untuk degree pun mengeluh? berjaya jadi guru pun bersyukur sangat. apapun, saya tak main-main. jika berpeluang, saya mahu cuba usahakan untuk kejar cita-cita ini. insyaAllah."

itu semangat dan harapan saya untuk kali ini. bertambah lagi azam.
sila ukir senyuman. sila fikir positif. ayuh jalani hidup dengan sebaik mungkin. :)

Friday, January 27, 2012

sesi berbelanja

..salam..

sukacita dimaklumkan bahawa elaun saya untuk semester ini telah masuk. yeayyy! tersenyum lebar sampai ke telinga. alhamdulillah. tak perlu lagi sekadar menjeling barang yang dinginkan. :))

saya sudah membuat list segala barang yang dinginkan termasuk segala perkara yang perlu dibayar. setelah ditambah tolak darab bahagi, baki elaun saya hanya tinggal rm 50! nak menunjukkan betapa terujanya saya mendapat elaun ini, elaun buku juga sudah dimasuk kira dalam list walaupun belum dapat. adehh. saya tidak boros okey. betul ni. kalau dah makan pun hampir rm2000 untuk satu semester, ditambah dengan broadband dan barang keperluan asas yang lain memang betul lah tinggal sebanyak itu kan.

actually, ada satu benda yang sudah lama diidamkan tetapi terkubur dek kerana kegawatan ekonomi. teringin nak beli salah satu Samsung Galaxy smartphones. pada awalnya nak pilih Galaxy S II. tetapi umi pula tak berkenan sebab skrin besar sangat. seakan akan skrin televisyen katanya. hehe. dan lebih besar daripada tapak tangan saya. Galaxy S yang lebih murah pula ada kawan bagitahu functions tak sehebat adiknya S II. tetapi bila saya fikir berulang kali, masing masing mempunyai functions yang lebih kurang sama. cuma, S II lebih upgrade kan. tengok Galaxy Ace pun okey juga. hmm. =.='

bak, umi dan abang saya kata:
"phone ni bukan senang nak beli, tak boleh tukar sesuka hati. jadi kalau nak beli, pilih yang betul betul beri kepuasan, baru lah tak menyesal"



bakal dipasarkan. ke nak beli yang ni? tak tak. functions hebat harga pun pasti hebat. mati lah saya kalau nak ikut perkembangan semasa. sampai bila pun tak akan terbeli. huhu.

apapun, kali ini tak akan ada over budget dah. wang yang digunakan hanya akan berpandukan list yang telah dibuat. janji! :))